Social Icons

Pages

Tuesday, March 08, 2011

GEMPAR !!! NIK AZIZ TIDAK HALAL KEMENANGAN BN DI DUN MERLIMAU DAN DUN KERDAU !!!




nampaknya Nik Aziz dah semakin Nyanyuk.minta maaf kerana posting kali ini melampau,mana taknya,tiba-tiba pulak Nik Aziz ni mengatakan kemenangan BN di DUN MERLIMAU dan DUN KERDAU "tidak Halal".siapa Nik Aziz nak kata macam tu ??? adakah Nik Aziz ni sedar apa yang dia cakap ???

SILA LIHAT KENYATAAN DI BAWAH

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau "tidak halal" kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka dan DUN Kerdau,Pahang semalam kerana mendakwa jentera kerajaan bersikap berat sebelah.

Meskipun terpaksa akur dengan keputusan itu,Menteri Besar Kelantan itu,mendakwa kekalahan PAS adalah disebabkan kesemua jentera kerajaan termasuk media perdana berpihak kepada BN.Malah,menurutnya beliau tidak hirau sokongan pengundi Melayu kepada PAS merosot kerana pada kedua-dua pilihan raya kecil itu disifatkannya sebagai berat sebelah.


"Sebagai pemimpin PAS, mana-mana menteri, pihak berkuasa, yang menyalahgunakan kuasa, saya tak halal dunia akhirat," katanya kepada pemberita ketika ditemui.

Bagi DUN Merlimau,calon BN Roslan Ahmad,menewaskan calon PAS,Yuhaizad Abdullah, dengan majoriti 3,643 undi,manakala bagi DUN kerdau,calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad,menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim,dengan majoriti 2,724 undi.


Mengenai desakan DAP supaya kerajaan PAS Kelantan menarik balik pengharaman judi di negeri itu, Nik Abdul Aziz berkata pihaknya sedia menjelaskan pendirian kerajaan negeri Kelantan agar Pengerusi DAP Karpal Singh memahami perkara di sebalik pengharaman berkenaan.

"Perkara itu boleh dirunding, sebagaimana yang pernah disebut Karpal," katanya.


Pada 28 Feb lalu,pihak berkuasa tempatan menyaman dua pemilik kedai buku di negeri ini kerana menjual tiket loteri menyebabkan timbul dakwaan bahawa Kerajaan PAS Kelantan menidakkan hak penganut agama lain di negeri ini.Ekoran pengharaman itu,Karpal mendesak Kerajaan PAS Kelantan supaya menarik balik pengharaman itu memandangkan ia dibenarkan kepada kaum bukan Islam di bawah Undang-undang kerajaan persekutuan dan Kelantan tidak terkecuali.Mengenai dakwaan imej beliau disamakan dengan pengamal ajaran sesat Ayah Pin, Nik Abdul Aziz berkata biarlah perkara itu ditentukan oleh Allah s.w.t dan diselesaikan di akhirat nanti.

SUMBER BERNAMA

INI LAH NIK AZIZ,SEMUA NYA HARAM DAN TIDAK HALAL.CUBA ANDA LIHAT GAMBAR DI BAWAH


RASA-RASA HALAL ATAU TAK ????

7 comments:

Anonymous said...

Pilehanraya adalah antara calon Pas dan Umno. Tapi Umno telah merasuah penggundi dgn menggunakan peruntokan dan dana awam(kerajaan). Umno juga telah menggunakan jentera kepunyaan awam( kerajaan)untuk tujuan berkempen. Ini ada perbuatan rasuah dan perbuatan salahgunakuasa.
Samada didunia dan diakhirat, semua rakyat dan orang awam, kecuali badut2 Umno tidak akan halalkan perbuatan rasuah dan salahgunakuasa ni.

Inilah Umno. Harta awam(kerajaan) dia agak harta emakbapaknya dan harta Umno.

atiq said...

..nik aziz ada mc ker..gi negeri lain makan gaji buta..hehe..tak kan gitu diakan mursyid am pas! Kau kerajaan tak per ler buat kerje untuk rakyat..mana-mana pun boleee..termasuk ler jentera dan kaki tangan. Entah ler kome!

Anonymous said...

Salam Saudara,

Hati-hati... Fitnah itu lebih bahaya dari membunuh..

Sebagai blogger yang berilmu, berilah pandangan yang adil...

Paparkanlah juga kepincangan BN... takkan semua betul.. tak ada salah langsung...

Saya menanti posting saudara yang lebih telus... kalau berani...

-Rakyat Biasa-

Anonymous said...

suroh lah blog pembakang telus sama,,,,cakap guna lah otak,,,,,

paklong said...

anon 1:28...rakyat biasa..
bagus permintaan anda supaya blogger2 pro umno berlaku adil..
minta bloger2 pro umno paparkan kepincangan dipihak umno juga..
saya sokong...
namun saya juga ada permintaan kepada saudara rakyat biasa...
apa kata kita minta blogger2 pro pas juga melakukan perkara yang sama.
tolong nasihakan mereka2 ini supaya menulis perkara yang benar2 sahaja.
jangan terlalu terikut dengan kitab pegangan pas iaitu HARAKAH.
saya tak pasti penganut pas ini mempercayai AL-QURAN atau pun HARAKAH.
sepatutnya mereka inilah yang berhenti dari membuat fitnah terhadap umno kerana mereka ahli syurga.
blogger2 pro pas ini mengaku mereka orang islam...
malahan mereka telah dijanjikan syurga olih nik ajis.
orang islam seharusnya menunjuk contoh yang baik.
contoh seorang mukmin yang baik bukan terletak pada serban besar bakul dan janggoat yang mengalahkan kambing jamnapari.

tolong nasihatkan orang2 pas supaya jangan jadi kambing...
lihat saja kambing...berjanggut nampak alim...tetapi telor bergayut tak ada rasa malu.

saya rasa...blogger2 pro umno bolih menerima teguran...
bagaimana pulak puak2 blogger pro pas?????????.

siam islam

Anonymous said...

Ni pasti kepada aku: Aku buat fitnah ke PAS dan tak adil bia tak komen pasal BN.
oh macamana nak jawab ni?

Pertama aku cuma nak bertanya isu Kerajaaan dengan pembangkang dan Isu parti dengan parti ni relaven tak pada PRK serta diwar-warkan sebagai benda halal/tak halal tambah agi dunia akhirat.

Jika masa memeilih kerajaan Parlimen kena bubar gitu juga kalau Pilih negeri Dewan kena bubar. Tetapi negara/negeri perlu diteruskan seperti biasa.

Kedua jika UMNO seperti apa yang dikata, dan NikAziz berkerajaan di kelantan turun ke Melaka dan pahang, bukan ke menyalahi juga sifat dia sebagai MB kelantan?(kalau ada bukti macam surat mc ker itu menjawab persoalan pada aku)

Ketiga adakah, apa yang dikatakan oleh nik aziz itu betul di landasannya.( aku tak fitnah pun)

Anonymous said...

Kesian kat NA ni... Sokmo lupa makan ubat....

 
 
Blogger Templates