Tegas mereka,kerajaan wajib menangani dan membendungnya termasuk menggunakan peruntukan undang-undang bagi mengelak perkara tidak diingini daripada berlaku.Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali atau TOK HIM berkata,sebenarnya dalam soal ini,raja-raja sendiri perlu bertegas kerana kuasa kepentingan Melayu terletak di tangan mereka.
"Jadi semuanya hanya tinggal di atas kertas sahaja.Kerajaan sebenarnya boleh gunakan beberapa akta seperti Akta Hasutan tetapi yang menjadi masalahnya kerajaan tidak bertindak,'' katanya kepada Utusan Malaysia semalam.
Beliau mengulas rasa dukacita Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap segelintir pihak, terutamanya orang Melayu sendiri, yang sanggup mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Jamaluddin Yusof menggesa kerajaan agar mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu.
"Orang Inggeris sendiri mengiktiraf ketuanan Melayu semasa menggubal Perlembagaan. Jadi kenapa tiba-tiba PKR hendak membuangnya?Sepatutnya jika tidak berpuas hati, keluarlah dari negara ini tetapi jangan lupa nama Melayu yang dipakai itu perlu juga dibuang sekali," katanya.
Mengulas isu sama,Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Datuk Mohd. Ali Baharom berikrar akan mempertahankan maruah bangsa dan raja-raja Melayu hingga ke titisan darah terakhir.
"Sebagai penderhaka, pemimpin PKR dan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak bersetuju dengan Perlembagaan perlu keluar dari negara ini.Kami haramkan Anwar dan mereka yang lain kembali ke tanah air walaupun selepas mati," katanya.
Dalam pada itu,Dewan Perhimpunan Melayu Kedah menyeru seluruh ahli PKR berketurunan Melayu supaya menginsafi implikasi yang bakal diterima daripada matlamat itu.Yang Dipertuanya,Tan Sri Khalid Abdullah berkata,matlamat itu akan memusnahkan semua perjuangan mencapai kemerdekaan yang telah mengorbankan beribu-ribu nyawa sebelum ini.
"Kerajaan juga harus sedar dan memperincikan segala kekurangan mereka supaya tidak hidup atas sanjungan dan pujian hingga melalaikan tanggungjawab mereka.Keadaan sebelum merdeka, rakyat mencari pemimpin tetapi sekarang pemimpin mencari rakyat," katanya.
KEPADA ANWAR,TUNGGU LAH APA YANG ANDA AKAN TERIMA NANTI...
POST BY WAYNE...
1 comment:
Raja mana ada kuasa,semuanya dinasihati oleh PM atau MB serta diluluskan oleh Penyimpan Mohor Raja-Raja.Nak bergerak pun dikawal oleh orang lain.Pakai kasut pun orang lain sudukan.Raja Mana ada kuasa.
Post a Comment