Social Icons

Pages

Friday, March 25, 2011

SAH !!! PRO EDROGAN PERKUDAKAN HADI AWANG !!!


kenapa saya kata begitu ??? ini kerana Pro Ulama Marah kepada Hadi Awang dengan kenyataannya itu dan membiarkan perlakuan Anwar Ibrahim.kenapa tidak memperdulikan suruhanjaya diraja ??? kenapa tak nak sokong ??? adakah Hadi Awang ini menyembunyikan sesuatu tentang Anwar.sekiranya anda nak tahu Suruhanjaya Diraja adalah semua sekali bukan sahaja pemimpin PKR sahaja yang akan melihat,malah berkemungkinan Ulama pun akan melihat semua itu.saya setuju dengan apa yang rakan blogger saya Melayu Atas Pagar @ Gelombang Wangsa Maju katakan

SILA LIHAT KENYATAAN DI BAWAH

Semakin nyaring suara majoriti golongan Pro Ulama marah dan tidak berpuashati dengan tindakan Presiden PAS akhir akhir ini. Hadi Awang jelas terlalu berkompromi dan menyokong setiap tindakan Anwar Ibrahim seolah olah beliau semakin selesa dengan golongan Pro Erdogan.

Bermula dengan tindakan membabi buta beliau berdiri teguh dibelakang Anwar Ibrahim dan yakin aktor Y dalam video seks bukanlah Anwar Ibrahim. Walhal Presiden PAS tidak pernah melihat dan menyaksikan klip video tersebut.

Sebenarnya Hadi Awang tidak perlu bersekongkol dalam hal ini tanpa mengadakan musyawarah bersama dengan pucuk pimpinan parti. Namun tindakan pantas beliau tanpa merujuk kepada para sahabat yang lain telah memberi kemenangan pertama kepada golongan Pro Erdogan, sebelum berlangsungnya Muktamar PAS.

Penolakan cadangan untuk mengadakan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat kes video seks sekali lagi memberi tamparan besar kepada golongan Pro Ulama. Tanpa melihat dengan jelas idea penubuhan badan tersebut, Hadi Awang memperolokkan cadangan tersebut sebagai mengarut dan bodoh. Ini merupakan kemenangan kedua golongan Pro Erdogan yang memang berada dalam kem Anwar Ibrahim.

Walhal ramai golongan Pro Ulama bersetuju dengan cadangan tersebut bagi menyiasat ketulenan dan pembersihan imej Anwar Ibrahim yang acapkali dikaitkan dengan seks dan liwat. Umpamanya YDP PAS Kawasan Batu, Tarmizi Mohd Jam menyokong idea penubuhan badan tersebut sebagai jalan terbaik untuk membuktikan kesahihan video seks tersebut.


Sedangkan Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib mencabar Anwar Ibrahim untuk bersumpah mubahalah bagi menolak segala dakyah seperti yang didakwa oleh Anwar Ibrahim. Harun Taib bukanlah pemimpin yang digemari oleh Pro Erdogan memandangkan terlalu banyak kenyataan beliau sering bercanggah dengan aspirasi perjuangan Pro Erdogan.

Tindakan Hadi Awang sebenarnya membunuh karier politik beliau secara senyap (silent killer) dan inilah peluang yang cukup dinantikan puak berhaluan kiri parti PAS. Puak Erdogan sememangnya sudah terlalu lama mengimpikan jawatan tertinggi dalam parti sejak kesemua calon tewas pada pemilihan parti tahun 2010.

Strategi dan perangkap Pro Erdogan semakin mengena, golongan Pro Ulama semakin sesak nafas dengan tindakan Presiden Parti yang semakin membelakangkan suara majoriti dan pucuk pimpinan parti.


Apakah mungkin berakhirnya suara, dinasti dan penguasaan golongan Pro Ulama dalam Muktamar kali ini, mahupun dalam pemilihan parti tahun ini. PAS sudah terperangkap dengan permainan 'belakang' Anwar Ibrahim! Sayang ... parti PAS semakin hilang hala tuju.

1 comment:

Anonymous said...

dulu masa dalam UMNO Anwar kata nak memutihkan UMNO dari dalam
Skarang dalam PAS nak mengharu--birukan PAS
Mat Sabu perhan berucap semasa anwar dalam UMNO kalau nak bersihkan taik jangan masuk dalam tong taik nanti mandi seluruh badan mandi taik....sekarang Mat Sabu dan parti PAS pun mandi taik kah kah kah kah

 
 
Blogger Templates