Tiga gegaran susulan dalam tempoh 30 minit di bandar Sendai,Miyagi,mencemaskan 19 petugas media Malaysia dan 30 sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia.
Ketika kejadian kira-kira pukul 10.20 malam tadi,kesemua mereka yang dalam misi bantuan kemanusiaan ke Jepun itu sedang menginap di sebuah hotel.Gegaran yang berlaku kira-kira seminit bagi setiap gegaran itu merupakan pengalaman pertama dilalui kesemua mereka.
Kejadian itu menyebabkan ada antara yang turun ke tingkat bawah hotel 14 tingkat itu dan ada juga yang mendiamkan diri di dalam bilik.Mungkin bagi penduduk tempatan gegaran susulan ini sering berlaku namun ini satu pengalaman bagi peserta misi ini.Pemeriksaan lanjut mendapati tiada kejadian tidak diingini seperti kerosakan harta benda mahupun kehilangan nyawa berlaku.Menurut penduduk,sejak negara matahari terbit ini dilanda gempa bumi kuat dengan magnitud 9.0 pada skala Richter 11 Mac lepas,terdapat hampir 500 gegaran susulan berlaku dan ini merupakan fenomena biasa
UNTUK MENGIKUTI PERJALANAN KELAB PUTERA 1MALAYSIA ANDA BOLEH
KLIK DI SINI

No comments:
Post a Comment