Social Icons

Pages

Tuesday, April 19, 2011

DAP HARUS BERTANGGUNGJAWAB ATAS ISU PERKAUMAN DI SARAWAK !!!



DAP perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika berlaku sebarang kejadian yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan etnik di Sarawak selepas ini.Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata,ini kerana DAP merupakan dalang utama yang membangkitkan sentimen perkauman di kalangan masyarakat Cina semasa kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 serta ketika mereka meraikan kemenangan.

UTUSAN melaporkan Pada masa yang sama katanya,masyarakat Cina Sarawak juga perlu berani berdepan dengan segala akibat kerana membenarkan sebuah parti politik yang cauvinis dan perkauman bertapak dengan bergaya di negeri tersebut.Menurutnya,kini semua pihak sudah membuka mata mengenai tebalnya sikap cauvinis dan perkauman Lim Kit Siang serta anaknya,Lim Guan Eng.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan DAP yang sanggup memperjudikan keharmonian antara kaum apabila berterusan membangkitkan sentimen perkauman dalam kempen mereka di Sarawak.Hakikat itu diakui pelbagai pihak dan hasilnya,DAP berjaya memenangi 13 daripada 15 kerusi yang ditandingi iaitu peningkatan sekali ganda berbanding keputusan pilihan raya negeri 2006.

Menurut Azwanddin,semua pihak terutamanya masyarakat bumiputera yang termakan dengan janji pembangkang perlu sedar bahawa negara ini dikhuatiri akan berada dalam keadaan tidak menentu jika DAP lebih berkuasa.Katanya, jika sentimen sebegitu yang disemai semasa berkempen dan semasa meraikan kemenangan, beliau percaya pendekatan yang sama juga akan dilakukan pada pilihan raya umum akan datang.

INILAH REALITI DAP !!!

MANA-MANA SAYA PERGI TEMPAT CERAMAH DAP YANG LALU SEMUA ISU BERKENAAN PERKAUMAN !!!

BAYANGKAN KALAU PEMIMPIN DAP MEMERINTAH MALAYSIA !!!

No comments:

 
 
Blogger Templates