Social Icons

Pages

Tuesday, February 08, 2011

OPS PIRAMID DIPOLITIKKAN OLEH PAKATAN !!!


misi di mesir sudah berjaya untuk membawa pulang 778 rakyat malaysia.tetapi ramai juga yang beranggapan misi ini hanya misi untuk berpolitik.kalau berpolitik kenapa Pembangkang tak nak membantu dalan isu mesir ini.ini sudah menjadi tanggungjawab kerajaan malaysia untuk membantu rakyat malaysia di seluruh dunia kalau ada bencana dan sebagainya.


semalam Datuk Seri Najib sendiri sudah bersuara,operasi menyelamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid merupakan misi untuk kepentingan negara dan tiada unsur politik.Menurut Perdana Menteri, kerajaan melakukan apa sahaja yang terbaik untuk membawa pulang rakyat Malaysia berikutan pergolakan di negara berkenaan.

laporan dari UTUSAN menyatakan Beliau berkata demikian ketika menyambut kepulangan kumpulan pertama 778 pelajar dan rakyat Malaysia yang dibawa keluar dari Mesir menerusi Ops Piramid melalui Jeddah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.Pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia itu mendarat kira-kira pukul 10 pagi dan turut disambut isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor,Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri Kabinet lain.Turut menyambut kepulangan mereka ke tanah air ialah anggota keluarga masing-masing.Datuk Seri Najib berkata,oleh kerana misi tersebut bukan sesuatu yang mudah, kerajaan telah membuat perancangan teliti termasuk membawa keluar rakyat Malaysia di Mesir untuk ditempatkan sementara di Jeddah sebelum dibawa pulang ke tanah air.Menurut Perdana Menteri,pelbagai pihak terlibat dalam misi tersebut kerana matlamatnya hanya untuk memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat.

Tegas beliau,kerajaan bimbang tentang keselamatan warga Malaysia di Mesir kerana di negara berkenaan kini tiada lagi pentadbiran awam dan yang berasaskan undang-undang.Perdana Menteri berkata, kepulangan kumpulan pertama rakyat Malaysia itu merupakan satu kelegaan kepada mereka di tanah air dan sebab itu, beliau yang sepatutnya mempengerusikan sebuah mesyuarat penting pagi ini menangguhkannya untuk bersama dengan mereka di sini.Datuk Seri Najib juga tidak 'bercuti' sepanjang dua tiga hari lepas sedangkan pada masa itu cuti umum untuk menumpukan urusan membawa pulang rakyat Malaysia.

"Ada pukul 3 pagi pun kita terima telefon (berkenaan dengan urusan membawa balik rakyat Malaysia ini). Alhamdulillah, semua urusan ini berjalan dengan baik. Saya doakan supaya penerbangan lain (selepas ini dari Mesir) akan selamat kembali ke tanah air," katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk MAS,AirAsia,Lembaga Tabung Haji,Angkatan Tentera Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).Datuk Seri Najib juga mengucapkan penghargaan kepada Putera Mahkota Arab Saudi,Putera Turki Abdullah al-Saud kerana sudi membiayai dua penerbangan menggunakan pesawat jumbo Boeing 747 untuk membawa balik pelajar Malaysia dari Jeddah ke Kuala Lumpur.ucapan terima kasih juga buat Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud kerana membenarkan penggunaan ruang udara dan pendaratan seberapa banyak pesawat Malaysia di Jeddah.Kata beliau, perkara itu merupakan satu 'pertimbangan yang luar biasa' dari negara berkenaan kepada Malaysia.Datuk Seri Najib berkata,jika perlu kerajaan juga akan berurusan dengan pihak universiti di Mesir supaya pelajar-pelajar yang menuntut di negara tersebut menduduki peperiksaan di Malaysia.

TERIMA KASIH KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA,WALAUPUN CUTI TETAP MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA DI KALA RAKYAT KESUSAHAN DI MESIR

3 comments:

Anonymous said...

PENGANUT PAS PUN ANTARA YG DI SELAMATKAN. WALLY SLIPOR TAK TAU MALU SEBAB DIA XDE MUKE LA BRO KEHKEHKEH

Anonymous said...

salam....

nasib PR tak bangang...jika misi
piramid ini dikatakan membazir beb!!!
yalah kan nilai jutaan ringgit tu..

Anonymous said...

Apa yang kerajaan buat dlm ops piramid memang kerja GILA. 11,000 lebih boleh dikeluarkan dari Mesir dlm beberapa hari saja. Terima kasih DS Najib. Aku sayang kamu. Aku juga sayang Datin Rosmah. DS Najib jgn cemburu pulak ye..... Tahniah atas kerja GILA ni...

 
 
Blogger Templates