Social Icons

Pages

Tuesday, February 08, 2011

SEMUA AHLI PKR SUDAH SEDAR SIAPA ANWAR !!!


nampaknya semua Ahli dan pimpinan PKR dah sedar siapa sebenarnya Anwar Ibrahim hingga mereka berasa beban dan malu untuk membawa nama Penasihat parti itu bagi berhadapan dengan rakyat.kita imbas kembali apa yang berlaku di Sabah.Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK),Sd. Johari Md. Yasin berkata,peletakan jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri (PPN) PKR Sabah, Pajudin Nordin yang dilantik Anwar memperlihatkan Ketua Pembangkang itu sudah tidak dihormati ahli.Anwar gagal memahami politik pribumi di Sabah yang unik apabila sering memaksa supaya setiap keputusannya diterima tanpa mendengar suara pimpinan parti di negeri tersebut terlebih dahulu.


Tidak sampai sebulan dilantik sebagai PPN PKR Sabah, Pajudin kelmarin mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO.Pengumuman yang menyaksikan PKR Sabah semakin parah itu dibuat di hadapan Ketua Menteri,Datuk Seri Musa Aman.Sementara itu,bekas Setiausaha Sulit Kanan Anwar,Anuar Shaari berkata, apa yang berlaku di Sabah adalah manifestasi ahli dan pimpinan PKR menolak kepimpinan 3A iaitu Anwar, Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali.Beliau berkata,perkara itu juga berlaku kerana Anwar selaku ketua gagal mendengar suara hati ahli PKR terutama di Sabah yang mahukan lebih perhatian, bukan hanya didekati ketika waktu pilihan raya sahaja.

"Wan Azizah pula selaku Presiden gagal menunjukkan kepimpinan yang berkualiti dalam PKR dan hanya bertindak sebagai 'rubber stamp' kepada semua skrip yang ditentukan Anwar.Azmin sebagai timbalan presiden pula hanyalah 'pendamping' setia Anwar.Pakatan Anwar-Azmin ini telah banyak memecahbelahkan PKR kerana mereka mengutamakan agenda peribadi dalam menerajui parti," katanya.

Menurut Anuar lagi,apa yang berlaku di Sabah hanya beberapa contoh bagaimana Anwar cuba memanipulasi pengikut dengan meletakkan beban yang dicipta Ketua Pembangkang itu semasa pemilihan PKR dan janji Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi kepada PPN Sabah.Sementara itu, bekas Naib Ketua AMK,Hamdan Taha berkata, masalah dalam PKR bukan saja berlaku di Sabah tetapi melibatkan seluruh negara.

"Saya fikir masalah yang berlaku di Perak ada persamaan dengan Sabah iaitu masalah pelantikan PPN. Di Perak, majoriti mahukan Mustafa Kamil Ayub tapi kerana Anwar sudah hilang kepercayaan kepadanya maka Dr. Muhammad Nor Manuty yang dipilih.Belum pernah ada parti politik dalam negara ini yang mana pertukaran pengerusi negeri terlalu kerap dilakukan, keadaan ini hanya berlaku dalam PKR terutama di Sabah," katanya.

SEMUA AHLI DAN PIMPINAN PKR DAH SEDAR.KEPADA YANG MEMBACA ARTIKEL DARI PKR,ANDA BILA LAGI ???

No comments:

 
 
Blogger Templates