Social Icons

Pages

Wednesday, March 23, 2011

ADAKAH BENAR KETUA DEWAN ULAMA PAS SURUH ANWAR BERSUMPAH ???


info yang saya dapat memberitahu saya,ketika ini Anwar telah demam di rumah,Anwar telah mengamuk dan Anwar telah menghumban barang-barang termasuk kerusi.ini kerana semua perkara telah terjawab hari ini kerana Datuk T telah berjumpa dengan semua wartawan sidang media di Impiana KLCC petang tadi

adakah Anwar akan membuat kenyataannya esok ??? walaupun semua rakyat dah tahu apa cerita berkenaan dengan isu video seks @ lucah ini,seorang ulama PAS telah memberitahu kepada media tentang SUMPAH !!!

SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH SEBELUM TERUSKAN KENYATAAN DI BAWAH



JAWAPAN YANG DI TUNGGU OLEH RAKYAT MALAYSIA SIAPAKAH DATUK T

IKUTI KENYATAAN DI BAWAH


Saya bersetuju sangat dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS iaitu Datuk Harun Taib.Kata beliau,mereka-mereka yang menghadapi apa jua pertuduhan yang mengaibkan,perlu bersumpah dengan nama Allah jika benar-benar yakin tidak bersalah.Inilah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi membersihkan dirinya dimata masyarakat Islam ketika mendakwa Anwar Ibrahim melakukan perbuatan liwat terhadap dirinya.Malangnya,Anwar sehingga kini masih takut dan langsung tak membayangkan mahu bersumpah mengikut cara Islam.

Harun Taib didalam kenyataannya kepada Utusan,lafaz sumpah dengan nama Allah itu perlu dibuat dengan syarat setiap dakwaan disertakan dengan segala bukti serta keterangan yang kukuh dan jelas. Ini merupakan kaedah penyelesaian secara Islam.Kata Harun Taib lagi, “Apabila ada keterangan,orang yang kena tuduh pula boleh bersumpah mengikut Islam untuk memastikan dia tidak melakukan perkara seperti yang dituduh,”

Walaupun Ketua Dewan Ulama PAS ini membuat kenyataan mengulas mengenai video seks yang dikatakan menampilkan seorang pemimpin kanan Pakatan, cara bersumpah secara Islam ini dilihat sebagai satu cara untuk membersihkan nama Anwar jika dia benar-benar tak bersalah.Apa yang ditakutkan sangat untuk menggunakan nama Allah,tuhan pencipta sekalian alam untuk membuktikan kebenaran jika diri benar-benar difitnah ??? Selalunya,orang yang takut itu adalah orang yang melakukan kesalahan. Didalam hal ini, mungkinkah Anwar memang benar-benar bersalah ???

Tetapi,nampaknya hanya Harun Taib bersendirian dikalangan pemimpin-pemimpin PAS untuk menasihatkan Anwar bersumpah mengikut kaedah Islam. Baru-baru ini, Hj Hadi Awang yang merupakan Presiden PAS telah menolak saranan supaya Anwar bersumpah dengan nama Allah.Hadi Awang juga pernah mengatakan pada tahun 2008 bahawa bersumpah dengan menggunakan kitab suci adalah merupakan amalan orang Yahudi dan Kristian. Dia pada ketika itu merujuk kepada sumpah mubahalah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari di Masjid Wilayah Persekutuan.

Tetapi, Saiful bukan sekadar bersumpah sambil memegang Quran, dia juga melafazkan nama Allah ketika melakukan sumpah laknat tersebut pada ketika itu. Apakah menggunakan nama Allah juga menjadi amalan orang Yahudi dan juga Kristian didalam sumpah mereka?
Dengan percanggahan pendapat didalam kepimpinan tertinggi PAS ini, ia menjelaskan kepada kita bahawa isu moral Anwar mendapat reaksi berbeza dikalangan mereka sendiri. PAS telah terperangkap didalam kemelut sama ada mahu menegakkan cara Islam sebenar ataupun berdalih bagi melindungi Anwar dengan mempergunakan Islam.Namun, semua pemimpin-pemimpin PAS perlu ingat, kebenaran pasti akan menang biarpun sekuat mana usaha dilakukan untuk menghalangnya. Jika Anwar benar-benar tak bersalah dan difitnah, dia pasti akan diselamatkan oleh Allah.Tetapi jika Anwar berada dipihak yang salah,PAS akan menanggung akibat yang buruk kerana bersekongkol melindungi kebatilan.

SUMBER
MYKMU

SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH



BERANI KER ANWAR IBRAHIM BERSUMPAH DI MASJID SEPERTI SAIFUL BUKHARI ???

2 comments:

MalaysianDotCom said...

habis bro down

Anonymous said...

kebenaran demi kebenaran telah di dedahkan.nampaknya Anwar tidak bertaubat lagi.perlakuan seksnya banyak di dedahkan.ALLAH telah menunjukkan segalanya.kalau betul-betul Anwar tidak melakukan semua itu,tolong lah Anwar.nafikan lah semua itu,bersumpahlah.dah banyak sangat yang kau lakukan anwar..

 
 
Blogger Templates