semalam seluruh malaysia dikejutkan dengan berita yang mengatakan Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim.Allahyarham dilaporkan terjatuh di dalam bilik air akibat serangan jantung di kediamannya sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) pada 7.15 petang semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional(BN)akan mencari pengganti yang sesuai untuk meneruskan perjuangan membela nasib rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN)kawasan Kerdau.Beliau berkata mengikut perlembagaan, pilihan raya kecil DUN Kerdau perlu diadakan berikutan kematian anggota DUN Datuk Zaharuddin Abu Kassim.
"Masa depan tempat ini akan terus dimajukan,kami akan cari pengganti untuk teruskan perjuangan Allahyarham," katanya kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham Zaharuddin.Perdana Menteri turut menunaikan solat sunat jenazah di rumah Allahyarham di Kerdau.
Sebelum ini,Zaharuddin pernah dua kali dimasukkan ke hospital berkenaan kerana mengalami komplikasi buah pinggang dan jantung serta tekanan darah tidak stabil pada Mei dan November tahun lepas.Zaharuddin juga pernah menerima rawatan lebih dua bulan di Institut Jantung Negara kerana komplikasi buah pinggang dan jantung selepas menjalani pembedahan ulser usus di HOSHAS pada Mei tahun lepas.Perdana Menteri berkata tarikh pilihan raya kecil DUN itu akan ditentukan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.Pada perkembangan sama,Perdana Menteri berkata beliau secara peribadi menyifatkan kematian Zaharuddin sebagai satu kehilangan besar bagi dirinya.
"Allahyarham merupakan sahabat saya selama 30 tahun, beliau amat rapat dengan saya, secara peribadi saya kehilangan sahabat yang akrab," katanya.
Laporan Dari BERNAMA menyebut Datuk Seri Najib berkata,Allahyarham banyak membantunya ketika beliau menjadi Menteri Besar Pahang dari segi pemikiran,idea,dan bertukar-tukar pandangan dalam membangunkan negeri Pahang.Allahyarham sebelum ini pernah menjadi jurulatih Biro Tata Negara,penolong pegawai daerah di Bentong,sebelum dipilih menjadi wakil rakyat kawasan DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008.Pada pilihan raya umum itu, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin pula meraih 2,520 undi.
MARILAH KITA SAMA-SAMA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH KEPADA ALLAHYARHAM DATUK ZAHARUDDIN ABU KASSIM
AL-FATIHAH
AL-FATIHAH
No comments:
Post a Comment