nampaknya situasi PKR di sabah tak lama lagi yang saya lihat akan hancur dan lebur.ini kerana selepas Bekas Naib Presiden PKR,Datuk Dr. Jeffrey Kitingan meninggalkan parti itu,ada lagi yang nak meninggalkan parti kerana tidak tahan dengan apa yang berlaku.macam biasa lah alasan mereka tidak percaya dengan Anwar
semalam seramai 27 ahli termasuk pemimpin PKR dari seluruh negeri sabah bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Bersatu Borneo (UBF),ini adalah parti yang ciptaan Datuk DR. Jeffrey sendiri,UBF ditubuhkan pada 16 Disember lalu oleh Datuk Jeffrey sebagai satu platform bagi membolehkannya memperjuangkan hak serta keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak.Beliau menamakan Parti itu kerana mahukan ahli-ahli nya bersatu dalam sabah,bukan macam PKR dan Beliau mahu memperjuangkan nasib rakyat sabah.UBF mahu kerajaan pusat melindungi hak masyarakat pribumi seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.adakah parti ini akan bergabung di bawah Barisan Nasional ??? kita tunggu lah nanti.kalau dah masuk,semuanya ada 10 lah.ok apa...
di bawah adalah senarai yang keluar parti PKR semalam
Pengerusi Pasukan Petugas Kadazandusunmurut PKR Sabah,Daniel John Jambun.
Bekas Ketua Cabang PKR Putatan,Awang Ahmad Shah Awang Sahari.
Timbalan Ketua Cabang Kota Belud,Rubbin Guribah.
Timbalan Ketua Cabang Keningau,Melvin Jaikol.
Ketua Pemuda PKR Keningau,Dr.Nicholas Guntobon
Ketua Pemuda PKR Kota Marudu,Dr.Jurin Gunsalam
Setiausaha PKR Kinabatangan,Jalibin Paidi
Ketua Penerangan PKR Kinabatangan,Yusof Parantis.
kenapa tak buat macam Wangsa Maju jer 200 ahli keluar..kekeke..kan ramai sikit.Dengar cerita ada lagi 5 atau 6 Ketua Cabang PKR yang menyatakan hasrat meletakkan jawatan tapi mereka tangguh kan dulu kerana tugas nak fitnah rakyat tak selesai lagi.
harus diingat sentimen di Sabah yang saya tahu amat kuat sekali meskipun hanya 27 ahli PKR bertindak keluar parti semalam,setiap pemimpin PKR mempunyai ramai pengikut yang akan turut berbuat demikian,lepas itu PKR akan jadi parti baru (PARTI KE RAHMATULLAH)hanya di sabahlah...beberapa Ketua Cabang PKR akan mengumumkan keluar parti pada 17 Januari ini.Dan Harus diingat 80 peratus ahli PKR Keningau dijangka mengikut jejaknya meninggalkan parti itu dan menyertai UBF kalau sentimen mereka besatu untuk membela nasib di Sabah.
POST BY WAYNE...
1 comment:
bukan setakat kat sabah malah seluruh negara parti pkr ni akan dikebumikan..pkr akan menerima nasib seperti semangat 46 dan parti kepala lembu hahahaha..
hanya tinggal didalam lipatan sejarah je nanti..itupun kalau ada lah.
Post a Comment