Social Icons

Pages

Saturday, April 09, 2011

TAN SRI MUHYIDDIN YASIN MENGATAKAN MANIFESTO PAKATAN ADALAH BOHONG !!!



semalam saya dan rakan-rakan blogger telah pergi ke Hotel RH,Sibu untuk membuat liputan bersama Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin.agak jijik apabila diceritakan mengenai Video Seks yang dikatakan melibatkan individu bernama Anwar Ibrahim.Menurut pegawai kanan beliau,TPM lebih rela memfokuskan masalah-masalah rakyat lebih penting dari mengambil tahu perihal Kisah Seks dalam dan luar tabii Anwar Ibrahim.Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membidas Pakatan yang menabur janji kosong dalam manifesto untuk memancing undi pada setiap pilihan raya.Beliau berkata slogan "ubah" atau "change" yang digunakan dalam manifesto pembangkang PKR,DAP dan PAS pada pilihan raya negeri Sarawak adalah modal lapuk.

"Barisan Nasional (BN) yang melihat masa depan negara dalam perspektif yang lebih luas mahukan transformasi agar Malaysia dan Sarawak terus berkembang dan maju," katanya.

semalam,lebih 1000 orang mengahdiri Jamuan Makan malam ini.Beliau berkata lagi,Pakatan telah mengumumkan manifesto bertemakan "Jom Ubah Sarawak" yang menggariskan 10 dasar secara serentak di sarawak.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pada pilihan raya umum yang lepas,Pakatan berjanji untuk memberi "bintang dan bulan" tetapi sehingga kini,mereka tidak melakukan apa-apa di negeri-negeri yang mereka kuasai.Sambil memberi contoh,beliau berkata manifesto Pakatan di Selangor pada pilihan raya umum yang lepas termasuk memberi elaun kepada ibu-ibu tunggal,caruman takaful RM2,500 untuk warga emas dan memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran universiti.

Sehubungan itu,Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru penduduk di negeri ini agar tidak mudah terpedaya dengan janji-janji manis Pakatan.

"Saya berharap penduduk di negeri ini menyokong usaha yang dipelopori oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Program Transformasi Kerajaan,Program Transformasi Ekonomi dan pelan transformasi ekonomi.Program-program transfromasi ini mencakupi semua bidang dan ia adalah jauh lebih besar daripada perubahan yang diuar-uarkan pihak pembangkang yang bertanding di Sarawak." katanya.

MANA JANJI PAKATAN YANG DULU KONONNYA DALAM 100 HARI BUAT MACAM-MACAM KALAU MENANG MASA PRU 2008 ???

SEKARANG NAK TABUR MACAM-MACAM JANJI PULA DI SARAWAK !!!

KALAU TIADA BUKTI DI BAWAH NEGERI PAKATAN TAK PERLU JANJI MACAM-MACAM !!!

No comments:

 
 
Blogger Templates