Social Icons

Pages

Saturday, April 09, 2011

SEJARAH PARTI BARISAN NASIONAL DAN PEMBANGKANG DI SARAWAK !!!



Belum pernah berlaku sebelum ini apabila sesuatu pertarungan itu diperjuangkan habis-habisan untuk meraih sokongan kalangan pengundi bandar,melainkan pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 yang berlangsung pada 16 April ini.

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang membawa bendera Barisan Nasional (BN),berdepan tentangan daripada DAP bagi merebut 15 kerusi bandar di Kuching, Sibu dan Miri.Kedua-dua pihak berusaha sedaya upaya dalam pertarungan pilihan raya yang disifatkan sebagai paling panas dalam sejarah pilihan raya negeri.Ketika SUPP berjuang ke arah survival parti, DAP pula menganggapkan pilihan raya ini sebagai peluang sekali seumur hidup untuk meningkatkan jumlah perwakilannya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai 71 kerusi.

DAP yang memenangi enam kerusi pada pilihan raya negeri 2006, turut menggambarkan pilihan raya ini sebagai "pertempuran di abad ini".DAP dan SUPP-BN menghadapi pertandingan satu lawan satu bagi 14 kerusi iaitu Padungan, Pending,Batu Kawah,Kota Sentosa (di Kuching) Simanggang (Sri Aman); Repok, Meradong (di Sarikei) Bukit Assek, Dudong,Bawang Assan,Pelawan (di Sibu) Kidurong (di Bintulu) dan Piasau serta Pujut (di Miri).DAP sedang mencuba nasib untuk mengalahkan PBB di salah satu kubu kuatnya di Bukit Kota (di Limbang).Dalam rancangan pertempuran DAP,mereka melihat peluang untuk menawan kerusi seperti Padungan, Batu Kawah, Repok, Pelawan dan Pujut selain mengekalkan kerusi Kota Sentosa, Pending, Bukit Assek, Kidurong serta Meradong.

Penganalisis politik dari UCSI University Ong Kian Ming berkata respons di tiga kawasan bandar besar Kuching,Sibu dan Miri sangat baik dengan Kuching mencatatkan jumlah khalayak paling ramai menghadiri ceramah mereka pada hari-hari pertama kempen.Selain daripada kerusi bandar di Kuching dan Sibu, DAP kelihatannya seperti berada di landasan yang betul untuk mengekalkan momentum sokongan bagi kerusi seperti Pujut, Pelawan dan Repok. Bagaimanapun, tugas masih sukar bagi beberapa kerusi lain seperti Piasau, Dudong dan Bawang Assan.Ong berkata masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai kemenangan BN-SUPP memandangkan ini bergantung kepada setakat mana ia boleh menahan tekanan daripada DAP.Kempen bagi pilihan raya bermula pada Rabu selepas penamaan calon, yang menyaksikan kesemua 71 kerusi ditandingi dengan di antaranya melibatkan jumlah calon yang ramai.Bagaimanapun hanya satu kerusi di mana DAP dan SUPP berdepan pertandingan tiga penjuru iaitu DUN Padungan di Kuching apabila penyandangnya, Dominic Ng, bekas anggota PKR memutuskan untuk mempertahankan kerusi itu sebagai calon Bebas.

DAP memulakan siri kempennya dari Kuching dalam satu majlis yang disebut sebagai "Super Saturday", disusuli Miri sebagai persinggahan berikutnya hujung minggu ini. "Grand finale" dirancang di Sibu sebelum hari mengundi.Meskipun tanda-tanda awal menunjukkan sokongan akar umbi yang baik, namun pemimpin DAP terus mengambil sikap berhati-hati dalam usaha mempertahankan kerusi yang dimenangi mereka.

"Di Kuching, kami sudah ada tiga (kerusi) dan kami berhasrat untuk menambah satu lagi. Soalnya sekarang ialah jumlah kerusi yang boleh kami menangi," kata Ketua Publisiti DAP Tony Pua.

Tinjauan di kawasan lain turut menunjukkan bahawa tidak semua kerusi yang ditandingi DAP mendapat maklum balas yang sama memandangkan parti itu berdepan tugas getir untuk mempertahankan kerusi Meradong dan Kota Sentosa sambil terpaksa bekerja keras untuk menawan Piasau, Bawang Assan dan Dudong.SUPP-BN nampaknya berada di landasan yang betul untuk memenangi semula kerusi yang hilang di Meradong di mana muka baru, Ling Sie King, seorang ahli perniagaan, kelihatan seperti berupaya meletakkan tekanan ke atas penyandang daripada DAP, Ting Tze Fui.SUPP melepasi halangan pertamanya apabila mendapat perlawanan satu lawan satu dengan DAP di DUN Meradong yang menyaksikan pertarungan lima penjuru dalam pilihan raya negeri lepas.Parti itu lebih bersatu kali ini,kata seorang pemerhati politik, dan akan terus mendapat lonjakan semangat dalam kempennya dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual melawat kawasan itu pada 11 April.Di kawasan lain, SUPP nampaknya berupaya mengekalkan pengaruhnya bagi kerusi Bumiputera seperti Simanggang, Engkilili dan lagi kerusi Bidayuh.DAP masih berdepan tugas getir di kawasan majoriti Bumiputera di mana parti itu meletakkan calonnya. DAP mempertaruhkan muka baru, Leon Jimmy Donald yang akan ditentang penyandang Francis Harden daripada SUPP-BN bagi kerusi DUN Simanggang.Sokongan padu bagi DAP boleh dilihat daripada jumlah besar khalayak yang menghadiri ceramah anjurannya hampir di mana sahaja.

Bagaimanapun, ini sama sekali tidak membimbangkan pemimpin SUPP kerana mereka berpendapat kempen masih di peringkat awal, sambil menambah sebahagian besar daripada mereka yang datang itu ingin mendengar sendiri apa yang akan diperkatakan oleh pembangkang.

"DAP mendakwa ramai yang menghadiri ceramah itu tetapi mereka tidak tahu bahawa sebahagian besar daripadanya adalah anggota SUPP yang dihantar ke sana untuk memantau ceramah," dakwa Pengerusi SUPP Sibu Datuk Seri Wong Soon Koh.

SUMBER DARI BERNAMA


MANA JANJI PAKATAN YANG DULU KONONNYA DALAM 100 HARI BUAT MACAM-MACAM KALAU MENANG MASA PRU 2008 ???

SEKARANG NAK TABUR MACAM-MACAM JANJI PULA DI SARAWAK !!!

KALAU TIADA BUKTI DI BAWAH NEGERI PAKATAN TAK PERLU JANJI MACAM-MACAM !!!

No comments:

 
 
Blogger Templates