Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Arman Azha Abu Hanifah membuat keputusan mengejut apabila meletakkan jawatan yang disandangnya sejak awal 2009.Beliau yang mengumumkan perkara itu pada satu sidang akhbar di sini, bagaimanapun menafikan ia disebabkan masalah kepimpinan dalam Perkasa.
Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata Arman Azha memaklumkan hasratnya melepaskan jawatan kepada beliau dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sejak seminggu lepas.
"Kami telah cuba minta beliau fikirkan sedalamnya sebelum buat keputusan itu," katanya sambil menambah suara Arman Azha masih diperlukan Perkasa dalam memperjuangkan isu melibatkan bumiputera dan agama Islam.
Syed Hassan berkata sebelum ini,Arman Azha terpaksa membahagikan masa untuk mengurus tugasannya sebagai Ketua Wira Perkasa serta anggota jawatankuasa biro pidato kelolaan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan.
"Adalah sukar bila beliau berceramah di platform Pemuda Umno,kerana pihak-pihak lain akan anggap suaranya sebagai suara Perkasa.Begitu juga jika beliau di ceramah-ceramah Perkasa, pihak-pihak tertentu akan kaitkan dengan suara Umno," katanya yang berterima kasih kepada Arman Azha atas sumbangan kepada Perkasa.
Bagaimanapun,beliau berkata Arman Azha masih kekal sebagai anggota badan bukan kerajaan itu yang ditubuhkan pada 2008.
SUMBER BERNAMA
SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH UNTUK SELANJUTNYA

TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA ARMAN AZHA KERANA MEMPERJUANGKAN AGAMA,BANGSA DAN NEGARA !!!
1 comment:
Ini mesti kelahi pasal duit peruntukan yg Umno beri ni. Aku rasa Brahim Ali songlap semua duit tu. Arman yg dengan songkok tinggi sentiasa ke hulu dan kehilir dng penyokongnya berdemonstrasi tidak dapat apa2. Last2 diPerkosa olih Brahim.
Umno kena bagi peruntukan terus kepada Arman. Dia yg bekerja kuat. Songkok tinggi synonym dgn Azman Perkosa. Kesian ahli Perkosa, tak kenal lagi siapa Brhaim. NaH...baru tahu diPerkosa olih nya.
Post a Comment