Social Icons

Pages

Wednesday, November 21, 2012

HOT NEWS !!! BAS MEWAH PKR !!! KHALID GAGAP KANTOI !!! WAJIB BACA !!!


Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) meminta rakyat untuk menilai permainan dan sandiwara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam soal bas mewah dua tinggat PKR yang dipertikai sejak sekian lama.Pengerusinya,Hamidzun Khairuddin berkata,akhirnya sandiwara dan lakonan Khalid Ibrahim terbongkar semalam selepas beliau mengakui membayar RM10,833.00 sebulan untuk membeli bas mewah pkr yang digunakan oleh penasihat ekonomi kerajaan negeri selangor untuk kempen pilihanraya umum pada kali ini. 

“Sedangkan sebelum ini,pada 30 Ogos 2012,Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan dalam kenyataan akhbar beliau yang bas itu disewa untuk tempoh enam bulan dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh beliau untuk digunakan oleh penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor untuk kempen pilihanraya umum pada kali ini,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Namun beliau ‘kantoi’ selepas itu bila carian di JPJ mendapati bas BLU 8779 itu didaftarkan atas nama beliau Abdul Khalid Bin Ibrahim,yang membukti sebenarnya beliau adalah pemilik bas itu.Kemudian selepas itu beliau menyatakan pula yang bas itu dibeli oleh beliau secara sewa beli.Namun kalau bas itu Khalid bayar sebanyak RM10,833.00 sebulan selama 6 bulan sewabeli seperti yang dinyatakannya, ia berjumlah RM 64,998.00 (RM10,833 x 6). GAPS ingin tahu bayaran muka sebanyak RM 885,002.00 (RM950,000 - RM 64, 998.00) siapakah yang membayar wang muka tersebut. Kalau MB menyatakan dia yang membayar wang muka tersebut,GAPS ingin tahu tarikh pembayarannya dan cek dari bank mana,” ujarnya lagi.

GAPS juga berminat ingin tahu syarikat kewangan mana yang memberikan pinjaman sewabeli kepada Khalid Ibrahim kerana umum mengetahui beliau adalah seorang yang black listed Ctos dan Ccris kerana kes pinjaman RM60 juta Bank Islam yang masih beliau belum jelaskan. “Sebagai MB,Khalid Ibrahim wajar berterus terang kepada rakyat dan tidak cuba membohongi rakyat sehingga `kantol’ beberapa kali,” tambahnya yang juga mantan Ketua AMK negeri Selangor.

No comments:

 
 
Blogger Templates