Calon Barisan Nasional (BN) Roslan Ahmad berjanji akan memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat selepas dipilih menjadi wakil rakyat baru bagi kawasan DUN Merlimau.
Roslan berkata kemenangan pada pilihan raya kecil kawasan itu adalah atas hasil kerja kuat seluruh jentera BN yang bertungkus-lumus membantu beliau sepanjang lapan hari berkempen.
"Kita berjaya memperolehi majoriti yang tinggi,kemenangan yang diperolehi memang berdasarkan respon semasa berkempen telah dapat dirasakan bahawa momentum (sokongan) pengundi bertambah.Kita dapat merasakan sokongan berterusan daripada pengundi,hasrat pengundi akan dipenuhi," katanya kepada pemberita selepas diumumkan sebagai wakil rakyat DUN Merlimau yang baru.
Roslan mengalahkan calon PAS Yuhaizad Abdullah,dengan majoriti 3,643 undi.Roslan memperoleh 5,962 undi manakala Yuhaizad mendapat 2,319 undi.
Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terutama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengarah Pilihan Raya BN,yang juga Ketua Menteri,Datuk Seri Mohd Ali Rustam kerana mempercayai kewibawaan beliau sebagai calon parti kawasan itu.
Roslan,yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin,turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi tanpa mengira bangsa dan kaum yang telah memberi sokongan padu kepada BN sekaligus membuktikan BN mempunyai semakin diterima oleh masyarakat setempat.Sementara itu,ketika dihubungi,Yuhaizad berkata beliau menerima kekalahan itu dengan hati terbuka dan berterima kasih kepada pengundi yang memberi sokongan kepada dirinya serta parti.
"Ini menunjukkan PAS tetap mempunyai penyokong di kawasan ini (Merlimau) dan saya berpuas hati dengan usaha gigih jentera sepanjang tempoh berkempen," katanya.
SUMBER BERNAMA

No comments:
Post a Comment