Anwar Ibrahim telah memfailkan tuntutan balas terhadap Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyamannya atas dakwaan fitnah berhubung penayangan video yang memaparkan aksi seks pelaku mirip seorang pemimpin pembangkang.Dalam tuntutan balas yang difailkan menerusi firma guaman, Tetuan Faiz & Co. di Mahkamah Tinggi di sini pada 16 Mei lalu,Anwar antaranya menuntut ganti rugi untuk fitnah lisan,ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan,faedah serta kos.
Anwar selaku defendan mendakwa,dalam satu sidang akhbar pada 21 Mac lalu,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menyebut kata-kata fitnah mengenainya untuk merendah-rendahkan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen.Kata-kata menyinggung itu, menurut Anwar,telah diterbitkan semula dalam portal berita,The Malaysian Insider dengan tajuk 'Hisham says sex video man should lodge police report' dan akhbar The Sun pada 22 Mac lalu di muka surat 3 dengan tajuk utama 'Police unaware of clip, says Hisham'.
UTUSAN melaporkan Anwar mendakwa,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku plaintif tahu dan berniat supaya kata-kata tersebut atau intinya akan diterbitkan semula atau membenarkan terbitan semula dengan menyebut kata-kata itu kepada wartawan pada sidang akhbar berkenaan.Defendan mengatakan bahawa kata-kata yang diucapkan oleh plaintif adalah secara niat jahat dan sindiran yang dimaksudkan atau difahami sebagai membawa maksud bahawa beliau tidak layak memegang jawatan awam.
Defendan mengatakan bahawa kata-kata yang diucapkan oleh plaintif adalah secara niat jahat dan sindiran yang dimaksudkan atau difahami sebagai membawa maksud bahawa beliau tidak layak memegang jawatan awam.Bersama tuntutan balas tersebut,defendan menyertakan pembelaan yang antaranya menyatakan bahawa kata-kata tersebut diterbitkan dalam keadaan perlindungan munasabah haknya sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada orang ramai yang mempunyai hak bersama untuk menerimanya.Kata-kata itu juga menurut defendan, adalah ulasan saksama dalam menyuarakan pendapat defendan dan mempunyai kewajaran.
Pada 25 April lalu,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein,mendakwa,sehari selepas penayangan video itu pada 21 Mac lalu, Anwar telah bercakap kepada pihak akhbar sejurus selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
PANDAI NAMPAKNYA ANWAR MEMUTAR BELIT KENYATAAN !!!
DAH SALAH TAK MENGAKU !!!
DAH SAH MUKA DALAM VIDEO SEKS PANDAI PULA NAK PUSING YEK ???
1 comment:
mengapa nwar terasa sangat ni? bukanklah dia bermati2an tak mengaku orang dlm video tu dirinya? kalau dah bukan dirinya, duduk diam2 sajala..lama2 Allah SWT akan tunjuk juga sapa sebenarnya orang tu!
hishamuddin tak sebut pun namanya!!
'Hisham says "sex video man" should lodge police report'!!
mana hishamuddin ada sebut nama dia? pasi pa yg sensitif sgt? terasala amat!!eskay sebut nama dia berpuluh kali tapi dia tak saman. bila hishamuddin kata 'sex video man' dia tiba2 melenting sakan!!!
sekarang kita boleh namakan nwar 'AVSM' [anwar video sex man(iac)] plak kut??!
Post a Comment