Social Icons

Pages

Friday, March 04, 2011

PRK MERLIMAU !!! CALON BN DAN PAS BERTUNGKUS LUMUS HABISKAN BAKI KEMPEN !!!




Ketika tempoh berkempen berbaki dua hari lagi,calon Barisan Nasional Roslan Ahmad,menggunakan waktu yang ada sebaik mungkin untuk membuat sentuhan terakhir ke atas semua pengundi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau, Ahad ini.

Tanpa menghirau peluh yang menitis akibat panas terik,Roslan,yang juga Anggota Jawatankuasa Umno bahagian Jasin,menjelajah keseluruh pelusuk DUN Merlimau untuk bertemu dan mendengar masalah yang dihadapi pengundi.


"Sudah 80 peratus pengundi sudah jumpa...hari ini tiada banyak isu besar hanya isu kecil sahaja yang mereka komplen,"katanya kepada pemberita ketika ditemui berkempen di Merlimau Point.

Perjalanan melawat para pengundi hari ini turut mengimbau kenangan beliau kepada bapanya Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin,bekas ADUN Merlimau dan juga Sungai Rambai.

"Saya bersyukur,maknanya Allahyarham ayah saya meninggalkan legasi nama yang baik,sampai walaupun dia (bapa) sudah meninggal dunia hampir 20 tahun,masih lagi diingati dan dikenang oleh orang sini,"katanya.

Beliau berkata,ia merupakan satu pengiktirafan kepada arwah bapanya.untuk hari ini,Roslan yang sentiasa ditemani isteri,Zalifah Omar,akan meneruskan lagi perjalanan untuk berjumpa baki pengundi di DUN Merlimau.

"Kita akan pergi ke semua peti-peti undi di semua peringkat komponen,untuk kita final touch,kita round habislah semua,"katanya.


Sementara itu,calon PAS Yuhaizad Abdullah,pula berkata beliau tidak alah kepada dugaan dan akan terus berkempen kepada semua pengundi.

Setakat ini,beliau sudah berjumpa 70 peratus daripada 10,679 pengundi berdaftar di DUN Merlimau.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau,yang ditetapkan Ahad ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Roslan dan Yuhaizad, berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan,daripada BN pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

2 comments:

Anonymous said...

Masa tinggal 2 hari sahaja lagi, memerlukan fokus kepada jentera BN untuk menawan hati pengundi di Merlimau agar keluar mengundi dan memilih BN. Peratus keluar mengundi yang tinggi dapat membantu BN untuk menang majoriti yang tinggi. Semoga Jentera BN terus fokus pada saat saat terakhir kempen.Hidup BN.

Ikhwan said...

Abu Zhar Al-Ghiffari berkata, Rasullullah s.a.w. bersabda :"Barangsiapa menyiarkan terhadap orang muslim satu perkataan untuk memalukannya dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat" (diriwayatkan oleh Ibnu Abid Dunya)

 
 
Blogger Templates