Social Icons

Pages

Friday, March 04, 2011

SAH !!! MEMANG PAS SUKA SERANG UMNO DAN PAS MEMANG SESAT !!!


Seorang bekas penyokong fanatik Pas,Rashid Wahab,tampil mendedahkan bahawa parti itu bukan sahaja memperalatkan agama bagi mengkafirkan ahli UMNO malah menyeru ahlinya supaya mengangkat senjata menentang UMNO.

Rashid yang 22 tahun mengabdikan diri kepada Pas berkata,kerana taksub dengan amanah Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau terpaksa meringkuk dalam penjara apabila ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebanyak tiga kali.

"Saya pernah ditahan di bawah ISA sebanyak tiga kali kerana membawa senjata.Kononnya berjuang untuk Islam tetapi saya bersyukur kerana akhirnya telah diberi hidayah daripada terus ditipu oleh Pas," katanya seperti dipetik dari portal,http://umno-online.com.


Pendedahan itu sekali gus mengesahkan mengenai kewujudan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang dikaitkan dengan Pas,sehingga menyaksikan anak kepada Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Adli dan puluhan ahli Pas ditahan di bawah ISA.Menurutnya,kerana amanah Abdul Hadi itu juga,beliau dan rakan-rakannya bukan sahaja mengkafirkan ahli UMNO malah, tergamak mengkafirkan bapa sendiri hanya kerana insan yang membesarkan mereka itu tidak menyokong perjuangan Pas.

Pada masa sama, beliau juga mendedahkan bahawa pucuk pimpinan Pas tidak pernah ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini sebaliknya ia dijadikan perkakas dan modal politik bagi memancing sokongan orang Melayu.Katanya,hakikat itu terbukti apabila para pemimpin Pas berdolak-dalik setiap kali ditanya mengenai hukum hudud dan penubuhan negara Islam, sedangkan dahulu mereka berjanji sebaik sahaja memegang kuasa,Pas akan melaksanakan perundangan Islam di negara ini.

"Apabila didesak mengenai kes hudud kenapa tidak dilaksanakan selepas menguasai Kelantan, Terengganu dan Kedah, jawapan yang diberi oleh pucuk pimpinan Pas adalah hudud ini hanya satu per dua ribu sahaja dalam Islam,maknanya mereka berbohong," jelasnya.

Dedah Rashid lagi,Pas juga pernah mengeluarkan 'fatwa' bahawa solat di masjid-masjid yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah tidak sah dan ahli parti itu diharamkan daripada beribadah di masjid terbabit kerana perjuangan nasional tidak selari dengan Islam.Bagaimanapun jelas beliau,sebaik sahaja Pas berjaya menawan Terengganu pada 1999, segalanya berubah dan Abdul Hadi yang menjadi Menteri Besar pada ketika itu,membenarkan masjid yang dahulunya haram digunakan oleh ahli Pas bagi tujuan ibadah.

"Pas menggunakan agama.Dalam usrah dan ceramahnya,Pas sering mengelirukan pengikutnya dengan cerita-cerita keislaman pada zaman Rasulullah SAW. Jadi pengikut Pas terasa dengan menyokong Pas mereka berjuang untuk Islam tetapi mereka sebenarnya keliru.Mereka tidak dapat membezakan yang mana satu parti dan yang mana satu agama. Selama menyertai Pas selama 22 tahun, sekarang barulah saya sedar, Pas dan Islam adalah berbeza. Islam itu adalah agama dan Pas hanyalah sebuah parti," terangnya.

INILAH PAS,PARTI YANG SUKA MEMBELITKAN FATWA

KENAPA ANDA MAHU PERCAYA PAS LAGI ???

UMNO TAK PERNAH MEMBUKA FATWA BUKAN-BUKAN DAN MEMBELITKAN FATWA

RENUNG-RENUNGKANLAH

2 comments:

Anonymous said...

saya menyeru ahli-ahli pas supaya kembali berpolitik dengan sebenar. Politik kalau kena caranya boleh menguntungkan. Tetapi kejumudan berpolitik akhirnya memusnahkan apa yang ada.

Anonymous said...

Salam..sebanyak mana hang tahu tentang Islam dan sirah para ambiak? adakah anda masih buta dengan keadaan yang sedang berlaku sekarang dan penyelewangan dalam urus tadbir negara. Pas tidak tentang UMNO tetapi tentang orang yang sedang merosakkan umno dengan rasuah dan fitnah yang berleluasa sekarang ini. Di tempat saya masih ada penduduk kg yang masih menjadikan tempat pembuangan sampah sebagai tempat mencari punca rezeki, tetapi pemimpin di negeri hidup mewah, kalau datang melawatpun datang dengan helikopter..jalan raya sangat teruk sedangkan dalam budget sangat mencukupi untuk membina jalan raya yang berstruktur baik...tetapi jalan yang kami pakai amatlah naif.mana pergi dana yang diperuntukkan, hasilnya dari diut rakyat. u fikir dan fikir..jangan jadi lembu lagi...jika u org muda, u adalah perubah untuk generasi u akan datang supaya x tertindas macam sekarang...berjuanglah mempertahankan tanah air, agama dan bangsa. pemimpin umno sekarang tidak sedar dengan kesusahan rakyat bahkan menggila dan tamak mengejar dunia..pk n pk

 
 
Blogger Templates