Social Icons

Pages

Showing posts with label GAPS.... Show all posts
Showing posts with label GAPS.... Show all posts

Saturday, November 24, 2012

ISU PKNS !!! KERAJAAN NEGERI SELANGOR ROMPAK DUIT RAKYAT ??? @HAMIDZUN GAPS MEMBELASAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR KAW-KAW !!!


Selangor merupakan sebuah negeri kaya yang dibina oleh BN selama lebih 50 tahun,namun kini menjadi medan lelongan dan rompakan harta yang banyak terkumpul,ujar Hamidzun Khairuddin,Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) 

Syabas kepada Menteri Besar yang rakyat kata menjadi peneraju kepada lelongan harta Selangor.Belum pun reda polemik penjualan 5 aset tetap PKNS yang akan dipindahmilikkan dan dihalalkan atas nama mengeffisienkan perniagaan, kini timbul pula satu skandal baru - penjualan Worldwide Holdings Berhad ? 

“Worldwide adalah anak syarikat penuh PKNS. Ia diperbadankan pada 29 Dec 1965,kemudian diampung di bursa saham Kuala Lumpur,sebelum dikeluarkan dari pasaran saham pada tahun 2008. Worldwide kini mempunyai modal berbayar berjumlah RM 177.12 juta.Dari 6 orang pengarah,Worldwide kini cuma ada 2 orang pengarah.Worldwide sangat aktif dalam perniagaan pembangunan,pengurusan dan pelaburan hartanah serta pengurusan alam sekitar. Worldwide ada sebanyak 87 kakitangan. Worldwide juga mempunyai 11 anak syarikat,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam. 

Rakan Blogger Sahabat Gunung Melaporkan Tambahnya,Laporan Ketua Audit Negara 2010 menegur Menteri Besar agar menambahkan bilangan pengarah Worldwide bagi meningkatkan akauntabiliti dan ketelusannya.Ketua Audit Negara juga mencadangkan agar Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan Worldwide diaktifkan dan fungsinya diselaraskan dengan peraturan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9, 10, 11 dan 12 tahun 1993. Setelah dibina puluhan tahun oleh kerajaan BN, Worlwide mencatatkan pendapatan tahun sebanyak RM238 juta pada tahun 2008, RM149 juta pada tahun 2009, RM169 juta pada tahun 2010. Manakala keuntungan sebelum cukai Worldwide pada tahun 2008 adalah RM 100 juta, 2009 adalah RM 79 juta dan 2010 adalah RM 93 juta. 

“Nyatalah dari pendapatan dan keuntungan besar ini Worldwide adalah anak emas negeri Selangor yang paling berjaya dalam perniagaan dan sekaligus menyumbang kepada pendapatan kerajaan negeri dan rakyat selangor. Sidang DUN Selangor minggu ini dikejutkan dengan kenyataan ADUN Kuang yang Worldwide anak emas Selangor akan dijual atau dalam bahasa halusnya diambilalih atau dipindahmilik atau disusun semula pemegang sahamnya,” tambahnya. 

"apakah justikasi Menteri Besar dalam pemidahmilikan saham Worldwide ini ??? Kenapa mesti Worldwide,anak emas Selangor ??? Pelbagai soalan bermain dalam pemikiran rakyat selangor yang amat prihatin dengan pelbagai skandal yang wujud sekarang. Seperti skandal Talamgate,adakah ini rompakan harta Selangor disiang hari ??? GAPS menuntut menjelasan Menteri Besar dan Exco regim Pakatan DAP, PKR dan PAS.Rakyat juga menuntut kebertanggungjawaban dan ketelusan Menteri Besar dalam menjaga amanah khazanah negeri Selangor yang kaya raya,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor.

KEPADA MB SELANGOR !!!

TOLONG JAWAB !!!

RENUNG-RENUNGKAN 

Wednesday, November 21, 2012

HOT NEWS !!! BAS MEWAH PKR !!! KHALID GAGAP KANTOI !!! WAJIB BACA !!!


Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) meminta rakyat untuk menilai permainan dan sandiwara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam soal bas mewah dua tinggat PKR yang dipertikai sejak sekian lama.Pengerusinya,Hamidzun Khairuddin berkata,akhirnya sandiwara dan lakonan Khalid Ibrahim terbongkar semalam selepas beliau mengakui membayar RM10,833.00 sebulan untuk membeli bas mewah pkr yang digunakan oleh penasihat ekonomi kerajaan negeri selangor untuk kempen pilihanraya umum pada kali ini. 

“Sedangkan sebelum ini,pada 30 Ogos 2012,Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan dalam kenyataan akhbar beliau yang bas itu disewa untuk tempoh enam bulan dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh beliau untuk digunakan oleh penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor untuk kempen pilihanraya umum pada kali ini,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Namun beliau ‘kantoi’ selepas itu bila carian di JPJ mendapati bas BLU 8779 itu didaftarkan atas nama beliau Abdul Khalid Bin Ibrahim,yang membukti sebenarnya beliau adalah pemilik bas itu.Kemudian selepas itu beliau menyatakan pula yang bas itu dibeli oleh beliau secara sewa beli.Namun kalau bas itu Khalid bayar sebanyak RM10,833.00 sebulan selama 6 bulan sewabeli seperti yang dinyatakannya, ia berjumlah RM 64,998.00 (RM10,833 x 6). GAPS ingin tahu bayaran muka sebanyak RM 885,002.00 (RM950,000 - RM 64, 998.00) siapakah yang membayar wang muka tersebut. Kalau MB menyatakan dia yang membayar wang muka tersebut,GAPS ingin tahu tarikh pembayarannya dan cek dari bank mana,” ujarnya lagi.

GAPS juga berminat ingin tahu syarikat kewangan mana yang memberikan pinjaman sewabeli kepada Khalid Ibrahim kerana umum mengetahui beliau adalah seorang yang black listed Ctos dan Ccris kerana kes pinjaman RM60 juta Bank Islam yang masih beliau belum jelaskan. “Sebagai MB,Khalid Ibrahim wajar berterus terang kepada rakyat dan tidak cuba membohongi rakyat sehingga `kantol’ beberapa kali,” tambahnya yang juga mantan Ketua AMK negeri Selangor.

Saturday, October 06, 2012

ISU DANA ASING !!! KERAJAAN WAJIB BENTANG KERTAS PUTIH DI PARLIMEN !!!


Pendedahan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang Suaram telah menerima sejumlah dana asing sehingga RM100 juta dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini sangat memeranjatkan rakyat.GAPS yakin penyaluran dana asing ini adalah bagi tujuan menggulingkan kerajaan yang telah dipilih secara demokrasi.Ia merupakan satu perkara yang sangat serius yang boleh mengancam kedudukan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di negara ini.Ancaman penderhakaan kepada negara ini disebut dalam perkara 149 Perlembagaan Persekutuan iaitu membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang diPertuan Agong atau kerajaan dalam persekutuan serta usaha untuk mendapatkan perubahan secara tidak sah.GAPS yakin JMM mempunyai bukti yang kukuh sehingga boleh mengaitkan Suaram membawa masuk sejumlah wang yang sangat besar yang dibiayai oleh anasir subversif asing. 

Selain itu syarikat-syarikat dan individu yang menggunakan topeng NGO untuk melaksanakan kepentingan agenda asing ini juga wajar didedahkan kepada rakyat. NGO-NGO dan parti-parti politik yang mendapat tajaan dana asing juga wajib diumumkan. Selain dari pihak Polis, Pendaftar Syarikat dan Bank Negara yang sudah terlibat menyiasat perkara ini, GAPS juga mencadangkan Jabatan Imegresen, Suruhanjaya Sekuriti dan Jabatan Audit Negara serta lain-lain agensi yang berkaitan juga wajar menyiasat menyaluran masuk dana asing yang berniat jahat ini. Oleh yang demikian GAPS mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat secara penyeluruh pengaliran masuk dana asing yang mempunyai niat jahat yang mahu menghancurkan sistem pemerintahan demokrasi negara sekali gus menghuru-harakan keamanan dan ketenteraman awam,kesejahteraan dan keharmonian rakyat serta kemakmuran ekonomi negara ini. 

Kerajaan juga wajib membentang lapuran suruhanjaya ini di Parlimen sebagai Kertas Putih mengenai usaha terancang campur tangan asing untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam sistem pemerintahan demokrasi dinegara ini. Mereka yang terlibat menjadi agen dan talibarut anasir asing ini wajar dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.Tiada kompromi kepada mereka yang menjadi penderhaka kepada negara Malaysia yang merdeka. 

Hamidzun Khairuddin Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) 
5 Okt 2012 Shah Alam.

Friday, September 28, 2012

BAS MILIK KHALID IBRAHIM !!! @PDRMSIA TOLONG SIASAT !!!


Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) membuat laporan polis menggesa satu siasatan terperinci dibuat terhadap Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu pembelian bas dua tingkat untuk kegunaan kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pengerusinya,Hamidzun Khairuddin berkata, siasatan mengenai perkara itu harus dilakukan kerana pihaknya mengesyaki kemungkinan wujudnya amalan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pembelian bas tersebut yang didakwa dilakukan oleh Abdul Khalid.

"Kita mengesyaki ada elemen-elemen penyelewengan dalam pemilikan,pembelian dan penyewaan bas yang dimiliki Abdul Khalid.Beliau sendiri mengakui bahawa bas tersebut milik beliau dan turut mengakui ianya disewakan kepada PKR untuk kegunaan pilihan raya.Persoalannya dari mana beliau memperolehi duit untuk membeli bas tersebut.Ini kerana,kalau dikira,gaji Menteri Besar sebanyak RM20,000 sebulan dan jika beliau membeli bas itu,Menteri Besar terpaksa berpuasa selama 4 tahun untuk mengumpul wang sebanyak RM900,000," katanya.

Ini kerana dakwanya,bas tersebut dikatakan berharga kira-kira RM900,000 dan jumlah itu adalah terlalu mahal dan di luar kemampuan Abdul Khalid yang menerima bayaran gaji sebanyak RM20,000 sebulan sebagai Menteri Besar.Antara NGO yang hadir sama ialah Waris Malaya ; Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Selangor dan Wilayah Persekutuan.Dalam pada itu,Hamidzun turut mengesyaki pembelian bas berkenaan turut mempunyai kaitan dengan pembelian 50 kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta memandangkan kedua-dua jenis kenderaan itu mempunyai jenama yang sama iaitu Dong Feng selain dipasang di kilang yang sama.

"Kita syaki pembelian lori sampah dan bas ini ada kaitan dengan penyelewengan dan salah guna kuasa Pejabat Menteri Besar," ujarnya yang juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu depan.Dalam pada itu,Hamidzun yang membuat laporan polis tersebut kira-kira pukul 3.45 petang semalam di Balai Polis Seksyen 6 turut mendesak Abdul Khalid memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut kepada seluruh rakyat Selangor selain supaya bercuti daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar sekiranya kertas siasatan dibuka atas dakwaan berkenaan. Bas yang dikeluarkan oleh Dong Feng dari China dengan nombor pendaftaran BLU 8779 itu difahamkan diletakkan atas nama Abdul Khalid sebagai pemilik.

Wednesday, September 19, 2012

KEGIATAN SUARAM MIRIP SEPERTI PARTI KOMUNIS MALAYA - GAPS !!!



Kewujudan badan bukan kerajaan (NGO) yang dibiayai oleh agensi antarabangsa dilihat sebagai sesuatu yang berunsur subversif dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara.Menurut Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS),Hamidzun Khairuddin,kewujudan kegiatan tersebut wajar disiasat pihak berkuasa sebelum perkara-perkara yang tidak diingini seperti menggulingkan kerajaan terjadi.Justeru katanya,kegiatan yang dijalankan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ketika ini dilihat mirip dengan apa yang dilakukan Parti Komunis Malaya (PKM) sekitar tahun 60-an dahulu.

“Saya fikir ini merupakan satu perkara yang sangat merbahaya sekarang kerana kerajaan terlalu berlembut dan tidak mahu menggunakan peruntukan undang-undang untuk membanteras kegiatan-kegiatan yang bertentangan dengan Perlembagaan Dan saya lihat bahawa kegiatan Suaram itu sama dengan kegiatan PKM tahun 60-an dulu. Dan saya menggesa pihak berkuasa menggunakan segala bentuk peruntukan perundangan untuk membawa mereka yang menerima dana asing ini untuk disiasat.Kalau ianya bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan demokrasi yang dipilih oleh rakyat, itu merupakan suatu kesalahan undang-undang dan mereka harus didakwa di mahkamah,” tegas beliau.



Beliau ketika diminta mengulas mengenai pengakuan terbuka Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram),Kua Kia Soong bahawa pertubuhan itu disalurkan dana dari luar negara.Justeru,pihak berkuasa tegas beliau perlu bertindak dengan menggunakan apa juga peruntukan undang-undang yang wujud di negara ini untuk membanterasnya daripada semakin berleluasa.Isu berhubung penyaluran dana dari asing ini mula hangat apabila Kua baru-baru ini mengesahkan Suaram tersebut ditaja oleh beberapa organisasi luar negara.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedang berbincang dengan Peguam Negara untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pertubuhan itu.Menurut beliau, terdapat lima tuduhan yang telah dikenal pasti, namun setakat ini hanya satu yang telah diputuskan untuk disiasat iaitu Akta Syarikat 1965 di bawah seksyen 364(2). - Antarapos

Sunday, September 02, 2012

TAK UNDANG SULTAN !!! @HAMIDZUN GAPS MEMBELASAH KHALID GAGAP !!! WAJIB BACA !!!



GAPS menyelar Menteri Besar Selangor kerana tidak mengundang Tuanku Sultan Selangor dalam acara Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Selangor yang diadakan dimalam ambang kemerdekaan kelmarin.Tuanku Sultan Selangor merupakan Sultan dan Yang diPertua Negeri Selangor serta seluruh jajahan takluknya,yang telah memastikan negeri Selangor dapat kekalkan aman sentosa dan makmur setelah 55 tahun kita merdeka.MB tidak faham intipati sejarah apabila gagal untuk mengiktiraf peranan Institusi Raja Melayu yang banyak menyumbang kepada arah kemerdekaan negara ini dari tangan penjajah.Pemerintahan British sekali pun telah mengiktiraf Selangor sebagai sebuah negeri yang berdaulat yang diketuai sepenuhnya oleh baginda Sultan Selangor sebelum ini.

Malah Perjanjian yang ditandatangi oleh Raja-raja Melayu dengan British dan pejuang kemerdekaan telah memungkinkan negara ini merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957. Kemerdekaan ini dicapai dengan aman tanpa pertumpahan darah dengan kerjasama terutamanya tuan punya yang sah bumi Tanah Melayu iaitu Raja-raja Melayu termasuk Tuanku Sultan Selangor.Sebagai Ketua yang sah dinegeri ini yang diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang tubuh Negeri Selangor, selayaknya Tuanku Sultan Selangor diberikan penghormatan menjadi tetamu paling utama dalam setiap acara rasmi kerajaan negeri Selangor lebih-lebih lagi dalam acara sambutan hari kemerdekaan di Negeri Selangor.Kegelojohan dan kegilaan kuasa pentadbiran Dap, Pkr dan Pas yang memberikan mandat kepada penasihat umum Pkr untuk menyampaikan ucapan dan tidak mengundang Tuanku Sultan Selangor adalah juga bukti mereka tidak mengiktiraf Tuanku Sultan Selangor sebagai Sultan dan Yang diPertua diNegeri Selangor .GAPS yakin Dap, Pkr dan Pas akan dihukum sepenuhnya oleh rakyat jelata negeri Selangor dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Merdeka,Merdeka,Merdeka.

Daulat Tuanku.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
1 September 2012
Shah Alam.

Sunday, August 19, 2012

HOT NEWS !!! 3 TEMA KEMERDEKAAN !!! BUKTI PAKATAN HARAM TIDAK SEHALUAN !!!



Kenyataan Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini menafikan wujud ketidak sefahaman dalam pakatan haram sehinggakan wujud tiga tema kemerdekaan yang berbeza di negeri yang diperintah kerajaan pakatan,bagi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) merupakan satu perkara yang sangat melucukan.Pengerusinya,Hamidzun Khairuddin berkata, kita nak tanya pakatan pembangkang, jika perkara kecil,soal tema hari kemerdekaan pun mereka tak boleh nak selesaikan,bagaimana mereka nak menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berbilang agama dan berbilang budaya ini.

“Apakah sumbangan mereka yang sebenar, sumbangan DAP dalam kemerdekaan, tidakkah ketika itu Lim Kit Siang merupakan salah seorang yang tidak bersetuju dengan banyak dasar dalam kemerdekaan dan mereka juga bercadang untuk asas-asas kemerdekaan itu mereka tentang sejak dari dahulu.Sekarang apabila mereka memerintah kerajaan negeri, mereka tidak boleh menyatakan kesamaan dalam soal tema,apakah kalau mereka dapat mentadbir Malaysia, apakah janji mereka untuk memastikan penyatuan kaum dapat mereka selesaikan.Saya lihat apa yang mereka lakukan adalah satu percubaan untuk membawa semangat anti-Malaysia sebenarnya, anti-kemerdekaan yang sebenarnya apabila mereka menampilkan tiga tema kemerdekaan yang berbeza bagi negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang,” ujarnya mengulas tema kemerdekaan berbeza yang ditampilkan oleh kerajaan negeri yang diperintah kerajaan pakatan sehingga memaksa campur tangan Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tambahnya,semangat kemerdekaan itu mereka cuba perlekehkan dan inikah pemimpin-pemimpin yang mahu membawa Malaysia lebih maju di masa hadapan.

Sebelum ini, tiga negeri pakatan haram memutuskan untuk menggunakan tema sendiri,iaitu Kelantan dengan temanya 'Menerajui Perubahan',Kedah pula 'Terus Berbakti' dan Pulau Pinang ‘Budaya Bersih,Merdekakan Rakyat’ sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos manakala Selangor bersetuju untuk turut menggunakan tema perayaan Hari Merdeka pakatan haram 'Sebangsa,Senegara, Sejiwa' sebagaimana diputuskan oleh pakatan haram.Menurut Pengerusi Panel Tema Merdeka Pakatan Rakyat, Datuk A Samad Said yang juga pengerusi bersama Bersih,‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ merupakan tema yang paling sesuai dan merupakan denyut nadi rakyat.pakatan haram memilih temanya sendiri bagi menggantikan tema rasmi Kerajaan Persekutuan ‘Janji Ditepati’.



RENUNG-RENUNGKAN

Monday, March 05, 2012

KHALID GAGAP MANIPULASI PERAKAUNAN KEWANGAN SELANGOR !!! APA CERITA NI ???


Cerita MB Selangor tipu daya rakyat Selangor terus terserlah apa selangorkini akhbar milik regim ini melaporkan PKPS,sebuah agensi pertanian di Selangor berjaya meningkatkan simpanan tetap kepada RM 114 juta tahun lalu berbanding RM 8.3 juta tahun 2008.

Ternyata laporan media rasmi kerajaan negeri itu adalah satu pembohongan apabila cerita sebenar peningkatan untung luar biasa itu adalah disebabkan penjualan tanah milik syarikat itu di Sarawak. Ianya bukan lah dari kecekapan MB itu mentadbir negeri Selangor.

Keuntungan dari penjualan harta negeri adalah corak peniagaan pak pandir dan pak kaduk yang tidak menambah baik upaya ekonomi negeri.

Insiden pak kaduk dan pak pandir ini juga terserlah dalam isu Pasir Selangor yang mana MB pernah berjanji dalam sidang Dun Selangor, penubuhan KSSB akan memberikan pulangan RM 150 juta setahun kepada kerajaan negeri pada tahun 2009. Namun setahun selepas itu syarikat monopoli pasir Selangor itu cuma berjaya membuat keuntungan kurang dari RM 15 juta sahaja.

Yang lebih anih dalam isu pasir ini adalah kegagalan MB menjelaskan kepada rakyat mengenai kegagalan pentadbiran nya mencapai target yang dijanjikan.

Ternyata lah dalam kedua-dua isu ini manipulasi perakaunan menjadi asas utama untuk MB Selangor memberikan angka positif dalam pentadbiran. Sedangkan secara realiti nya Negeri Selangor berada dalam ambang kejatuhan prestasi ekonomi yang sangat membimbangkan.

Sejak beberapa tahun ini di Selangor,hanya sektor ekonomi rumah urut, sarang pelacuran dan kedai judi sahaja yang meningkat beratus kali ganda. Manakala sektor ekonomi yang lain nya berada dalam garis merah yang amat membimbangkan. Hampir 4 tahun sudah Dap, Pkr dan Pas memerintah Selangor, secara realitinya inilah cerita ekonomi yang mereka telah capai.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Saturday, February 11, 2012

APA HUBUNGAN AZMIN HELMI DENGAN PENTADBIRAN SELANGOR ??? INI JAWAPAN GAPS !!!


GAPS sangat terperangat apabila seorang warga malaysia ditangkap di Batam kerana memiliki kad pengenalan palsu negara Indonesia.

Lebih memeranjatkan apabila yang ditangkap adalah sdr Azmin Helmi,seorang bekas setiausaha politik MP Pkr di Selangor.Dia juga dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor yang berjaya mengejutkan negara dengan gambar seksi separa bogel yang menikam kalbu.

Azmin mengaku bahawa kehidupannya di Indonesia sepanjang 2 tahun yang lampau dibiayai sepenuhnya oleh Pkr. Pengakuan ini menguatkan lagi emosi rakyat Selangor akan hubungan istimewa tanpa nikah antara Azmin dengan Exco kerajaaan negeri. Exco itu juga tidak pernah menafikan Azmin adalah kekasih dihati nya.

GAPS mahu penjelasan Menteri Besar mengenai gelagat dan kelakuan Exco nya yang menjolok mata rakyat Selangor ini. Rakyat Selangor mengharapkan pemimpin yang suci dari Rasuah, suci dari penyelewengan kuasa dan suci dari Maksiat serta noda nafsu.

Dengan episod terbaru ini GAPS ingin mengcadangkan MB menasihatkan Exco berkenaan meletakkan jawatan sebelum cempedak menjadi nangka, sebelum nasi menjadi bubur.

Juga apa salahnya jika MB boleh menasihatkan Exco nya itu menjalani hubungan dengan kekasihnya secara sah bagi menjernihkan air yang keruh dan menceriakan malam yang suram. GAPS faham Exco itu bukan malaikat,namun itu bukan alasan untuk dia berwewenang sebagai pemimpin publik di Selangor ini.

Hamidzun Khairuddin

Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

10 Feb 2012

Saturday, January 14, 2012

KES LIWAT ANWAR IBRAHIM !!! INI JAWAPAN GAPS !!!


Kenyataan Media

GAPS mengalu-alukan kenyataan Bar Council yang memberikan pandangan dalam setiap isu yang menyentuh masyarakat. Namun kenyataan Bar Council dalam isu Liwat 901 amat tersasar jauh dari prinsip Hak Untuk Di Dengar yang antara lain menjadi maxim penting dalam keadilan sejagat.

Tingkat mahkamah dari mahkamah rendah ke mahkamah tinggi ke mahkamah rayuan ke mahkamah persekutuan merupakan antara pertimbangan untuk memastikan Hak Untuk DiDengar diberikan kepada tertuduh dan mangsa dalam mana-mana kes yang dibicarakan dinegara ini.

Gesaan Bar Council yang mendesak Jabatan Peguam Negara tidak membuat rayuan kepada keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Liwat 901 merupakan sekatan yang cuba di buat kepada mangsa dalam kes yang tragis ini.

Gesaan ini boleh ditafsirkan sebagai sikap Bar Council yang double standard dan diskriminasi dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat dimana hanya mempertahankan golongan feudal dan atasan manakala cuba menindas golongan rakyat marhaen yang teraniaya.


Gesaan ini juga boleh dilihat usaha untuk menjuruskan kepada sistem undang-undang rimba dan menolak undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dalam sebuah negara yang demokratik seperti Malaysia.


Hak mangsa dan tertuduh harus diadili hingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi di negara ini. Penindasan terhadap hak ini adalah kezaliman pemerintah kepada rakyat yang diperintah.


GAPS ingin mendesak Jabatan Peguam Negara memfailkan segera Notis Rayuan dalam keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Liwat 901.

Justice For Rakyat = Justice for Saiful

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

psst--- jam 7 pagi nanti 1 artikel dan video khas untuk Puteri UMNO dan Muslimah PAS.saya minta maaf sekiranya anda tersentap dengan peringatan ini.ini hanya sekadar peringatan untuk kita renungi bersama.tak kisah lah video itu di buat oleh orang UMNO atau PAS.ini hanya sekadar peringatan khas untuk anda...

RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, November 13, 2011

KENYATAAN MEDIA GAPS TERHADAP GAJI DAN BONUS PKNS !!!


Pendedahan Ketua Pembangkang Selangor mengenai gaji dan bonus Pengurus Besar (GM) PKNS berjumlah RM1.4 juta selama 2 tahun adalah amat memeranjatkan rakyat.Gaji dan bonus sebanyak itu adalah tidak masuk akal boleh diterima oleh seorang kakitangan awam kalau bukan kerana kronisme, korupsi dan salahguna kuasa yang diamalkan oleh Menteri Besar.

GAPS berpendapat gaji dan bonus yang diberikan itu adalah sangat keterlaluan. Ia adalah 150% lebih tinggi dari yang pernah diterima oleh GM sebelum ini.Ini merupakan contoh terbaik penyelewengan yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi PKNS ketika melantik GM ini.

RM1.4 juta itu merupakan pendapatan GM itu dari gaji dan bonus untuk 2 tahun. Dengan gaji sebanyak RM40 ribu sebulan maknanya GM PKNS ini menerima RM160 ribu untuk bonus 2009 dan RM280 untuk bonus 2010.

Selain dari itu GAPS berpandangan perlantikan GM ini adalah tidak sah kerana Enakmen Pkns 1964 sek 9(3) menyebut pegawai PKNS adalah kakitangan awam.Kakitangan awam dinegara ini tertakluk kepada perintah am dan pekeliling perbendaharaan bermula dari perlantikannya sehingga lah tatacara tugas dan tanggungjawabnya.Lebih jelas sebenarnya MB telah melangkaui batas undang-undang ketika melantik En Omar Osman sebagai GM PKNS.

GAPS yakin MB langsung tidak merujuk Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara bagi mendapat kelulusan mereka dalam soal pemberian gaji dan bonus yang tinggi itu kepada GM ini.Oleh kerana perlantikan GM itu tidak sah maka semua keputusan yang dibuat oleh GM ini atau mana-mana mesyuarat yang dihadirinya sebagai GM PKNS juga terbatal dan tidak sah.Lebih buruk dari itu GM PKNS ini juga merupakan salah seorang dari 2 orang Lembaga Pengarah Worldwide Holdings Bhd (WHB) sekarang.

WHB merupakan sebuah subsdiari yang punyai beratus juta ringgit asset rakyat selangor. Perlantikan GM PKNS ini sebagai Pengarah WHB juga tidak sah kerana jawatan hakiki itu tidak sah sedari awal.Ini sekali gus menjadikan setiap keputusan dan mesyuarat yang dihadiri oleh GM Pkns ini dalam WHB juga tidak sah dan terbatal.

PKNS sebenarnya merupakan lubuk penyelewengan dan korupsi MB Selangor. Ia merupakan bom jangka yang pada bila-bila masa boleh meletup akibat salahguna kuasa yang sangat keterlaluan oleh MB, Exco dan kroninya dalam PKNS.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Saturday, November 05, 2011

DAP NAK PECAT KAKITANGAN AWAM SELEPAS PRU 13 ??? INI JAWAPAN GAPS !!!


Setiausaha Publisiti DAP, Tony Phua mendedahkan jika pakatan pembangkang berjaya memerintah kerajaan pusat ia akan meluluskan program untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam setiap tahun.

GAPS memandang serius hasrat DAP yang akan membuang kakitangan awam yang selama ini menjadi tulang belakang pentadbiran negara.Kakitangan awam negara ini merupakan antara kakitangan eksekutif yang terbaik di rantau ini. Pentadbiran awam Malaysia yang berakar umbi dari pentadbiran United Kingdom mewarisi sebuah corak pentadbiran yang cekap, berintigriti lagi profesional.Pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan SuruhanJaya Perkhidmatan Negeri sejak merdeka dulu adalah contoh terbaik betapa seriusnya pengasas negara yang mahukan perkhidmatan awam yang profesional, berintigriti dan bebas dari pengaruh politik.

Pengalaman diperintah Pakatan Pembangkang di negeri Selangor dalam tempoh 4 tahun ini pula memperlihatkan dengan jelas campur tangan politik dalam perlantikan kakitangan awam.Kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah bukti bagaimana rakusnya Menteri Besar sehingga sanggup mencadangkan pindaan undang-undang tubuh kerajaaan negeri semata-mata mahu SUK yang dilantik itu adalah pilihannya.Kuasa DYMM Sultan Selangor mahu diketepikan oleh MB semata-mata mahukan SUK yang cenderung kepada parti politik pembangkang.

GAPS ingin menempelak hasrat pakatan pembangkang yang rakus, zalim dan tidak berperi kemanusian terhadap perkhidmatan awam sekarang dan pada masa akan datang.Negara tidak memerlukan politikus yang hanya berupaya membaiki labu atau menjadi monyet yang mendapat cincin.

GAPS akan mendokong penuh dan mempertahankan pentadbiran awam yang profesional, berintigriti, cekap dan bebas dari pengaruh politik.Politik ugutan oleh DAP kepada kakitangan awam ini memang menjelaskan lagi realiti pakatan pembangkang jika mendapat kuasa untuk memerintah.

Itu sebabnya untuk sekian kalinya kakitangan awam dan rakyat akan menolak dalam PRU 13 kumpulan politikus chavanis yang semakin mabuk mahu mendapatkan kuasa, yang jika terpilih akan menzalimi rakyat dalam setiap dasar yang mereka bentuk.

Hamidzun Khairuddin

Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Wednesday, August 03, 2011

GAPS MENCABAR DAP ??? DAP ADALAH PAP ???


Kenyataan Media

GAPS ingin mengalu-alukan cadangan DAP yang berhasrat ingin bertanding dalam kerusi majoriti melayu dalam PRU 13 ini. Hasrat ini sekali lagi membuktikan Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.

DAP sekarang memperolehi sokongan maksima masyarakat cina namun itu masih belum cukup untuk ia memenangi kerusi untuk mengambilalih kerusi Perdana Menteri. GAPS yakin sebenarnya DAP sedang menyusun langkah untuk mengambil alih jawatan PM, kerana itu ia harus melebarkan jaringnya dikawasan melayu.

PKR dan PAS sekarang pula sedang mengalami kemerosotan sokongan yang amat sangat pengundi melayu. Oleh itu kedua-dua parti ini dilihat DAP tidak mampu untuk mengekal kerusi yang mereka ada sekarang. Alternatif nya adalah untuk DAP meletakkan calon melayu. Dengan formula ini DAP berharap sokongan kaum cina kekal dan kaum melayu bertambah yang akhirnya akan memenangkan calon mereka.

Secara halusnya sebenarnya DAP sedang mengadaptasikan cara parti PAP singapura menguasai kerusi melayu dinegara itu sejak tahun 1965. Formula PAP mungkin boleh digunapakai oleh DAP untuk menguasai politik negara ini.

Malahan hubungan keluarga dan politik abang-adik PAP dan DAP merupakan jambatan yang sangat utuh yang diyakini oleh DAP untuk menguasai politik negara ini.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

1 Ogos 2011

SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH



Friday, February 25, 2011

PAKATAN SELANGOR MEROMPAK LAGI DUIT RAKYAT !!!


semalam Pergerakan Pemuda UMNO negeri dan Gagasan Antipenyelewengan Selangor (GAPS) telah menyerahkan bukti penyelewengan terbaru yang didakwa dilakukan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

menurut laporan dari utusan,Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM80,500 yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri bagi membiayai 100 bilik hotel untuk para perwakilan Kongres PKR di Petaling Jaya pada 26 hingga 28 November tahun lalu.Dua pertubuhan tersebut juga menyerahkan beberapa dokumen berkaitan sebagai bukti antara lainnya dokumen yang menggunakan kepala surat Perbadanan Menteri Besar (MBI) kepada sebuah hotel,bil,invois dan resit rasmi pembayaran bilik hotel itu.

Ketua Pemuda UMNO Selangor, Engku Salleh Engku Jamal berkata, ini bukan kali pertama penyalahgunaan wang rakyat dilakukan oleh kerajaan negeri bagi tujuan kepentingan parti.

"Kini sekali lagi mereka menggunakan wang rakyat untuk membiayai penginapan perwakilan PKR menerusi MBI yang jelas sebagai satu bentuk penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.Jadi hari ini kami membuat laporan dan menyerahkan bukti yang ada kepada SPRM agar ia dapat disiasat bagi membolehkan mereka yang bertanggungjawab diambil tindakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum membuat laporan kepada SPRM di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), di sini hari ini.Engku Salleh mendakwa penyelewengan itu dilakukan tanpa rasa bersalah oleh pentadbiran Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Sebelum ini harta rakyat telah difaraidkan kepada penyamun-penyamun pasir dalam isu skandal pasir negeri dan kemudian ratusan ribu ringgit lagi dibelanjakan untuk membela Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang kini berdepan dengan dakwaan menghasut," katanya.

Menurutnya, Pemuda UMNO dan GAPS kesal dengan tindakan Abdul Khalid yang membenarkan wang rakyat digunakan untuk kepentingan parti.Sehubungan itu beliau menggesa,Abdul Khalid dan Penasihat Ekonomi Selangor,Anwar Ibrahim meletak jawatan segera atas kegagalan mereka menunaikan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat.

KLIK PADA GAMBAR DOKUMEN UNTUK MELIHAT DENGAN LEBIH JELAS !!!








Tambah beliau,Pemuda UMNO dan GAPS akan terus mendedahkan penyelewengan yang dilakukan kerajaan PKR negeri agar rakyat boleh menilai dan tidak tertipu dengan janji manis mereka sebelum ini.Ditanya bagaimana Pemuda UMNO dan GAPS memperoleh bukti-bukti tersebut, Engku Salleh berkata, dokumen-dokumen tersebut dihantar oleh orang tidak dikenali ke pejabat mereka.Selepas sidang akhbar,Engku Salleh dan Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin serta beberapa anggota pertubuhan tersebut kemudian menaiki lif menuju pejabat SPRM yang terletak di tingkat 7 wisma berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi.

Monday, December 06, 2010

PANAS !!! PEMBANGKANG SAJA BUAT KECOH !!!




Sudah lama kita tidak dengar anggota polis yang menjalankan tugas dimaki hamun dengan perkataan seperti anjing UMNO,babi,anak haram dan segala macam penghinaan lain.Ada juga yang bertindak ganas membaling batu dan botol air mineral.Inilah yang mewarnai perhimpunan haram kumpulan baju merah diketuai oleh Menteri Besar Selangor,Khalid Gagap yang merancang untuk berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum bantahan kenaikan tariff air Selangor.

Perhimpunan kira-kira yang bermula jam 11.30 pagi di sekitar Masjid Negara itu boleh beres dengan aman tanpa sebarang insiden jika mereka mematuhi arahan polis bersurai.Malah polis mengiringi Khalid bersama 10 delegasi ke Istana Negara untuk menyampaikan memorandum berkenaan pada jam 2.20 petang.apa lagi rakyat nak ???

Namun seperti sudah menjadi tabiat sengaja mau bikin kecoh,mereka melakukan berbagai aksi provokasi serta berdegil hendak berarak ke Istana negara.mereka menggunakan pelajar.Dalam usaha untuk mengawal keadaan polis terpaksa bertindak menembak gas pemedih mata manakala trak water canon telah menyembur air untuk menyurai mereka

Ketegangan berterusan pada jam 3 petang hingga polis terpaksa mengempur untuk memberkas mereka yang terus berdegil itu.Seramai 52 orang diberkas.Semua mereka bagaimana pun dibebaskan setelah keterangan diambil.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah kesal dengan sikap mereka yang menyertai perhimpunan baju merah itu kerana persetujuan dicapai bahawa polis akan mengiringi Khalid untuk menyerahkan memorandum kepada Istana Negara.Beliau memberitahu sebelum ini pada jam 10.20 pagi polis telah menghubungi Menteri Besar Selangor itu.

“Pihak polis sudah maklumkan tidak akan membenarkan perhimpunan dan perarakan ke Istana Negara kerana boleh menjejaskan ketenteraman awam.Kami boleh membantu mengiringi penganjur iaitu Abdul Khalid untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara,’katanya.


Setelah tindakan tegas polis,sekitar jam 3.40 petang keadaan baru reda sedikit.Mereka yang menyertai perhimpunan kemudiannya bersurai secara beransur-ansur.

Penganjurnya asalnya gembar gembur perhimpunan berkenaan akan disertai oleh 100,000 orang.Namun kehadiran peserta nyata jauh sekali dari angka berkenaan.Nampak sangat macam memorandum itu sengaja dijadikan alasan untuk berhimpun ,berarak dan buat kecoh.

Jika memorandum itu yang diutamakan,mereka sepatutnya sudah bersurai bila Khalid serahkannya pada pegawai Istananya.

Sementara itu kira-kira 300 orang dari kumpulan baju hitam yakni Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang mula berhimpun di Stadium Merdeka pukul 11 pagi telah bersurai secara aman.Tiada sebarang insiden berlaku di situ.setelah polis mengiringi delegasi kumpulan itu untuk menyerahkan memorendam 30 penyelewengan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sejak mentadbir negeri itu kepada pegawai Istana Negara pada jam 12.20 tengahari.

sebenar nya itu yang kita mahu kan.TAHNIAH GAPS....kalau tak dapat menghantar memorandum ramai-ramai ketua pun jadi lah.pastu kalau pihak polis mengatakan bersurai,kita bersurai.jangan degil.

PSST...DENGAR CERITA,ADA YANG PERGI JUMPA DOKTOR KERANA TAK LAMA LAGI MATA NAK RABUN.

POST BY WAYNE...

GEMPAR !!! LAPORAN PENUH DEMO PERARAKAN BAJU MERAH VS BAJU HITAM !!!


Dalam Sinar Harian sibuk berjanji takkan membuat kecoh semasa perhimpunan.Janji tinggal janji ... rupanya puak puak ini berjanji akan membuat provokasi sempena parti mandi air pemedih mata.Seronok provoke polis,ambik ubat korang,dpt lah mandi yer.best tak ???

Dalam sibuk mereka merayakan parti tersebut,ada 52 orang ditangkap masuk ke dalam lori angkut.Yang selebihnya masih sibuk dan seronok dibutakan mata oleh FRU.

wow,best nya kena mandi water canon.tak lama lagi kalau tak rabun mata tu,buta lah mata tu.

semalam dua demonstrasi telah berlaku pada sekitar jam 9 pagi sehingga 4 petang.berbagai adegan yang telah berlaku.1 dari kumpulan baju HITAM iaitu GAPS yang menyerah kan memorandum mengenai dakwaan 30 penyelewengan kerajaan negeri Selangor dan satu lagi kumpulan baju MERAH yang menyerah kan memorandum bantahan kenaikan harga air.pelbagai insiden yang berlaku semalam.saya serta blogger-blogger lain telah melihat keadaan yang berlaku.Baju HITAM di anggarkan 300 orang yang mana Demo kali ini tidak di sertai Perkasa ekoran kenyataan Armand Ketua Wira Perkasa yang menumpukan Isu Kenaikan harga barang bagi kepentingan rakyat.

pada jam 11 pagi ke jam 12.40 Kumpulan GAPS yang berhimpun di sekitar Stadium Merdeka dan mereka bersurai selepas itu kerana mengikut arahan polis.Wakil mereka dalam dua buah kereta bergerak menuju ke Istana Negara untuk hantar memorandum mengenai dakwaan 30 penyelewengan kerajaan negeri Selangor.memorandum mereka berjaya disampaikan oleh wakil GAPS kepada pegawai Istana Negara.Sementara itu pada waktu sama lebih 1,000 orang kumpulan baju Merah masih berhimpun di Masjid Negara.

pada jam 2 petang Suasana sekitar stesyen KTM lama dekat Masjid Negara kecoh apabila polis lepaskan tembakan gas pemedih mata.Ini berlaku apabila kumpulan protes harga air Syabas diketuai Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berdegil nak berarak juga ke Istana Negara.pada jam 2.40 Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim serah memorandum bantahan kenaikan harga air kepada pegawai Istana Negara. Namun keadaan di bulatan depan Masjid Negara masih tegang dengan tindak tanduk sekitar 1,000 orang degil masih berkumpul.Polis bagi amaran bersurai segera.

pada jam 3 petang pula polis mula bertindak tegas serbu hingga ke dalam Masjid Negara berkas mereka yang degil enggan patuhi arahan bersurai.Ada yang baling batu dan botol air ke arah polis. Lebih 1,000 orang lagi masih berhimpun sekitar kawasan itu dan pada jam 3.40 Keadaan agak reda.sekitar 52 orang ditahan termasuk Adun Kota Damansara Dr Nasir Hashim dan lima pelajar atas alasan melanggar arahan polis dengan cuba meneruskan perarakan protes air ke Istana Negara dan Kumpulan protes Syabas terpecah,ada duduk dalam Masjid Negara.Polis terus kawal termasuk water cannon.selepas jam 4 semua kumpulan balik ke masjid negara menunggu waktu asar sebelum pulang.nampak nya kumpulan pembangkang dari dulu sampai sekarang enggan mematuhi apa yang polis nak.lepas tu bila dah kena tangkap macam-macam lah tomahan di berikan oleh mereka.

di bawah adalah gambar dari kumpulan baju HITAM dan baju MERAH

DEMO BAJU HITAM




Kepala GAPS
saudara Hamizon


Ketua Pemuda UMNO Serdang
Ungku Salleh




Arahan Pihak Polis Yang menyuruh peserta Bersurai




GAPS




GAPS




GAPS




Bugis Sabah




Brother kita ini yang sentiasa turun dalam apa juga

Demo walaupun Kurang Upaya.
Steady!!!


DEMO BAJU MERAH !!!

menggunakan pelajar sebagai mangsa lepas itu kena tangkap


Mat Sabu gelak besar masa penyokongnya kena simbah dengan water canon

"abg,sekejap saja.pastu kita org balik lah.tak jauh pun.istana jer"

ini lah dia pakar demo jalanan

ratu cantik selangor pun ada


ceramah dulu konon-konon nak bagi semangat

sebelum kena sembur dan mandi air

"yahoo...,jom main mercun ni.aku suka lah"

ni lah dia pesta mandi air,seronok tak mat sabu ???

kan dah kena tangkap,rasakan penangan polis yang sebelum ni korang cakap tak nak menimbul kan huru hara...

TERIMA KASIH KEPADA PAPA GOMO KERANA MEMINJAM KAN GAMBAR PADA SAYA

POST BY WAYNE...
 
 
Blogger Templates