Social Icons

Pages

Sunday, April 10, 2011

MANIFESTO PAKATAN SEMUANYA MERAPU DAN MEMBOHONG !!!


Tinggal enam hari lagi untuk parti-parti berkempen dalam pilihan raya negeri Sarawak yang dikatakan paling panas dalam sejarah pilihan raya negeri ini,manifesto pembangkang memberi banyak ruang untuk dibidas oleh Barisan Nasional (BN).DAP menjadi parti terbaru mendesak peguam Dominique Ng untuk menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas dalam pertandingan tiga penjuru di kawasan majoriti Cina iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan.

BERNAMA melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,selaku timbalan pengerusi BN menggesa rakyat supaya tidak mudah terperdaya dengan janji-janji yang dibuat oleh pembangkang.

"Masa depan kita,kita tak boleh gadai hanya kerana dengar cakap dia lagi hebat,dia (pembangkang) menjanjikan bulan dan matahari.ini bukan main-main.ini masa depan anak-anak kita," katanya dalam kempen BN di Bintulu.

Mengenai janji pembangkang untuk menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskinan sebanyak RM1 bilion untuk menangani masalah kemiskinan di Sarawak,beliau berkata BN telah membelanjakan puluhan bilion ringgit untuk membasmi kemiskinan di Sarawak dan berjaya mengurangkan kadarnya kepada hanya tiga peratus berbanding 60 hingga 70 peratus 20 tahun lepas.

Tan Sri Muhyiddin Yassin,yang juga Menteri Pelajaran turut mengkritik tawaran pembangkang untuk memberikan RM200 kepada murid di negeri yang masuk Tahun Satu.

"Saya tanya kenapa beri elaun kepada penduduk Sarawak sahaja,mereka telah menubuhkan kerajaan di Selangor,Kelantan,Pulau Pinang tetapi tidak pernah beri satu sen pun,ia bohong !!!" katanya.

Sementara itu,Penasihat DAP Lim Kit Siang meminta Ng menerima desakan presiden PKR Wan Azizah supaya menarik diri daripada bertanding.Dalam satu kenyataan hari Semalam Lim berkata Ng tidak mempunyai peluang untuk menang dan kehadirannya boleh memecahkan undi yang akan menguntungkan calon BN Sim Kiang Chiok daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

DAP menurunkan muka baru Wong King Wei untuk bertanding di Padungan.Ng menang di Padungan pada 2006 sebagai calon PKR tetapi kali ini beliau diketepikan oleh PKR. PKR dan DAP telah bertukar kerusi Padungan dengan Batu Lintang.

Namun peguam berusia 50 tahun itu enggan mengalah dan sebaliknya penuh yakin yang beliau tidak akan berada di tempat tercorot daripada tiga calon yang bertanding di kawasan atau beliau akan berundur daripada politik.Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh hari ini meminta parti-parti politik mengelak melakukan perbuatan provokasi dalam berkempan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.Katanya polis telah menerima satu laporan bahawa poster calon BN bagi kerusi Padungan telah disimbah dengan cat merah.

MANA JANJI PAKATAN YANG DULU KONONNYA DALAM 100 HARI BUAT MACAM-MACAM KALAU MENANG MASA PRU 2008 ???

SEKARANG NAK TABUR MACAM-MACAM JANJI PULA DI SARAWAK !!!

KALAU TIADA BUKTI DI BAWAH NEGERI PAKATAN TAK PERLU JANJI MACAM-MACAM !!!

No comments:

 
 
Blogger Templates