Social Icons

Pages

Sunday, February 06, 2011

DATUK SERI NAJIB MENGEGARKAN KAMPUNG BARU !!!


semalam berlangsungnya Program Ziarah Masjid di kampung baru bersama Datuk Seri Najib.Datuk Seri Najib telah melawat Masjid di kampung baru dan sejurus selepas itu majlis perasmian pecah tanah di belakang bangunan Zikay iaitu Mercu Zikay yang turut dihadiri Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Salleh Yusup dan Pengarah Urusan Zikay Group Datuk Mohd Khay Ibrahim,selepas menunaikan solat Asar berjemaah.

sekiranya anda ingin mengetahui apakah Mercu Zikay




Datuk Seri Najib Tun Razak juga berkata Masjid Jamek Kampung Baru akan menjadi titik permulaan dan ikon transformasi kawasan itu menjadi kawasan bernilai tinggi,canggih dan moden.Sebagai langkah pertama ke arah pembangunan kawasan itu, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM20 juta bagi membiayai pengubahsuaian masjid berkenaan.

menurut laporan dari BERNAMA kerja-kerja menaik taraf masjid akan bermula dalam tempoh enam bulan dengan peruntukan tersebut disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Tahun ini adalah detik permulaan era baru Kampung Baru.Isyarat saya jelas.Saya datang setahun dulu bukan untuk melawat sahaja tetapi dengan niat membangunkan kampung ini," katanya.

Beliau berkata hasrat kerajaan untuk membangunkan Kampung Baru ialah untuk memberi nilai ekonomi tinggi kepada penduduk di situ dengan menukar status hartanah berkenaan kepada kawasan komersil,sama dengan kawasan sekelilingnya.

"Berdasarkan pada hasrat inilah mesti ada langkah yang boleh kita buat,kalau kita boleh selesaikan banyak masalah negara, takkanlah pembangunan Kampung Baru ini mustahil untuk (kita) cari penyelesaian yang boleh memberi manfaat," katanya.

Datuk Seri Najib berkata sekiranya Kampung Baru tidak dibangunkan, pemilik tanah hanya akan menerima sebahagian sahaja dari nilai sebenar selain pemodenannya turut memberi tempias kepada ibu kota Kuala Lumpur.Dalam usaha membangunkan Kampung Baru, syaratnya penduduk Kampung Baru perlu kekal tinggal di situ bagi mendapat keuntungan daripada pembangunan itu,katanya sambil memberi jaminan tidak ada pihak ketiga yang mendapat keuntungan darinya.Katanya jika Kampung Baru tidak dibangunkan,ia akan dilihat seolah-olah seperti sebuah kawasan setinggan yang dikelilingi oleh bangunan pencakar langit dan seolah-olah tertinggal dalam arus kemajuan yang pesat kota metropolis moden.

Menurutnya kerajaan sudah menubuhkan sebuah perbadanan untuk Kampung Baru dan melantik masyarakat kampung itu untuk memastikan apa yang dilakukan adalah telus dan tiada niat buruk di sebaliknya.Beliau berkata syarikat berkaitan kerajaan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Lembaga Tabung Haji juga akan terbabit dalam membantu hala tuju dan arah pembangunan kampung tersebut yang mula dibuka sejak tahun 1899.

Dauk Seri Najib berkata Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru akan dibentangkan di Parlimen pada bulan depan.Mengenai pelan menaik taraf masjid berkenaan,katanya pelannya sudah diteliti dan pelantikan kontraktor bagi tujuan itu akan diserahkan kepada jawatankuasa masjid serta pembayaran akan dibuat mengikut kemajuan.Kapasitinya akan ditingkatkan kepada 5,000 jemaah yang boleh bersolat pada satu-satu masa dan jemaah boleh meneruskan amal ibadat dan aktiviti masjid pada masa ia dinaik taraf.

Beliau berkata Masjid Jamek Kampung Baru berbeza dengan masjid lain di ibu kota kerana ia mempunyai pertalian yang tidak boleh dipisahkan dengan masyarakat setempat kerana sejarahnya yang tersendiri.Datuk Seri Najib juga mengesyorkan supaya aktiviti mengimarahkan masjid seperti tarbiah, dakwah serta aktiviti keilmuan seperti tuisyen diteruskan kepada generasi muda bagi terus membina manusia berkualiti.Kira-kira 3,000 orang hadir pada majlis berkenaan walaupun hujan lebat sejurus masuk waktu Solat Asar.Pada majlis sama,Datuk Seri Najib melancarkan Kelab Belia 1Masjid Kampung Baru.

No comments:

 
 
Blogger Templates