26hb ini adalah detik-detik pertama untuk melangkah ke PRK DUN MERLIMAU.26hb juga akan menyaksikan parti BN akan bertemu parti pembangkang,itu baru pengumuman calon.6hb ini kita akan lihat parti manakah yang akan berada di hati rakyat
menurut laporan UTUSAN MALAYSIA,BN negeri akan menyerahkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN MERLIMAU kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari Selasa depan.Ketua Menteri,Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata,BN negeri telah menerima senarai nama tujuh calon yang dikemukakan oleh UMNO Bahagian Jasin baru-baru ini.
“Kita telah menapis kesemua calon-calon yang dikemukakan itu bagi memastikan mereka berkelayakan bertanding untuk BN.Setelah meneliti daripada pelbagai aspek latar belakang dan sebagainya,kita telah mengenal pasti mereka yang layak menjadi calon BN bertanding di DUN Merlimau pada 6 Mac ini.Nama-nama tersebut akan saya hantar kepada Perdana Menteri pada sesi taklimat mengenai persiapan BN negeri menghadapi pilihan raya kecil di Merlimau,Selasa ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Penerangan UMNO,Datuk Ahmad Maslan mengenai persiapan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Seri Bendahara, Ayer Keroh.
Turut hadir ialah Ketua Penerangan BN negeri, Datuk Idris Haron dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jasin, Datuk Hasan Rahman.daripada senarai tujuh calon tersebut,hanya empat calon pilihan telah disenarai pendek bagi mendapat restu daripada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Merlimau,6 Mac ini.
Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (Pertam), Mohamed Nasser Selamat,Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd.Roslan Datuk Ahmad,Ahli Jawatankuasa Bahagian Jasin,Nasir Bazid dan Ketua Wanita Bahagian,Zaleha Bujang.
Kesemua calon tersebut merupakan AJK Bahagian dan anak jati Merlimau.
Begitupun, Mohamed Nasser,yang juga bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin dan memegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (BBA) dari Universiti Ohio,Amerika Syarikat disebut-sebut sebagai antara calon pilihan.Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian dan Timbalan Ketua UMNO Cawangan Merlimau Tengah.Bagaimanapun,tiga lagi calon iaitu Roslan, Nasir dan Zaleha turut berpeluang untuk dipilih mewakili BN bertanding di DUN Merlimau pada 6 Mac ini.Sehubungan itu, Mohd. Ali yang juga Pengerusi BN negeri meminta semua calon yang telah disenaraikan atau pun mereka yang menaruh harapan tidak merasa kecewa jika tidak dipilih oleh pucuk pimpinan parti.
SIAPAKAH YANG AKAN JADI CALON UNTUK PRK DUN MERLIMAU ???
KITA TUNGGU DAN LIHAT HARI SELASA DEPAN
KITA TUNGGU DAN LIHAT HARI SELASA DEPAN
No comments:
Post a Comment