Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib telah bersuara sekali lagi berkenaan dengan Pelan 100 hari pembangkang dan menyerahkan kepada semua rakyat Malaysia berkenaan dengan Pelan tersebut yang telah yang dikecam oleh kerajaan sebagai amat populis dan tidak berpaksi di bumi nyata.Datuk Seri Najib juga meminta kepada rakyat cuba teliti apakah yang terjadi selepas pembangkang telah mengambil alih beberapa negeri.
Beliau bukan tidak mahu menyahut cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berdebat dengan Penasihat parti PKR tetapi yang paling utama di sini ialah penilaian oleh rakyat terhadap kerajaan dan pembangkang,yang penting sekali adalah rakyat yang boleh menilai antara dua Pelan,Kerajaan akan buat pembentangan,manakala Anwar pula buat pembentangan.Kerajaan boleh buat macam-macam penilaian atas perancangan,biar rakyat menentukan.Kalau nak debat,kita mesti ada sesuatu hasil daripada debat itu,(namun)saya tak nampak ada hasil sebab yang penting adalah penilaian daripada rakyat," kata beliau lagi.
Kelmarin Portal berita propembangkang menyiarkan kenyataan Anwar yang mencabar Perdana Menteri supaya berdebat untuk menentukan siapa yang mempunyai dasar ekonomi lebih baik untuk negara.Isnin lalu, Datuk Seri Najib berkata,terdapat keanehan apabila pembangkang menabur pelbagai janji yang populis menerusi 'Pelan 100 hari' mereka tanpa membentangkan sumber kewangannya untuk melaksanakan pembangunan rakyat.Antara yang dijanjikan pembangkang dalam pelan tersebut ialah mahu menghapuskan kutipan tol di semua lebuh raya di negara ini sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
KEPADA RAKYAT MALAYSIA ANDA PILIHLAH PELAN YANG TERBAIK,ANDA SUDAH LIHAT SENDIRI APA YANG TERJADI DI BEBERAPA NEGERI YANG DI TERAJUI OLEH PEMBANGKANG.
RENUNG-RENUNGKAN LAH
POST BY WAYNE...
2 comments:
Pelan 100 hari PR ……. Najib & konco2nya mengelabah….... rakyat sedang menilai...
Apa bezanya tindakan & amalan kerajaan yang diketuai oleh Najib berbanding Pak lah dulu...
Apa bezanya tingkahlaku & gelagat kerajaan Najib berbanding perangai Mahathir dulu...
dari aspeks;
1) tadbir urus kerajaan & salah laku pegawai2 awam,
2) ekonomi,
3) rasuah & korupsi,
4) monopoli / melanun kontrak, permit, atau GLC-petronas, felda, LUTH, MAS, PKFZ, dsb,
5) kebajikan rakyat,
6) kenaikan harga barangan pengguna,
7) kadar pengangguran,
8) isu buruh asing & pendatang asing,
9) dadah & krisis sosial,
10)kadar jenayah,
dll.....
Rakyat menilai... Najib dibayangi atau dibawah pengaruh dua kuasa utama:
1) Bininya Rosmah....
2) Mentornya Mahathir...
Pada mata rakyat. Rosmah & Mahathir adalah LIABILITI UMNO & NEGARA hari ni... mungkin silap? ... sehinggalah keputusan PRU13 nanti.... hehehehe
non 8:05..
kalau liabiliti UMNO MUNGKIN ada yg rasa betul..tapi Tun Mahathir TIDAK jadi liabiliti langsung.. apatah lagi jadi liabiliti kepada negara saya tidak nampak langsung kat mana point tu sama ada Rosmah mahupun Tun..
idea mana anda dapat sebelum menulis..hmm..
dari point2 aspek yg anda bagi tu sila buat kajian.. jika tidak ini menampakkan anda tidak bijak..
mungkin apa yg ada di dalam fikiran anda adalah idea yg hanya anda perolehi dari ceramah2 yg anda hadir atau pun akhbar media pihak sebelah sana sahaja yg anda baca..
..inilah penilaian rakyat yg bijak..
Post a Comment