segala teka teki sudah terjawab.nampaknya PAS tetap dengan pendirian mahukan kerusi DUN MERLIMAU.kepada PKR pula malang nasib kerana Hasrat PKR Melaka untuk melihat calon mereka bertanding pada PRK DUN MERLIMAU pada 6 Mac depan tidak kesampaian.
semalam,mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang telah diadakan di Pejabat DAP memutuskan untuk mengekalkan status kepada PAS yang bertanding di kerusi tersebut pada pilihan raya umum lalu.Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Abdul Hadi,Penasihat DAP,Lim Kit Siang,Setiausaha Agung PAS,Datuk Mustafa Ali,Timbalan Presiden PKR @ jambu ANWAR,Azmin Ali dan Naib Presiden PAS,Salahuddin Ayub.Kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya,Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan yang juga Exco kerajaan negeri meninggal dunia pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau pada 26 Februari ini manakala hari pembuangan undi pada 6 Mac depan,jika ada pertandingan.PKR sebelum ini dilaporkan menawarkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin yang juga Pengerusi Perhubungan Negeri (PPN) PKR Melaka untuk bertanding di kerusi itu.Namun kepimpinan PAS bertegas mahukan status di kerusi kawasan majoriti pengundi Melayu itu dipertahankan.
SAH BAHAWA HANYA PAS DAN BN AKAN BERTANDING DI MERLIMAU.KEPADA PKR JANGAN BERKECIL HATI KERANA ANDA SUDAH SIKAP PAS MAHU KEKALKAN STATUS DI MERLIMAU UNTUK PENGGUNDI MELAYU.KATA PARTI ISLAM TP UNTUK MELAYU YEK ??? APA PUN KITA LIHAT NANTI SIAPAKAH CALON BN DAN CALON PAS NANTI
1 comment:
PAS dengan PKR berebut nak KALAH...........ha ha ha.
Post a Comment