Social Icons

Pages

Sunday, May 08, 2011

SAH !!! MEMANG ADA CUBAAN UNTUK MERAMPAS KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA !!!


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu,Datuk Zulkifli Noordin mendakwa memang wujud gerakan oleh pertubuhan agama lain untuk merampas kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

BERNAMA melaporkan beliau berkata menyedari kewujudan gerakan itu setahun yang lalu dan ia bergerak secara senyap dalam usaha cuba menghakis kedudukan agama Islam sedikit demi sedikit.perjuangan pergerakan itu berlandaskan kepada 14 tuntutan seperti yang dikemukakan oleh pihak pembangkang kepada Suruhanjaya Antara Agama (IFC).

"Saya difahamkan antara perkara yang mereka perjuangkan ketika ini adalah untuk mengkategorikan golongan di bawah 18 tahun sebagai 'tidak beragama' dan mereka hanya boleh memilih agama apabila mencapai usia tersebut.Alasan yang digunakan adalah bagi menyelesaikan masalah penetapan agama anak yang sering menjadi perdebatan di negara ini apabila salah seorang daripada ibu atau bapanya bukan beragama Islam.Selain itu, saya juga difahamkan bahawa pergerakan ini sedang berusaha untuk membolehkan persatuan agama lain ditubuhkan di peringkat sekolah rendah dan menengah," katanya ketika ditemui pada perhimpunan pemimpin pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia.

Menurut Datuk Zulkifli Noordin,tuntutan-tuntutan tersebut akan disuarakan menerusi ahli Parlimen yang mewakili pertubuhan agama tersebut.

"Jadi,saya harap kerajaan mengambil berat perkara ini.Kita tidak menafikan hak kaum lain untuk mengamalkan fahaman serta agama mereka,tetapi jangan sekali-kali cuba mencabar Islam,Saya juga menyeru semua umat Islam di negara ini supaya bersatu.Kita semakin lemah dan berpecah-belah sejak akhir-akhir ini,sebab itu golongan yang dengki dengan kita, dengki dengan Islam semakin berani mengambil kesempatan," jelasnya.

KEPADA SEMUA UMAT ISLAM JANGAN PECAH BELAH !!!

AYUH KITA BERSATU MEMPERTAHANKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DI MALAYSIA !!!

6 comments:

ANAK BUKIT HIJAU said...

Masalahnya YB orang Islam tak percaya perkara ini boleh berlaku.

Kalau adapun pemimpin-pemimpin cuba mengingatkan rakyat, sebaliknya ada pula pemimpin Islam yang lain berkata sebaliknya; "cakap-cakap politik, mana boleh percaya...."

Macam cerita tulah.....masih ada yang tak percaya.

Sementelah pula tak nampakpun bayang-bayang kerajaan mau ambil sebarang tindakan; membuat rakyat dan orang Islam yakin perkara itu tidak akan berlaku.

Beberapa ketika yang lalu heboh dibincangkan dalam blog tentang usaha pihak yang sama juga yang telah membuat persiapan bagi menggantikan Perlembagaan Malaysia yang baru. Oleh kerana mungkin perkara ini tidak "diambil kisah" oeh pihak-pihak tertentu, perkara ini "lenyap" ditelan masa.

Apa yang ditakuti, oleh kerana puak yang merancang ini, "mean business" sebaliknya kita tak ambil serius, akan berlakulah, seperti biasa, kita "meracau dan sasau, bila apa yang kita yakin tak akan berlaku, tiba-tiba berlaku di depan mata kita.

Mas Jogo said...

Ambo tak terkejut. 80 peratus rakyat Sabah dan Sarawak adalah penganut agama Kristian. Kalau PR berkuasa di sana sudah tentu agama Kristian menjadi agama rasmi mereka sebab di sana tidak ada Raja Islam hanya pakai ketua menteri yang juga boleh dijawat oleh orang bukan Islam/Melayu.

Anonymous said...

Modal terbaru untuk mendapatkan simpati org melayu terhadap BN. Dalam poket semua tu. Artikel 14sebenarnya Perlembagaan negara lebih tinggi darjatnya dari hukum Allah SWT di Malaysia, siapa yg berani nafikan. Salah sapa? Sayangilah negara dan jgn jadi pengkhianat dgn cubaan menakutkan org ramai yg aman damai ini demi suvival politik yg nak kiok.

Anonymous said...

nak suruh pas dah tak kuat seperti dulu asyik menyimpang aje...last last masuk DAP

Anonymous said...

taktik DAP biasa la.
1. nanti org lupa pasal video seks anuwar.
2. akan kata salah BN dan suruh PAS melalui fatwa nik aziz bahawa tak mengapa agama rasmi kristian.
3. cara anuwar divert issue liwat dan nanti dia akan kononnya menyelamatkan melayu dari BN
sudah la tu bewak PKR dan BABI PAS. mereka la semua punca melayu lemah dan islam tiada di malaysia.
semoga allah melaknati mu PKR dan PAS.
sila bersatu dibwh DAP. leburkan lah PKR dan PAS. senag nak jerit
TAKEBEER!!

Anonymous said...

memang dah jadi agenda utama DAP mau rampas kerjaan. putar belit LGE dah jadi amalan politik mereka. orang islam dan bumiputra lain mesti sedar mainan DAP. tahniah kpd SNAP kerana awal2 dah sedar. PAS bila nak sedar.

 
 
Blogger Templates