Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berada di Amerika Syarikat akan memendekkan lawatannya dan segera pulang ke tanah air bagi menziarahi keluarga mangsa tanah runtuh di Hulu Langat,demikian menurut Datin Seri Rosmah Mansor.
Isteri Perdana Menteri berkata bahawa Najib dan beliau yang sepatutnya berlepas ke Jepun dari Amerika Syarikat, kini akan pulang terus ke Malaysia.
"Saya gembira beliau mengambil keputusan ini kerana ia akan membolehkan saya melawat tempat itu secepat mungkin," katanya dalam temu bual secara langsung dengan Bernama Radio24 dari Washington.
BERNAMA melaporkan Temubual itu terhenti seketika disebabkan Datin Seri Rosmah Mansor sebak kerana nyata sedih dengan tragedi itu.Sehingga tengah malam semalam,10 kanak-kanak penghuni rumah anak yatim di Batu 14 Jalan Hulu Langat dan dua dewasa penjaga mereka,terbunuh dalam kejadian yang berlaku pada 2.30 petang manakala sembilan cedera dan empat lagi masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa
Kerja mencari dan menyelamat diteruskan kerana empat lagi penghuni rumah itu dipercayai masih tertimbus.Datin Seri Rosmah Mansor mengucapkan takziah beliau dan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada semua keluarga mangsa dan berharap mereka bersabar.
"Saya terkejut dan sedih dengan kejadian yang meragut banyak nyawa ini," katanya.
Datin Seri Rosmah Mansor,yang juga Presiden Badan Amal Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) berkata beliau telah meminta anggotanya supaya melawat dan membantu mereka yang terlibat.Katanya beliau telah meminta Datin Seri Lee Sun Loo, isteri Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai,supaya sentiasa memberikan maklumat terkini kepada beliau mengenai kejadian itu.
SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH
AL-FATIHAH

2 comments:
khalid dah balik ke atau sambung lawatan?
PR janganlh nak lepas tangan dlm kejadian ini... Kerajaan selangor perlu bertanggungjawab dan jgn lepaskan segala tanggungjawab ini kepada kerajaan UBN....
dlm hal ini diharapkan tiada pehak yg mengambil kesempatan demi kepentingan politik...
mangsa adalah Rakyat Malaysia....
Post a Comment