Ketua umum PKR Anwar Ibrahim hampir meradang ketika diajukan soalan berhubung kontroversi melibatkan satu rakaman video lucah yang didedahkan oleh trio Datuk T pada Mac lalu.Isu berhubung seutas jam tangan yang dikatakan telah diambil daripada lokasi rakaman video berkenaan merupakan antara perkara yang sering menjengkelkan Anwar terutama ketika ditanya wartawan.Kenapa Anwar Tidak menjawab soalan yang mudah itu ??? adakah Anwar malu kerana jam omega berada di tangan polis dan tiada padanya ???
Anwar bagaimanapun menjelaskan,Anwar bersikap demikian kerana sudah penat dan tidak tahan lagi dengan tohmahan demi tohmahan yang dilemparkan ke atas dirinya sejak 13 tahun lalu.Anwar tetap berpeluang menyerang balas dan bukannya bersikap defensif semata-mata.Bagi Anwar,isu berhubung video lucah ini tetap melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan Anwar tidak akan memberi laluan mudah kepada Datuk Seri Najib Razak untuk mentadbir negara ini
Anwar juga berkata,teka-teki mengenai identiti sebenar individu dalam video berkenaan juga tidak menggusarkannya,namun perkara itu tetap juga bersarang di fikirannya.polis mengambil risiko besar sekiranya menamakan Anwar Ibrahim sebagai individu dalam video seks.Selain itu,Anwar juga mengakui pernah bertemu dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah,lama sebelum ahli perniagaan itu bertindak mendedahkan video berkenaan pada Mac lalu.
Datuk Shazryl Eskay Abdullah disifatkan Anwar sebagai seorang individu dalam pasukan Tun Dr Mahathir manakala pertemuan berkenaan,pada 1998,telah diatur oleh seorang lagi orang kuat Mahathir – Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.Pertemuan berkenaan adalah berhubung projek jambatan baru untuk menggantikan Tambak Johor yang kemudiannya menemui kegagalan di bawah pentadbiran perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Pembatalan projek berkenaan juga merupakan salah satu punca permusuhan di antara Mahathir dan Abdullah. Anwar bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada isu melibatkan projek berkenaan merupakan punca rakaman video berkenaan ditimbulkan.
Ikuti petikan daripada wawancara Malaysiakini dengan Anwar
S
BN dan Pakatan Rakyat kini perlu meraih sokongan daripada sebanyak 5 hingga 7 peratus pengundi atas pagar. Sejauh mana isu video seks ini akan memberi kesan kepada sokongan pengundi. Isu ini juga ditimbulkan dalam ceramah Pakatan.
J
Saya merujuk kepada kes itu kerana ia ditimbulkan setiap hari, tetapi dalam perbincangan dengan pasukan saya, selain deripada mengedarkan risalah berhubung isu ini, saya tidak fikir kita patut fokus kepada bagaimana kita hendak tanganinya. Ia akan terbias daripada isu utama tentang tataselia dan perubahan.Tentulah strategi (mereka) adalah menggunakan khalayak Melayu, tetapi mungkin juga akan wujud kesan negatif kerana ramai golongan ustaz dan guru agama yang diketahui tidak bersama Pakatan telah menyuarakan pandangan bahawa (tuduhan) itu keterlaluan.Saya tidak tahu sejauh mana impaknya kerana saya tidak peduli sangat.
S
Tetapi PKR tetap lancarkan kempen anti fitnah, menunjukkan bahawa tuduhan itu ada impaknya?
J
Kempen anti fitnah itu bukan sahaja dijalankan oleh PKR tetapi juga DAP dan PAS. (Timbalan presiden PAS) Datuk Tuan Ibrahim (Tuan Man) mengetuainya.(Pakatan) menggunakan (isu) ini bagi menunjukkan betapa terdesaknya Umno, betapa korup politik pornografi ini, seperti saya kata 'pandi kutty', yang saya tidak rujuk kepada sesiapa, tetapi menunjukkan betapa terdesak mereka ini. Ini yang saya maksudkan dengan pentadbiran yang teruk.Saya tidak rasa garis tindakan ini defensif. Garis tindakannya 'kami akan tunjukkan betapa teruknya mereka,' itu ofensif.
Hanya sebab kita sebut mengenai video seks atau perbicaraan kes liwat (menunjukkan) kami defensif? Tidak semestinya begitu. Cara ianya diulas... Bagaimana mereka menggunakan agama untuk mengangkat sumpah bagi mempertahankan seorang pembunuh, seorang perogol, sesiapa saja boleh pergi angkat sumpah.Dan ianya kembali kepada isu pentadbiran, rasuah, subsidi, kenaikan harga barang, maka ia sangat penting untuk kami gunakan, malah ianya isu yang bagus kerana ia menyemarakkan perasaan orang ramai, mereka akan berasa marah terhadap betapa buruknya isu ini.
S
Polis berkata mereka tidak akan dedahkan identiti individu dalam video seks ini, bagaimana reaksi Datuk Seri?
J
Saya tidak pernah beri reaksi, Saya tidak pernah risau kerana saya telah pergi kepada polis, saya telah pergi ke makamah Syariah, jadi sama mahu lihat apa yang mereka akan lakukan?Kemudian barulah kita akan tangani (isu identiti individu) pada masa yang sesuai. Kami tidak akan dipaksa oleh (polis) kerana apa yang mereka lakukan ialah memberi kenyataan politik, bukannya tindakan, macamlah siasatannya begitu kompleks seperti kes pembunuhan Altantuya (Shaariibuu).Dalam kes video ini, sehingga kini tidak ada tindakan. Ianya mudah, sesiapa saja yang pergi ke hotel dan umumkan 'saya akan tayang satu filem' tentu ditahan dan didakwa. Tapi bukan dalam kes ini.
S
Kalau polis kata individu itu ialah Datuk Seri?
J
Kita akan tangani bila tiba masanya., Saya fikir (polis) mengambil risiko besar jika mereka bertindak begitu.
S
Apa risikonya?
J
Saya tidak boleh beritahu. Peguam saya akan tanganinya.
INI JAWAPAN PUTAR ALAM ANWAR IBRAHIM !!!
KALAU MACAM TU SIAPA PULAK DALAM VIDEO DI BAWAH ???
ANWAR IBRAHIM HARUS BERSUMPAH !!!
1 comment:
FULAMAK...hebatlahh anwar engkau punay jawaban..heheheheh..kadang-kadang lucu dengar anwar bercakap...marah-marah pun ader...sedih pun ader...geram pun ader...hayaaa..bila mau mengaku? lu ingat itu polis x la tau bikin lia punya keleja kah??hayyaaa dalam malaysia anwar satu olang saja ala lawyer maaaa....hehehehehe
Post a Comment