Seramai 762 pelajar Malaysia yang ditempatkan di Pusat Transit Haji,Madinatul Hujjaj akan menjadi kumpulan pertama berlepas pulang ke tanah air dengan penerbangan pertama dijadual jam 6.30 petang waktu tempatan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Jamil Khir Baharom,berkata seramai 320 orang akan menaiki penerbangan AirAsia itu,diikuti 442 lagi yang menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dijadual berlepas jam 8 malam (waktu tempatan).Kedua-dua penerbangan ini dijangka tiba serentak di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada jam 9.30 pagi nanti,katanya kepada kumpulan pertama pelajar yang akan berlepas pulang.Jamil Khir juga memberitahu kumpulan pelajar itu bahawa ketibaan mereka akan disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata,bagi pelajar yang tinggal di luar Kuala Lumpur,mereka boleh bermalam di Institut Latihan Islam Malaysia di Bangi dan Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya sebelum meneruskan perjalanan ke kampung halaman.Mengulas penggunaan dua pesawat Boeing 747 yang disediakan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Turki Abdullah al-Saud, beliau berkata, waktu penerbangan kedua-dua pesawat itu akan diselaraskan oleh MAS.Jamil Khir juga berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang memberikan visa sewaktu ketibaan untuk tempoh tujuh hari kepada semua pelajar Malaysia yang dipindahkan dari Mesir.
SUMBER DARI BERNAMA
ALHAMDULILLAH,762 PELAJAR SUDAH BERLEPAS DARI LAPANGAN TERBANG.TAHNIAH KEPADA KERAJAAN MALAYSIA DALAM USAHA MEMBANTU PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA PULANG KE TANAH AIR
No comments:
Post a Comment