Nasib 300 peniaga di Pasar Besar Arked MPKB untuk meneruskan perniagaan mereka semakin terumbang-ambing apabila menerima surat arahan pengosongan bangunan itu selewat-lewatnya 30 Mac ini.
UTUSAN Melaporkan Pengerusi Persatuan Pasar Besar Arked MPKB (PPBAM), Ab. Salim Ahmad berkata, surat tersebut diterima setiap peniaga di pasar itu pada 22 Mac lalu daripada sebuah syarikat yang mengendalikan urusan sewa lot kedai.Beliau mendakwa,tarikh 30 Mac itu tidak menepati janji seorang Exco kanan Kerajaan Pas Kelantan baru-baru ini yang memberi tempoh sehingga 31 Mei ini untuk semua peniaga berpindah.
"Perkara ini dan kebimbangan para peniaga telah dimaklumkan kepada Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat,namun sampai sekarang tiada balasan.Tempoh diberikan dalam surat itu terlalu singkat,tinggal tiga hari sahaja lagi,memang membawa masalah terutama selepas janji yang diberikan adalah dua bulan lagi," katanya.
Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kota Bharu,Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh.
Polemik yang melanda peniaga-peniaga itu semakin meruncing memandangkan mereka sebelum ini menolak untuk berpindah ke Bazar Tok Guru yang baru siap dibina.Keengganan itu berikutan mereka berasa tertipu dengan harga tinggi ditawarkan berbanding sekitar RM30,000 ke RM40,000 ketika janji pembinaan Bazar Tok guru ditabur Kerajaan PAS Kelantan dua hari sebelum Pilihan Raya Umum 2008 lalu.Selain harga terlalu mahal,ruang perniagaannya pula terlalu sempit iaitu 1.82 x 2.4 meter persegi berbanding keluasan dijanjikan sebelum ini ialah 3.04 x 3.65 meter persegi.
Semua janji manis oleh kerajaan Pas Kelantan kepada peniaga di pasar itu serta peniaga Pasar Lama Arked Uda termaktub dalam manifesto pilihan raya Pas Kelantan ketika itu, iaitu 'Madinatur Raudhah dan Bazar Tok Guru'.
Ab. Salim berkata,Kesemua peniaga di pasar itu bertekad untuk tidak berpindah selagi janji tersebut tidak ditunaikan dan sanggup membawa ahli keluarga masing-masing tidur di pasar itu.
"Kalau mahu suruh pindah ke Bazar Tok Guru saya nak rakyat Kelantan sendiri datang melawat bazar itu dan jadilah hakim untuk menilai sama ada ia sesuai untuk berniaga atau tidak," tegasnya.
MANA JANJI NIK AZIZ NAK MEMBELA RAKYAT KELANTAN ???
NANTIKAN ARTIKEL SAYA,SIAPAKAH YANG AKAN SANGGUP MEMBELI PASAR BESAR AKED MPKB INI

1 comment:
http://milosuam.blogspot.com/2011/03/wajah-blogger-umno-kaki-togok-arak.html
kah kah kah..
Post a Comment