Malaysia menamatkan penantian selama tujuh tahun untuk menumpaskan Hong Kong dengan jaringan 2-0 pada perlawanan siri persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam,malam tadi
Gol Malaysia hasil jaringan kapten Harimau Malaya,Safiq Rahim pada minit ke-43 dan Mohd Amirulhadi Zainal pada minit ke-91 menjadi penyelamat maruah negara dalam misi membalas dendam kekalahan 1-3 kepada Hong Kong pada 2004.Beraksi di hadapan 5,000 penonton tempatan,Malaysia,yang dinobatkan juara Piala AFF Suzuki 2010,nyata turun dengan garang apabila mendominasi permainan.
Malaysia hampir mendapat peluang membuka jaringan menerusi larian solo Safee Sali yang membuat sepakan kencang di luar kotak penalti namun terkena tiang yang menyebabkan penjaga gol Hong Kong, Yapp Hung Fai cemas seketika pada minit ke-12.Bagaimanapun, Safiq Rahim berjaya memecah kebuntuan apabila menjaringkan gol pertama yang dibantu Mahali Jasuli di tepi kotak penalti akibat kesilapan benteng pertahanan Hong Kong, Deng Jinghua yang gagal menyepak keluar bola ke luar padang.
Pada babak kedua, jurulatih K. Rajagobal membuat sedikit pertukaran di bahagian penyerang dan penjaga gol apabila menurunkan penyerang sensasi, Norshahrul Idlan Talaha dan penjaga gol kedua, Mohd Farizal Marlias bagi memberi peluang mempamerkan aksinya.Skuad Harimau Malaya sekali lagi nyata mengawal permainan dan membuat beberapa percubaan ke pintu gawang Hong Kong namun masih gagal meraih jaringan pada babak kedua.
Malaysia mendapat peluang menarik menerusi S. Kunanlan hampir menyumbat gol kedua namun terkena palang gol pada minit ke-75.Pertahanan Hong Kong sekali lagi dihukum apabila percubaan solo pemain gantian, Mohd Amirulhadi Zainal berjaya membuahkan jaringan pada masa kecederaan.Tertekan dengan kedudukan 2-0, Hong Kong nyata cuba bangkit namun tidak mampu berbuat apa-apa hingga wisel penamat ditiup.Sementara itu, Rajagobal nyata berpuas hati dengan penampilan sulung anak buahnya dalam perlawanan pertama musim ini.
SUMBER DARI BERNAMA

TAHNIAH KEPADA SKUAD HARIMAU MALAYA KERANA MENUNDUKKAN HONG KONG 2-0.DI HARAP SKUAD HARIMAU MALAYA AKAN KEKALKAN PERMAINAN SEBEGINI DAN BOLEH PERGI LEBIH JAUH DI PERSADA DUNIA
No comments:
Post a Comment