Social Icons

Pages

Wednesday, April 06, 2011

TAN SRI ABDUL TAIB MAHMUD TIDAK AKAN GENTAR WALAU APA PUN TERJADI !!!


Di sebalik bahang pilihan raya semakin memuncak dengan kempen secara rasminya bermula Hari Ini,Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud kekal tenang menyatakan beliau tidak berdepan sebarang tekanan dalam pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April ini.

BERNAMA melaporkan Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata sememangnya menjadi harapan BN Sarawak untuk meraih kemenangan besar dalam pilihan raya negeri dan pilihan raya negeri kali ini juga akan dihadapi sepertimana pada semua pilihan raya negeri sebelum ini.

"Tiada sebarang tekanan (daripada pemimpin-pemimpin Persekutuan). Kami sentiasa berusaha untuk memperoleh majoriti besar dalam pilihan raya. Tidak perlu tekanan untuk itu.Anda tidak desak orang untuk lakukan sesuatu yang mereka memang mahu lakukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Kem Bina Negara Sampadi di Lundu.

Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata demikian semasa menjawab soalan pemberita sama ada beliau berdepan sebarang tekanan untuk memberikan keputusan pilihan raya yang lebih baik berdasarkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa keputusan pilihan raya negeri Sarawak akan menjadi pengukur untuk menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Dalam perkembangan berkaitan, Tan Sri Abdul Taib Mahmud optimis bahawa tidak sepertimana di Semenanjung Malaysia,suasana pada hari penamaan calon dan pengundian di Sarawak biasanya berlangsung secara aman dan lancar.Beliau berkata sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini, ia merupakan elemen asing yang dibawa dari luar.

"Kita harus ingat bahawa politik kita mempunyai pelbagai ciri. Sekiranya tidak aman, dengan itu rakyat Sarawak akan faham dan tahu ia bukan perbuatan kita," katanya.

Terdahulu,dalam ucapannya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata kerajaan BN telah meningkatkan taraf hidup dan kehidupan rakyat menerusi pembangunan yang dirancang rapi dan jangka panjang,bukan hanya fokus pada kawasan bandar sahaja tetapi penduduk luar bandar juga turut mendapat manfaatnya.Kem Sampadi berharga RM26 juta ialah Kem Bina Negara yang terbaru dan ke-18 di negara ini.

No comments:

 
 
Blogger Templates