Social Icons

Pages

Monday, February 07, 2011

10 PEMIMPIN UTAMA DAP SABAH KELUAR PARTI !!!


selepas pemimpin PKR sabah telah keluar dari parti,nampaknya di sabah kegoyahan PAKATAN telah parah kerana pemimpin DAP pula keluar parti.Seramai sepuluh orang pemimpin DAP Tawau termasuk ketua publisitinya James Leong Yun Fui,meninggalkan parti dan menyertai Parti Gerakan,salah satu parti komponen BN.


laporan dari BERNAMA menyatakan Tindakan kesemua 10 anggota parti pembangkang yang diketuai James itu diumumkan oleh Naib Presiden Parti Gerakan Tan Sri Liew Yun Fah pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina naib presiden semalam.James dan rakan-rakannya menyerahkan borang keahlian mereka ke dalam parti Gerakan kepada Pengerusi BN Sabah yang juga Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada majlis berkenaan dan menyerahkannya kepada Liew.Menurut James mereka bertindak keluar parti yang mereka dokong selama ini kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti DAP yang didakwanya hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu menunaikannya.James yang sudah sepuluh tahun bersama DAP berkata hanya BN yang mampu membawa pembangunan kepada rakyat secara keseluruhannya dan yakin dengan gagasan 1Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggapnya telah berhasil mengembalikan sokongan rakyat kepada pemimpin dan kerajaan.

Mengulas mengenai tindakan pemimpin-pemimpin DAP Tawau itu, Musa berkata parti-parti pembangkang di Sabah sudah tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa di negeri itu dan tindakan pemimpin-pemimpin DAP itu menunjukkan kelemahan parti berkenaan dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat.Sehubungan itu,beliau yakin lebih ramai pemimpin dan ahli DAP akan keluar parti dan menyertai BN.Sementara itu,Tan Sri Liew Yun Fah menyifatkan tindakan itu sebagai langkah terbaik dan petanda positif untuk BN merampas kembali kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sri Tanjung daripada DAP.Beliau yakin masyarakat Cina di kawasan itu kini telah mula sedar bahawa hanya BN sahaja yang mampu memberikan peruntukan pembangunan sekaligus membela nasib rakyat di kawasan berkenaan.

INILAH PAKATAN HANYA PANDAI BERKATA-KATA DAN BERJANJI TETAPI JANJI PAKATAN HANYA MANIS DI MULUT.APABILA SAMPAI WAKTUNYA JANJI ITU TIDAK DIKOTAKAN.HANYA BN SAHAJA YANG BOLEH MENGOTAKAN JANJI DAN MEMBERIKAN PEMBANGUNAN KEPADA RAKYAT

RENUNG-RENUNGKANLAH

No comments:

 
 
Blogger Templates