Social Icons

Pages

Saturday, December 04, 2010

GEMPAR !!! ISU APCO DI PERMAIN KAN LAGI !!!




Kalau bercakap tentang perang saraf kemungkinan ini memang dijangka.Beberapa hari kebelakangan ini sudah ada pihak yang cetuskan desas desus Anwar besar kemungkinan kena gantung hadir sidang parlimen kerana mengaitkan konsep IMalaysia dengan 1Israel.Senang cakap bising dulu gambarkan semuanya tidak adil menjelang keputusan kes itu yang ditentukan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen diumumkan.

Jadi tidaklah menghairankan bila Anwar memanggil satu sidang akhbar tergempar di ibupejabat PKR awal petang semalam untuk mempertikaikan perjalanan mesyuarat jawatankuasa itu di bangunan Parlimen pada sebelah pagi.Difahamkan mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah membuat keputusan keatas kes berkenaan.Ia bagaimanapun perlu dibentangkan kepada Dewan Rakyat terlebih dahulu sebelum diumumkan.

laporan dari AGENDA NEWS melaporkan bahawa Dalam sidang akhbarnya yang disertai oleh ahli jawatankuasa berkenaan Karpal Singh ( DAP-Bukit Gelugor) dan R. Sivarasa (PKR - Subang) ,Anwar mempertikai jawatankuasa berkenaan tidak beri peluang beliau kemuka penjelasan berhubung isu Apco pada mesyuarat kali ini.Anwar mendakwa jawatankuasa itu sengaja mahu mempercepatkan penggantungannya daripada parlimen.

PANDAI JUGA SEBUT 1MALAYSIA

“Ketika kes saya dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan,Speaker telah berjanji bahawa saya akan diberi peluang mengemukakan bukti dan mempertahankan diri. Tetapi ini tidak berlaku. Ini tidak adil dan ia adalah titik hitam dalam sejarah parlimen,” katanya.

Sementara itu,Karpal berkata,pada mesyuarat pagi semalam,beliau telah diberikan surat daripada Apco bertarikh 19 Ogos.Katanya beliau juga tidak diberitahu mengenai agenda mesyuarat.


“Tiba-tiba Ahli Parlimen Muar (Datuk Razali Ibrahim) mengusulkan supaya perkara itu (mengenai Apco) didengar dan usul itu disokong oleh Ahli Parlimen Alor Gajah (Dr Fong Chan Onn).Saya dan R Sivarasa (Ahli Parlimen PKR Subang Jaya) yang berada di situ meninggalkan mesyuarat sebagai tanda protes,” kata Karpal yang memberitahu,selepas itu Karpal yang tidak tahu apa yang berlaku selepas itu.

Selain Karpal,Sivarasa,Razali dan Dr Fong jawatankuasa berkenaan turut dianggotai Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee dan Nancy Shukri (BN-Batang Sadong).


Jika jawatankuasa berkenaan memutuskan Anwar bersalah,Ahli Parimen Permatang Pauh itu menghadapi kemungkinan digantung daripada menghadiri sesi parlimen akan datang, iaitu pada Mac 2011.Desas desus yang dimainkan menduga Anwar akan kena gantung selama enam bulan.Apapun hukuman oleh jawatankuasa itu tidak menjejaskan hak Anwar untuk bertanding jika pilihanraya diadakan

POST BY WAYNE...

1 comment:

Anonymous said...

DIA AHLI NUJUM PAK BELANG!..HIDONG BELANG!..KUDA BELANG! KEHKEHKEH

 
 
Blogger Templates