Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mencabar Mursyidul Am PAS,Nik Aziz Nik Mat supaya berdebat dengan Pengerusi DAP,Karpal Singh mengenai penubuhan negara Islam sebelum berniat untuk berdebat dengan pihak lain.
BERNAMA melaporkan Timbalan Yang Dipertua Kebangsaan JMM,Omar Salleh berkata,Menteri Besar Kelantan itu seharusnya berdebat dengan Karpal Singh yang dianggap sebagai sekutu dalam pakatan pembangkang kerana mereka secara asasnya memperjuangkan hala politik yang sama.Nik Aziz dan Karpal Singh adalah ”kawan” dalam pakatan pembangkang.mereka harus sama-sama bersetuju dalam menubuhkan negara Islam.kalau sudah berdebat dengan Karpal selepas itu Nik Aziz barulah boleh berdebat dengan yang lain
Akhbar tempatan juga telah melaporkan kesediaan Nik Aziz untuk berdebat dengan mana-mana pihak berkuasa termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan umat Islam di negara ini.Pada Jumaat lepas,Nik Aziz dilaporkan berkata tiada masalah sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam,malah Nik Aziz juga bersedia berdialog dengan majlis itu bagi menjelaskan pendiriannya.
Dua hari kemudian,Nik Aziz dilaporkan meletakkan syarat supaya debat antara Nik Aziz dan Majlis Fatwa Kebangsaan atau pihak berkuasa perlu dilakukan secara terbuka bagi memastikan semua pihak dapat menilai perjalanan debat dan tidak dimanipulasi.Sebelum ini, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan,Prof Madya Mohd Noor Deris meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Aziz yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
Omar berkata JMM juga meminta Nik Aziz mengeluarkan “fatwa karut” mengenai kes liwat penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.JMM turut mendesak Nik Aziz untuk memberi tunjuk sebab mengapa Mohd Noor dianggap sebagai seorang kafir ataupun Nik Aziz memandang hina kepada semua kakitangan universiti.
KALAU BERANI BERDEBAT,APA KATA BERDEBAT DENGAN KARPAL SINGH YANG SELAMA INI DI AGUNGKAN OLEH NIK AZIZ SEBAGAI TEMAN RAPAT DALAM PAKATAN.SEBELUM INI KATA TAK BOLEH BEKERJASAMA,SEKARANG BOLEH PULAK BEKERJASAMA
KALAU BERANI BERDEBAT,APA KATA BERDEBAT DENGAN KARPAL SINGH YANG SELAMA INI DI AGUNGKAN OLEH NIK AZIZ SEBAGAI TEMAN RAPAT DALAM PAKATAN.SEBELUM INI KATA TAK BOLEH BEKERJASAMA,SEKARANG BOLEH PULAK BEKERJASAMA
ADA BERANI ????
No comments:
Post a Comment