Social Icons

Pages

Tuesday, February 08, 2011

PERKASA MEMBUAT LAPORAN POLIS !!!


semalam sekali lagi PERKASA telah membuat laporan polis.apakah yang dilaporkan kepada polis ??? adakah berkenaan dengan kes Anwar lagi ataupun kes Khalid Gagap ???

PERKASA membuat laporan polis bukan kepada Khalid Gagap atau Anwar tetapi terhadap Ahli Parlimen Shah Alam,Khalid Abdul Samad ekoran kenyataannya dalam laman interaksi sosial, Twitter yang didakwa berbaur fitnah dan hasutan.Kenyataan tersebut dikesan dikeluarkan pada pukul 10.26 malam, kepada seorang rakan Twitternya bernama Jasonbhlee antaranya menyebut: ''Mrk saja nak cari pasal. Sbenarnya yg biadab dan x hormat Cina, pm bela pembunuh TBH dan Dr.M dlm ucapan CNYnya (Tahun Baru Cina),".

menurut laporan dari UTUSAN Laporan polis tersebut dibuat oleh Pengerusi PERKASA Petaling Jaya,Zainal Abidin Ahmad di Balai Polis Seksyen 6 pada pukul 11.30 pagi semalam.Menurut Zainal Abidin,Khalid dikesan menghantar komen tersebut ketika banyak pihak mengecam tindakan beberapa pertubuhan termasuk aktivis parti pembangkang berdemonstrasi di depan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur minggu lalu bagi membantah campur tangan kuasa besar itu dalam krisis Mesir.Zainal Abidin bagaimanapun berkata,kenyataan kedua daripada Khalid kepada saya pada pukul 11.40 malam berbunyi: "Oops-Yg dimaksudkan 'pembela' x 'pm bela' walaupun boleh dikatakan bgitu apabila sistem kehakiman fail. Harap2 RCI better".

''TBH jelas merujuk kepada Teoh Beng Hock dan PM adalah Perdana Menteri selain RCI merujuk kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja yang ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian Beng Hock," katanya.

Beliau menjelaskan, kenyataan-kenyataan tersebut cuba memperbodohkan sesiapa sahaja yang membacanya dan ia menunjukkan Khalid seperti mengetahui siapa pembunuh Beng Hock dan menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut tahu perkara yang sama dan bertindak membela pembunuh terbabit.Tambahnya, kenyataan Khalid dianggap menghina sistem kehakiman negara dan Yang di-Pertuan Agong yang bertanggungjawab menubuhkan Suruhanjaya Diraja berkenaan apabila turut mengeluarkan mesej Twitter berbunyi 'Sistem Kehakiman fail (gagal) berhubung kes Teoh Beng Hock'.

KEPADA KHALID SAMAD,TOLONG JANGAN MENGAPIKAN RAKYAT MALAYSIA OK.SAYA PUN SELALU TENGOK TWITTER KHALID SAMAD NI.BOLEH TAHAN JUGA AYAT SI KHALID SAMAD NI

No comments:

 
 
Blogger Templates