Social Icons

Pages

Tuesday, March 29, 2011

TAN SRI ABDUL TAIB MAHMUD MEMBERI AMARAN KEPADA RAKYAT SARAWAK !!!


Rakyat di sarawak diminta supaya tidak terlalu memikirkan mengenai maklumat negatif hingga boleh menyebabkan hubungan mereka dengan agensi kerajaan terjejas.

Ketua Menteri,Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata,disebabkan itu juga,dasar serta bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat yang sepatutnya layak menerima akan menjadi tidak kesampaian.

''Kita tidak mahu rakyat begitu terganggu dengan keadaan yang agak rumit dan terlalu memikirkan tentang maklumat-maklumat negatif," katanya ketika berucap pada program Sejiwa Senada Bahagian Kuching di pekarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan di Padungan semalam.

UTUSAN melaporkan Hadir sama Timbalannya,Tan Sri Alfred Jabu Numpang,Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar,Datuk Seri Abang Johari Tun Openg serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Morshidu Abdul Ghani.

Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberitahu,kefahaman rakyat terhadap peranan agensi kerajaan perlu ditingkatkan selain perkongsian maklumat bersama dalam memastikan usaha membangunkan negeri ini dapat dilaksanakan dengan lancar.Katanya,perkongsian maklumat antara kerajaan dan rakyat akan membolehkan kedua-dua pihak bergerak dalam hala tuju yang sama.

''Kerenah birokrasi boleh diatasi sekiranya rakyat memahami cara serta pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dan ia boleh dicapai sekiranya masyarakat berkongsi maklumat serta mendekatkan diri dengan perkhidmatan kerajaan.Justeru,rakyat perlu berada dalam landasan yang sama dengan kerajaan meskipun mereka datangnya daripada parti politik yang berbeza," katanya.

KEPADA RAKYAT SARAWAK,MARI KITA IMBAS KEMBALI APA YANG TAN SRI ABDUL TAIB MAHMUD BERI KEPADA RAKYAT SARAWAK.ADAKAH KESENANGAN ATAU RAKYAT SARAWAK TERHIMPIT DENGAN SETELAH KERAJAAN NEGERI MEMBERIKAN SEGALANYA KEPADA RAKYAT SARAWAK ???

RENUNG-RENUNGKANLAH

No comments:

 
 
Blogger Templates