Social Icons

Pages

Tuesday, February 15, 2011

PANAS !!! NIK AZIZ KATA KEGIATAN MAKSIAT SEBAB ADA BUDAYA KUNING !!!



setelah rakaman video sulit berkenaan dengan pelacur dan pondan telah disebarkan.Dalam sidang media boleh pulak Nik Aziz pula mengatakan ini semua berpunca dari Kerajaan yang terdahulu.kalau macam tu kenapa tidak banteras dari tahun 1990 ??? sebelum ini Nik Aziz berkata semua kegiatan tu tidak akan berlaku di kelantan selepas PAS akan memerintah negeri kelantan dan kelantan akan jadi serambi mekah yang bersih dari maksiat.saya bukan nak hentam Tuan Guru Nik Aziz cuma saya teringat kata-kata yang dikeluarkan Oleh Beliau satu ketika dulu

saksikan kenyataan Nik Aziz di bawah


Menteri Besar Kelantan,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata,wujudnya kegiatan perjudian dan pelacuran di Kelantan disebabkan kurangnya penguatkuasaan kerajaan tempatan.

Nik Abdul Aziz juga berkata,wujudnya kegiatan itu adalah juga hasil peninggalan kerajaan dahulu dan beliau menyalahkan media massa yang mempengaruhi rakyat di negeri ini dengan budaya kuning.

Mursyidul Am Pas itu telah ditanya mengapa masih terdapat kegiatan perjudian nombor ekor dan pelacuran di negeri ini walaupun kerajaan negeri telah mengharamkan lesen premis berkenaan selepas mengambil alih negeri ini pada 1990.

“Kalau adapun, boleh jadi kerana kurangnya penguatkuasaan dalam membanteras kegiatan itu daripada berleluasa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan 24 wakil masyarakat Orang Asli di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, hari ini.

Pendedahan media beberapa hari lepas mengenai kegiatan maksiat itu telah memberi gambaran negatif dalam pentadbiran kerajaan Pas Kelantan dalam melaksanakan konsep membangun bersama Islam.Sehubungan itu, Nik Abdul Aziz mahu pihak penguatkuasa di negeri ini meningkatkan langkah membanteras kegiatan haram itu.

SUMBER DARI BERNAMA

Jalan Hamzah, bersebelahan dengan KB Mall dan 500 meter dari Pejabat Menteri Besar Kelantan, merupakan kawasan elit dengan perumahan orang-orang Cina.

Selepas Maghrib, beberapa perempuan bertudung akan berada di sini. Hampiri mereka dan anda akan dibawa ke rumah pelacuran di Kg Limau Manis untuk aktiviti seks.

Di lorong ini, ‘pengawal keselamatan’ bermotosikal akan memerhati orang luar yang keluar masuk sambil menjaga keselamatan beberapa orang pelacur bertudung yang berdiri di sini

Ini merupakan laluan ketiga ke kawasan perumahan Tmn Limau Manis, jalan utama ke pusat maksiat, juga di kawal oleh lelaki bermotorsikal.

Pondok Polis Taman Limau Manis, pada waktu malam, anda boleh melihat seorang dua pelacur perempuan atau pondan berdiri di sini.

Lorong menuju ke Kg Limau Manis, dalam 100 meter dari jalan utama Taman Limau Manis. Beberapa orang bapa ayam dan pelacur akan berdiri di sini pada waktu malam berhadapan dengan beberapa barisan rumah di perumahan itu.

Dua premis, di kiri dan kanan adalah tempat sarang pelacuran dan perjudian. Wanita yang sedang berjalan adalah salah seorang pelacur yang berdiri ditepi jalan pada malam operasi kami.

Bahagian belakang salah sebuah premis pelacuran. Lihat tiang gol tempat budak-budak bermain. Bagaimana aktiviti ini boleh berlaku di tempat sedemikian?

Sebuah rumah putih dua tingkat di sebelah rumah kayu yang menjadi salah satu tempat pelacuran. Tidak pernahkah laporan di buat kepada pihak berkuasa?

Dua orang lelaki berjalan meninggalkan rumah tersebut. Tidak dapat dipastikan adakah mereka pekerja di situ atau tempat itu juga merupakan sarang panagihan dadah,

Aktiviti harian di siang hari. Kiri dan kanan adalah bangunan yang digunakan untuk pelanggan melepaskan nafsu mereka.

Perhatikan beberapa lelaki yang duduk di atas tangga di rumah sebelah kanan foto. Mereka adalah diantara beberapa orang yang bertugas di premis ini.

Premis pejabat di lihat dari lorong masuk ke sarang pelacuran.

Premis perniagaan Chua and Chu

SUMBER GAMBAR DARI KICKDAFELLA

KLIK DI SINI

KURANGNYA PENGUATKUASAAN KERAJAAN TEMPATAN ??? NAK TAHU KENAPA ??? SEMUA INI BERPUNCA DARI KAKITANGAN MPKB ATUPUN MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU YANG MANA PUSAT AKTIVITI PELACURAN WANITA DAN PONDAN HANYA TERLETAK KIRA-KIRA 1 KILOMETER DARI PEJABAT MENTERI BESAR KELANTAN. DAH TANGGUNGJAWAB KERAJAAN NEGERI SEJAK 1990 KAN UNTUK MEMBENTERAS SEMUA TU ??? BUDAYA KUNING ??? NAK KATA BUDAYA KUNING YANG MANA 1 ??? KONSERT ??? BANYAK YANG DI HARAMKAN ??? MALAS NAK ULAS PANJANG-PANJANG NANTI SAYA PULAK DI PERSALAHKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates