Tadi jam 12 saya telah mengeluar kan artikel berkenaan dengan Datuk Zaid yang menjadi Presiden KITA.tiba-tiba pulak ada insan mengatakan yang perlantikan beliau tidak sah ??? kenapa tidak sah pulak ??? adakah ini satu konspirasi nak jatuh kan Datuk Zaid atau pun insan itu cemburu kerana Datuk Zaid dapat jadi Presiden ???
rupanya semalam,ketika sidang media berlaku insan benama Hanafi Hamat berkata beliau masih merupakan presiden yang sah dan bukannya Zakaria Salleh.Hanafi berkata,ekoran keputusan pemecatan itu,Zakaria dan Abdullah Sani tidak layak mengadakan muktamar agung tahunan parti semalam kerana mereka berdua bukan lagi ahli.itu adalah jawapan Hanafi yang mengatakan beliau adalah beliau masih lagi Presiden AKIM,bukannya Zakaria salleh..sebelum ini yang kita tahu Zakaria Salleh adalah Presiden,sekarang Hanafi pulak yang mengaku dia Presiden..mana satu Presiden sebenar nya ni ???
Dalam pada itu,Hanafi berkata,Zakaria selepas pemecatannya pernah mengadakan muktamar yang serupa pada 26 Disember 2009 bagi mengisytiharkan semula dirinya sebagai Presiden.Justeru apa jua keputusan yang dibuat pada muktamar semalam termasuk pemilihan Zaid sebagai ketua yang baru adalah tidak sah dan tidak terpakai,beliau juga menggesa Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyelesaikan konflik yang berlaku di dalam AKIM dan telah mengemukakan aduan sejak setahun yang lalu,beliau amat berharap ROS segera bertindak agar presiden sebenar dapat ditentukan.
apa pun kita tunggu lah jawapan sebenar Zakaria berhubung dengan parti yang ditukar dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) kepada Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) sama ada sah atau tidak Datuk Zaid ni Sebagai Presiden AKIM.
POST BY WAYNE...
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment