Social Icons

Pages

Thursday, March 24, 2011

LAPORAN PENUH KES LIWAT ANWAR !!!


Sehelai tuala kecil Good Morning,sebatang berus gigi dan satu botol minuman plastik yang dipertikaikan oleh pihak pembelaan sebelum ini,diterima sebagai bahan bukti dalam kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim setelah Mahkamah Tinggi,mendapati penangkapan dan penahanan Ketua Pembangkang itu adalah sah.

UTUSAN melaporkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwaan agar mahkamah menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Anwar menyerahkan spesimen badannya bagi tujuan analisis asid deoksiribonukleik (DNA).Dengan keputusan tersebut,walaupun Anwar tidak membekalkan spesimen badannya,profil DNA yang dikesan pada ketiga-tiga barang itu masih boleh digunakan sebagai perbandingan dengan profil DNA Lelaki Y yang ditemui di bahagian dalam dubur pengadu,Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Sebaik sahaja keputusan itu selesai dibacakan oleh hakim dalam prosiding yang memakan masa lima minit sahaja,raut wajah dan 'bahasa tubuh' Anwar yang ketika itu berada di kandang tertuduh dilihat seperti tidak berpuas hati dan kurang senang.Malah pada satu peringkat,Anwar sempat memberi isyarat dan bangun seketika untuk memanggil seorang daripada peguamnya,Sankara Nair bagi menyatakan sesuatu meskipun prosiding masih belum berakhir.Sementara itu,Peguam Cara Negara II,Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memaklumkan,pihaknya akan memanggil semula ahli kimia,Nor Aidora Saedon dan bekas Ketua Bahagian CSI Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman,Amidon Anan untuk mengemukakan barang-barang itu sebagai bahan bukti.

Namun disebabkan ketiadaan kedua-dua saksi terbabit di mahkamah hari ini, Mohd. Yusof memohon proses pengesahan barang-barang itu dilakukan esok dan menjangkakan pihaknya memerlukan 20 minit sahaja untuk berbuat demikian sebelum menutup kes pendakwaan.Hakim membenarkan permohonan tersebut dan memerintahkan perbicaraan disambung esok.Dalam penghakimannya,Hakim Mohamad Zabidin menyatakan,beliau memutuskan untuk menerima ketiga-tiga barang itu dan segala keterangan berkaitan barang-barang tersebut sebagai bahan bukti setelah mendengar keterangan pegawai penyiasat,Supritendan Judy Blacious Pereira dan pegawai yang menangkap Anwar, Supritendan Ahmad Taufek Abdullah semasa perbicaraan penuh.

Menurut beliau,berdasarkan keterangan kedua-dua saksi itu,adalah jelas bahawa penangkapan dan penahanan Anwar di dalam lokap di Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) ibu negara adalah sah serta mematuhi undang-undang selain ada waran tangkap dikeluarkan.Oleh yang demikian,tegas beliau,penahanan Anwar di dalam lokap tidak lagi boleh dikatakan dilakukan bagi tujuan memperoleh bahan bukti DNA melalui tipu helah seperti yang didakwa oleh pihak pembelaan.

''Dalam keadaan demikian,mahkamah tidak mempunyai budi bicara (untuk menolak) sebaliknya membenarkan barang-barang yang diambil dari sel (lokap) dan semua keterangan berkaitan barang-barang itu dikemukakan sebagai bahan bukti.Dengan itu, saya kini memerintahkan bahawa barang-barang tersebut dan semua keterangan berkaitan dengan barang-barang itu diterima masuk dan boleh dijadikan sebagai bahan bukti. Perintah saya yang terdahulu berhubung perkara ini diketepikan,'' katanya.

Terdahulu, jelas beliau,keputusan untuk menolak barang-barang itu daripada diterima sebagai bahan bukti sewaktu bicara dalam perbicaraan (TWT) pada 8 Mac lalu atas alasan ia diperoleh secara tidak sah, adalah berdasarkan keterangan yang ada pada masa itu dan tanpa keterangan pegawai penyiasat yang tidak dipanggil sebagai saksi dalam TWT.Ketika ditemui di luar mahkamah,Anwar menyatakan bahawa Kononnya Anwar terkejut dengan keputusan itu tetapi mendakwa ia bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan.Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut memberitahu,beliau telah bersedia sekiranya kes berkenaan akan diteruskan di peringkat bela diri.

BETUL KER DAH BERSEDIA ???

KALAU BERSEDIA HANYA SATU SAYA MINTA,TOLONG NAFIKAN SEKALI LAGI DAN BERSUMPAH BAHAWA ANDA TIDAK MELAKUKAN SEMUANYA BERKENAAN DENGAN VIDEO SEKS ITU !!!

1 comment:

Bingai @ Bangang said...

Jom sokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja!

Aku yang bingai
18SX: Baru celup dah pancut?

 
 
Blogger Templates