Isu kegagalan kerajaan PAS Kelantan menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk negeri itu selepas 20 tahun berkuasa dibawa kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari Isnin.Dalam dialog "Suhakam Bersama Rakyat" di Dewan Teratai,Kota Darulnaim Hari ini,rata-rata peserta yang kecewa dengan masalah itu sejak sekian lama,telah meluahkan perasaan mereka kepada Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam yang disertai dua ahli majlis Suhakam, Prof Datuk Mahmood Zuhdi A.Majid dan N.JamesSesi tiga jam itu disertai badan bukan kerajaan (NGO), polis, agensi kerajaan dan individu.
BERNAMA Melaporkan Seorang pesara,Kamaruzaman Ismail,berkata beliau telah menetap di Kelantan selama empat tahun dan membina rumahnya di sini namun dalam tempoh itu syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) gagal menyediakan bekalan air paip ke rumahnya.
"Selama tempoh itu, AKSB meminta saya bersabar kerana pihaknya sedang menukar paip lama kepada paip baru. Masalah utamanya ialah tekanan air tetap rendah untuk masuk ke dalam tangki air di rumah saya.Jadi masalah inipun tidak akan selesai sampai bila-bila," katanya kepada panel Suhakam.
Kamaruzaman berkata apa yang lebih mengecewakannya,dalam tempoh empat tahun itu biarpun tiada bekalan air diterima, beliau tetap diberi bil AKSB sebanyak RM4 setiap bulan.Katanya beliau mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan AKSB dan menggunakan bekalan air bawah tanah yang diusahakannya sendiri.Kamaruzaman meminta Suhakam melihat aduan masalah bekalan air sebagai satu perkara yang serius kerana AKSB masih mengenakan caj bayaran perkhidmatan kepada mereka yang tidak menerima bekalan air .
"Disebabkan air tiada,maka angin sahaja yang keluar dari paip menyebabkan meter air bergerak dan pengguna dikenakan caj," katanya.
Beliau kesal dengan kegagalan kerajaan negeri untuk menyediakan longkang di kawasan rumahnya sedangkan selepas mendapat kelulusan pelan rumah daripada Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB), pihak berkenaan telah meminta bayaran tambahan untuk pembinaan longkang.
Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Kelantan Zakaria Abdul Rahman turut mengakui bahawa masalah air sudah sekian lama membelenggui pengguna namun kerajaan negeri gagal menyelesaikan isu berkenaan.
"Kerajaan pusat pula terpaksa membantu dengan memberikan peruntukan RM19 juta untuk menyalurkan bekalan air di kawasan yang kritikal kepada rakyat Kelantan sedangkan ia adalah tanggungjawab kerajaan negeri," katanya.
Abdul Halim Yusof,yang mewakili Persatuan Sekolah Persendirian Kelantan,pula berkata murid dari sekolah rendah persendirian mengalami masalah apabila mereka tidak dibenarkan menyambung pengajian ke Sekolah Menengah Agama Kerajaan (SMKA).
"Mengapa anak itu tidak dibenarkan ke SMKA hanya kerana mereka bekas pelajar sekolah rendah persendirian ??" katanya.
Hasmy berkata Suhakam akan membawa perkara-perkara yang dibangkitkan itu kepada kerajaan negeri kerana ianya merupakan masalah yang telah lama dan belum dapat diselesaikan.
"Isu air merupakan isu kesihatan dan isu sosial untuk rakyat Kelantan," katanya.
Beliau juga memberi jaminan untuk membawa isu pendidikan kepada kerajaan pusat.
ADAKAH INI NEGERI KEBAJIKAN ???
KRISIS AIR DI KELANTAN YANG MEMBAHAYAKAN OPERASI HOSPITAL BESAR KOTA BHARU ITULAH BUKTI PERTAMA KEGAGALAN TOK GURU !!!
MANA JANJI PAS NAK MENJADIKAN NEGERI KELANTAN MAJU ???
SEKARANG NAK TABUR MACAM-MACAM JANJI PULA DI SARAWAK !!!
KALAU TIADA BUKTI DI BAWAH NEGERI PAKATAN TAK PERLU JANJI MACAM-MACAM !!!

5 comments:
kenapa kawan2 saya duduk di kelantan sihat2 belaka dan x de pnyakit pn?x de 1 komen pn yg pnah sy dgar dri mreke.bkal tunang kakak sy pn keje kat hospital kelantan.semua berjalan lancar je?sah isu ni beraur politik.insaflah.mempermainkan ulama' bakal mendapat seksa dan azb yg pedih di akhirat.nauzubillah..
pelik juga.kenapa org2 kelantan kulit bersih2 n cantik2 belake kalau benar dakwaan air bersih x berjaye disalurkan?
Adalah Dinasihatkan Berhati-Hati Dalam Membuat Komen Kerana Blog Ini Dah Tertakluk Di Bawah Undang-Undang Negara Malaysia.Walaupun Komen-Komen Anda Tidak Ditapis,Komen Yang Dianggap Terlalu Melampau Akan Dipadam Selepas Pertimbangan Pemilik Blog Ini.Komen-Komen Yang Berunsur Fitnah,Pemilik Blog Ini Tidak Akan Teragak-Agak Untuk Membuat Laporan Polis Sekira Nya Perlu...
malas r komen....
ambo ore kelate. Mula2 ambo nk royak, ado air ke takdok air ke kalau dh comel, akan comel la sapo2 pun. Ore luar kelate pun da jugak hak comel. Kalau dh keturunan comel tetap akan comel.
Ambo tinggal d kawasn bandar satelit, nak bagtau mai. Sejak ambo lahir mak saya kata jangan dok berharap sangat ngan air kerajaan tuh, sampai besar ambo dok pakai air telaga (28 tahun).
Sekarang ni ambo buat rumah (banglow) sendiri bercadang nak guna air AKSB sebab dengar ceriter air molek dan bagus. Rupanya indah kabar dari ruper. Bayangkan cas permulaan nak masuk meter air adalah RM1000 hingga RM1500 berdasarkan lokasi dan keperluan pemasangan. Deposit air hanya RM200 shj. Yang mengecewakan ambo, rumah ambo pemaju (track record bagus-org PAS jgk) telah pun siap pasang perkakasan pemasangan perpaipan yang mengikut piawaian AKSB pun kena harga yang sama walaupun tinggal 1meter shj lagi nak disambungkang antara meter air dengan paip utama. Tak tau dimana yang kena bayar smpai banyak tu. Ambo kata hold dulu la.
Itu adalah satu hal, sampai skrg masih tak dapat diselesaikan bahkan ramai penduduk kg yang termakan oujukan dek org2 pas yang jadi wakil untuk pungut duit org kampung untuk pakej tadi (3 tahun dh masih dok cam tu jer).
Oleh kerana ambo tak mau pisang berbuah dua kali, ambo cuba panjat pejabat cawangan AKSB d Pasir Puteh mendapatkan kepastian. Rupa2nya diaorg cari makan memang mcm ni malah sedia melindungi "orang2 dia" pemungut duit td. Sampai sekarag ambo xpuas hati dengan cara AKSB mentadbir urus air d kelantan.
Nampak gayanya ambo kena gali perigi lagi la jawabnya wlaupun negeri dengar kabar dh maju.
Ambo adalah sebilangan orang yang masih belum mendapat bekalan air AKSB dan bukan ambo sorang shj, masih ramai lagi dan tidak ketinggalan org2 yang telah ditipu oleh AKSB-PAS. Kalau dh jd mcm ni bukan sahaja org UMNO yang susah, malah org PAS pun kena tipu sama.
Kepada rakyat kelate ambo berharap, carilah pentadbir yang cekap yang boleh tadbir negeri supaya aman dan sejahtera, perkhidmatan yang lengkap. Rakyat sihat hidup sejahtera.
Ambo anak jati kelate mahukan perubahan...
to anon 8.23pm
kalo nak tunggu ore klate kena penyakit kulit baru nak percaya...ambo tak tau nak kata apa apa ler...gitu ler penyakit manusia..kalo ada apa apa yg kuar kat blog yg pro kerajaan..itu fitnah...itu konspirasi..ce cuba turun klate and tinjau2 sedirik kawasan2 yg bermasaalah..anda akan jumpa jawabnya..bil air ambo ada tungakan dekat RM200...saja ambo malah nak bayar..air tak dok..kalo ada pon berkarat tapi bil nya...tak masuk dek akal...
Post a Comment