Social Icons

Pages

Thursday, March 10, 2011

GOBALA BEBAS DARI CENGKAMAN ANWAR IBRAHIM !!!


Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang bangkit buat kali pertama berbahas sebagai wakil rakyat Bebas,berkata beliau berasa ”bebas” sejak meninggalkan PKR.

“Sekarang saya bebas,bila saya bebas setiap hari saya tak payah turun untuk berceramah,saya tidak perlu bawa fitnah,saya ada masa untuk buat teks (perbahasan).Selepas 12 tahun (dalam politik) baru saya bebas,hirup udara pun saya rasa bebas,duduk dalam dewan yang mulia ini saya rasa bebas betul-betul depan Tan Sri (Pandikar Amin Mulia),” katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam.

BERNAMA melaporkan Gobalakrishnan yang keluar dari PKR pada 29 Januari lepas juga mendedahkan sehingga kini beliau masih membayar ansuran bulanan dua buah kereta yang diguna oleh pengawal peribadi Penasihat PKR,Anwar Ibrahim.

“Saya boleh ada seorang pembantu yang perlu saya bayar RM2,000,tetapi saya korbankan untuk bayar kereta bodyguard supaya “bakal perdana menteri” kita selamat,” katanya.

Beliau juga mendakwa pejabat Anwar tidak mengambil sebarang tindakan bagi menyelesaikan isu tersebut.

SEMUA SAHABAT ANWAR TELAH MENINGGALKAN ANWAR

ANDA BILA LAGI ???

1 comment:

paklah said...

Setakat ni je ke yg kau boleh buat. Mana hujah dan fakta? Fakta mesti berdasarkan ilmu, bukan main hentam.

Kalau pertahankan UMNO sebab nak projek nego, semua orang tau beb !!

 
 
Blogger Templates