Tindakan segelintir pemimpin Pas mengkritik Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan yang bersedia membantu pihak berkuasa membanteras maksiat pada Hari Kekasih, 14 Februari ini memperlihatkan bahawa mereka sanggup menggadai akidah kerana gilakan kuasa.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu,Zulkifli Noordin berkata,suara-suara 'dajal kecil' itu senada dengan golongan bukan Islam termasuk sekutu Pas iaitu DAP yang turut lantang mengkritik pendirian Nasrudin.
Menurut beliau,tidak ketinggalan parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA dan Gerakan yang turut menghentam Nasrudin malah kumpulan 'nyamuk' seperti SiS Forum Sdn. Bhd.
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan siri penerangan tentang maksiat pada Hari Kekasih dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri telah diarah menjalankan operasi mencegah maksiat.Saranan sama disuarakan oleh Nasrudin yang menyeru supaya penerangan dan pencegahan maksiat diadakan pada hari tersebut. Bahkan beliau menyatakan Dewan Pemuda Pas sanggup membantu pihak berkuasa negeri-negeri untuk laksanakan tugas tersebut.
"Namun malangnya,ada antara kita yang menjadi kelkatu dan buta terhadap agamanya sendiri. Pendirian Nasrudin dikritik oleh segelintir pemimpin Pas sendiri,malah ada yang mengherdik kerana tindakannya dikatakan merugikan Pas dalam usaha mendapat undian bukan Islam pada pilihan raya akan datang," katanya.
SELANJUTNYA
KLIK DI SINI
No comments:
Post a Comment