Social Icons

Pages

Monday, March 28, 2011

KEDAH AKAN RUGI JIKA DIPERINTAH PAS !!!



Rakyat Kedah menjadi mundur dan hilang daya saing berbanding negeri lain sekiranya PAS terus berkuasa di negeri itu,kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

BERNAMA melaporkan Katanya selama tiga tahun yang lepas sejak diperintah PAS Kedah, pembangunan Kedah statik sedangkan negeri lain meningkat daripada kemajuan infrastruktur, ekonomi, pelaburan dan peluang pekerjaan.

"Rakyat sudah rugi tiga tahun kerana negeri menjadi statik. Peluang pekerjaan berkurangan sedangkan PAS terus sibuk menabur janji baru.PAS seharusnya menunaikan janji manifestonya pada pilihan raya umum 2008 untuk kepentingan rakyat, bukan berceramah untuk menabur janji," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainudin dalam satu temubual dengan sebuah akhbar semalam bahawa penduduk Kedah kerugian akibat kegagalan PAS membawa perubahan sejak mentadbir negeri itu selepas pilihan raya umum 2008.

Antara lain, Daim dilaporkan berkata : "Tanyalah orang Kedah apa untung mereka dapat hasil pemerintahan PAS? Sebagai negeri miskin,Kedah memerlukan pertolongan kerajaan pusat.Langkawi tanpa LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi) tidak dapat dibangunkan. Ini realiti."

Ahmad Bashah,yang menyifatkan kenyataan Daim itu sebagai tepat, berkata mesej jelas daripada bekas Menteri Kewangan itu ialah pengundi tidak seharusnya memberi peluang kepada pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata kenyataan Daim senada dengan rungutan dan keluh kesah penduduk Kedah tentang kegagalan kerajaan PAS Kedah mentadbir negeri.

SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH



KEPADA SEMUA RAKYAT KEDAH MARI KITA TOLAK PIMPINAN PAS KEDAH.LIHAT APA DAH JADI PAS DI KEDAH SEKARANG !!!! ADAKAH KITA MAHU ANAK,CUCU,CICIT KITA HIDUP SUSAH AKAN DATANG ????

RENUNG-RENUNGKANLAH

No comments:

 
 
Blogger Templates