semalam berakhir lah sudah piala suzuki AFF 2010,Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana menundukkan Indonesia dengan Agregat 4-2.walaupun kalah di Stadium Gelora Bung Karno semalam 2-1,kelebihan 3 gol di Stadium Bukit Jalil akhir nya melayakkan Malaysia untuk menjulang Piala Suzuki AFF 2010.Sejarah sudah tercipta di bumi Stadium Gelora Bung Karno setelah menunggu selama 14 tahun.Tahniah juga di ucapkan kepada Presiden FAM yang baru.
Bertambah manis anak didik K. Rajagobal berjaya melakukannya di hadapan 95,000 penyokong fanatik Indonesia yang terpaksa menelan kepahitan bahawa Malaysia lebih berhak merangkul kejuaraan edisi kelapan Piala Suzuki.Bukan sekadar itu,penyerang negara,Safee Sali dinobatkan selaku penjaring terbanyak kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 dengan lima gol mengatasi pesaing terdekat,Cristian Gonzales.
Biarpun Indonesia dengan mendapatkan dua jaringan pada minit ke-71 melalui Mohamad Nasuha dan Muhammad Ridwan pada minit ke-87, ia sudah terlewat buat skuad Garuda bangkit mengatasi Harimau Malaya yang menang dengan kelebihan agregat 4-2.Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat wajar diberikan pujian menggunung kerana beraksi cemerlang menghalang hajat Indonesia memburu gol yang lebih besar termasuk menyelamatkan sepakan penalti pada minit ke-18 yang diambil oleh Firma Utina.
Walaupun pertahanan negara yang dikemudi oleh Mohd. Muslim Ahmad dan Mohd. Fadhli Shas bocor sebanyak dua kali,ketenangan dan kesungguhan semangat juang pemain Malaysia bertahan jelas menjadi kunci utama kejayaan bersejarah Malaysia.Apa yang penting,kejayaan merangkul Piala Suzuki AFF akan menutup mulut media dan peminat Indonesia yang tidak henti-henti melancarkan provokasi semenjak hari pertama skuad Malaysia tiba di Jakarta.
Malahan,sebelum perlawanan,mental pemain Malaysia didera habis-habisan oleh penyokong tuan rumah yang menyebut perkataan Maling !!! Maling !!! dan membuat bising semasa lagu kebangsaan Malaysia dimainkan.Bertambah pahit buat pihak Indonesia,ini merupakan kegagalan kali keempat buat Indonesia selepas empat kali mencuba di pentas final.Selain membawa pulang trofi AFF, Malaysia meraih wang tunai sebanyak A$$100,000 sementara Indonesia mendapat A$$ 50,000,cuma malang nya Pemain terbaik kejohanan Piala Suzuki AFF dirangkul kapten Indonesia,Firman Utina.apa pun selepas ini kita lihat reaksi orang Indonesia,saya lihat semalam ada yang menangis,ada yang menggelengkan kepala.kasian deh loh !!! udah kalah ya !!! jangan nangis dong,nanti kamu bisa coba lagi ya
saya sememangnya yakin,Aura Mokhtar Dahari telah mula meresap dalam jiwa pemain-pemain tanah air.Akan tetapi,Aura ini mesti dikekalkan malah diperhebatkan lagi,Kerana anda merupakan harapan Malaysia.
PSST---PM dah umumkan esok sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010.yey,boleh jalan-jalan bersama keluarga yang tercinta
Hidup Dato Seri Najib !!!
psst---Ada Ucapan Tahniah Dari Pemain M.U Rio Ferdinand Melalui Twitter
POST BY WAYNE...
1 comment:
Terima Kasih Atas Lapuran Anda Hehehehe
Kita Sudah Terbukti Hebat Walaupun Lambat Untuk Memilikinya ....
Allah Sahaja Yang Tahu Apa Yang Terbaik Untuk Negara Kita Malaysia ( Tanah Melayu )
Hidup Islam dan Melayu Kita
Post a Comment