Social Icons

Pages

Saturday, April 09, 2011

TAN SRI ABDUL TAIB MAHMUD MEMBELA BOMOH ???



Calon Bebas Balingian Datuk Salleh Jafaruddin mendakwa Kononnya Ketua Menteri Sarawak,Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikelilingi oleh 'bomoh luar negara'.


MARI KITA LIHAT KENYATAAN DI BAWAH

“Kita mahu selamatkan Sarawak daripada dipimpin seorang ketua yang tunduk dan menyerahkan akal fikiran,keupayaan fizikal dan kerohanian dipengaruhi bomoh sihir luar negara yang mengelilinginya.Saya secara peribadi saya berjumpa dan berdepan dengan tiga bomoh itu pada hari penamaan calon di Mukah.Saya beritahu mereka tidak ada hak memberi nasihat spiritual kepada ketua menteri,khususnya pada pilihan raya sehingga mempengaruhinya dalam keputusan memuktamadkan senarai calon Barisan Nasional,” kata Salleh pada sidang media.

Dakwanya,tiga bomoh berkenaan,seorang dipercayai rakyat Australia dan seorang lagi berbangsa Yahudi bekerjasama dengan naib presiden kanan PBB,Datuk Awang Tengah Ali Hasan,adik perempuan Tan Sri Abdul Taib Mahmud,Radziah Mahmud dan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sendiri semasa menyediakan senarai calon BN.

“Tidak ramai yang mengetahui cerita ini,sehingga hari penamaan calon pada 6 April lalu di Mukah.Pengaruh mereka ke atas cengkaman politik Taib begitu besar dan sukar diatasi,malah ia mengatasi pengaruh politik perdana menteri kita,”dakwa Salleh yang juga adalah sepupu Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Salleh,bekas timbalan menteri pelajaran juga menuduh Tan Sri Abdul Taib Mahmud menipu pemimpin PBB,parti-parti komponen BN,seluruh pengundi Sarawak sejak 30 tahun lalu.

KALAU BETULLAH TAN SRI ABDUL TAIB MAHMUD MENIPU RAKYAT KENAPA RAKYAT SELALU MENERIMA BANTUAN DAN SARAWAK DAH MAJU BERBANDING DULU ???

KALAU CAKAP DAN TAK BUKTI,SAYA PUN BOLEH BERKATA MACAM TU,SEMUA YANG SAYA BERITAHU BERDASARKAN BUKTI !!!

KEPADA RAKYAT SARAWAK,TAK PERLU LAGI NAK PERCAYA PADA PEMBANGKANG !!!

TUN MAHATHIR PUN MEMERINTAH MALAYSIA LEBIH 20 TAHUN !!!

RENUNG-RENUNGKANLAH

No comments:

 
 
Blogger Templates