Social Icons

Pages

Tuesday, February 15, 2011

PRK MERLIMAU !!! PAS UMUM CALON 24 FEB INI !!!

PAS akan mengumumkan nama calon yang mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau, pada 24 Februari ini.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pengumuman itu akan dibuat sendiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Tapak Pasar Merlimau.

"Antara kriteria yang menjadi pilihan PAS ialah orang tempatan, diterima ramai dan sedia berkhidmat untuk rakyat.Lelaki atau perempuan tidak menjadi masalah'.katanya

Laporan dari BERNAMA menyebut Tuan Ibrahim yakin bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau, peratusan kejayaan bagi PAS berkemungkinan lebih tinggi berdasarkan penduduk di kawasan itu yang lebih bermaklumat.Selain itu, hampir semua peti undi di sana seimbang daripada segi peratusan kaum,termasuk juga peti undi pos," katanya dan menambah DUN Merlimau boleh disifatkan sebagai medan terbuka bagi setiap parti yang bertanding.Beliau tidak menolak kemungkinan kemenangan di DUN itu agak sukar, namun berkata setiap jentera PAS akan berjuang habis-habisan,sekurang-kurangnya untuk menambah jumlah undi kepada calonnya.

"Setakat ini, jawatankuasa PAS setiap negeri telah memutuskan untuk menghantar sekurang-kurangnya 100 orang,ini tidak termasuk daripada Pemuda dan Muslimat PAS, ke Merlimau untuk membantu berkempen," kata beliau.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 26 Februari dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 6 Mac.Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan,daripada Barisan Nasional pada 20 Januari lepas.

KITA SAKSIKAN SAMA ADA CALON PAS LELAKI ATAU PEREMPUAN SEPERTI SEBELUM INI DI TENANG

1 comment:

goodlistener said...

KALAU DAH TAHU KALAH KENAPA MASIH NAK BERTANDING, SEBAIKNYA BERI TUMPUAN PADA PRU 13. KETAHUAI OLEH PAS(PARTI AJARAN SESAT) BAHAWA SANYA ORG MELAYU DIULANGI ORG MELAYU DAH MENJAUHI PARTI PUAK INI YG TERANG TERANGAN MELACURKAN ISLAM DEMI KUASA POLITIK SEMPIT TERUTAMA POK NAJIS (MUSJENDUL PAS). SEBAIK BAIKNYA PAS BERTANDING DI KAWASAN YG MOJIRITI NYA ADALAH KAFIR LAKNAT SEBAB AKHIRakhir INI MEREKA DAPAT MENERIMA PAS YG BERSETUJU UTK JADI KUDA TUNGGANGAN PEMIMPIN DAPig.

 
 
Blogger Templates