Social Icons

Pages

Sunday, April 10, 2011

TAN SRI ABDUL TAIB MAHMUD MENGATAKAN AGAMA ADALAH PENTING !!!



Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengingatkan orang ramai bahawa tindakan mencampuradukkan politik dan agama amat berbahaya.

"Jangan sesekali mencampuradukkan agama dengan politik.Tiada apa yang lebih mudah bergejolak, senang menimbulkan provokatif berbanding mencampurkan kedua-duanya (politik dan agama).Tidak dapat dielakkan, kita akan bergaduh jika kita cuba mempolitikkan agama, lebih-lebih lagi jika isu perkauman dibabitkan sama," katanya.


BERNAMA melaporkan Menyentuh isu kira-kira 30,000 naskhah kitab Injil berbahasa Melayu di Kuching,Tan Sri Abdul Taib Mahmud mendedahkan bahawa beliau sendiri dan bukannya pembangkang yang memperbetulkan keadaan berkenaan.

"Saya bercakap kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (mengenai hal kitab Injil itu)," katanya.

Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata parti pembangkang hanya tahu untuk menimbulkan kemarahan orang ramai dan lebih-lebih lagi jika "kita semua mempunyai rasa marah dan curiga terhadap satu sama lain,antara orang Kristian, Islam, Hindu atau pun Buddha".

Membidas slogan pakatan parti pembangkang mendesak rakyat mengundi untuk melakukan perubahan dalam pilihan raya negeri 16 April ini,Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata orang ramai perlu memikirkan perkara itu dengan semasak-masaknya.

"Saya telah melakukan perubahan di negeri ini sejak 50 tahun lalu,Orang ramai kini sudah semakin selesa.Mereka kini mempunyai taraf kehidupan lebih baik, gaya hidup yang lebih selesa. Kita mempunyai rangkaian jalan raya yang baik, kemudahan prasarana, sekolah-sekolah dan lebih ramai berpendidikan tinggi," katanya.

Beliau berkata mereka sepatutnya bertanya kepada diri sendiri apakah perubahan yang akan mereka lakukan untuk menukar kerajaan akan membawa kebaikan atau keburukan serta ke arah ketidakstabilan dan ketidaktentuan.orang ramai akan berhadapan dengan masa hadapan tidak menentu jika mereka memilih pemimpin seperti Penasihat PKR Anwar Ibrahim.

"Kita mesti mengekalkan apa yang telah kita ada,masyarakat yang bersatu padu,harmoni, stabil,makmur,progresif dan masyarakat yang dihormati di mana kita mempunyai kebebasan di mana kita mempunyai kebebasan untuk mencapai apa yang baik dan dihasratkan.Itu sebabnya apabila saya mengundurkan diri nanti saya akan menyerahkan pentadbiran negeri ini kepada pemimpin baru, orang yang berkelayakan maka tidaklah berlaku perubahan ke arah keburukan," katanya.

MANA JANJI PAKATAN YANG DULU KONONNYA DALAM 100 HARI BUAT MACAM-MACAM KALAU MENANG MASA PRU 2008 ???

SEKARANG NAK TABUR MACAM-MACAM JANJI PULA DI SARAWAK !!!

KALAU TIADA BUKTI DI BAWAH NEGERI PAKATAN TAK PERLU JANJI MACAM-MACAM !!!

No comments:

 
 
Blogger Templates