Social Icons

Pages

Tuesday, June 14, 2011

KENYATAAN TERBARU BERKENAAN UMMI HAFILDA MENYAMAN MALAYSIAKINI !!!


Mahkamah Tinggi memberikan Mkini Dotcom Sdn Bhd sehingga Jumaat ini untuk menjawab saman fitnah yang difailkan ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali terhadap pengendali laman berita Malaysiakini itu dan seorang bekas rakan perniagaannya.Hakim Datuk VT Singham berkata Mkini Dotcom mempunyai masa 14 hari bermula 3 Jun lepas bagi memfailkan pernyataan pembelaannya selepas ia memasukkan notis kehadiran pada 3 Jun lepas.

Hakim Singham kemudiannya menetapkan 1 Julai ini bagi pengurusan kes saman RM100 juta yang difailkan oleh Ummi Hafilda terhadap Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan Mkini Dotcom.Terdahulu peguam Zulhelmi Wagiman, yang mewakili Ummi Hafilda (kanan), memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menghantar writ saman itu kepada Nor Azman di alamatnya di Sarawak tetapi ia telah dikembalikan, dan pada 9 Jun lepas pihaknya telah menghantar ke satu alamat lain di Petaling Jaya.


Hakim Singham berkata jika kedua-dua usaha itu gagal,Zulhelmi hendaklah membuat permohonan di mahkamah supaya saman itu boleh dibuat melalui penyampaian gantian (secara iklan atau saman ditampal di papan notis di Mahkamah).Dalam prosiding,peguam bagi Nor Azman dan Mkini Dotcom tidak hadir.

BERNAMA melaporkan Pada 25 April lalu,Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu,selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.Dalam saman itu beliau mendakwa Nor Azman dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi.

Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Nor Azman itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.Mkini Dotcom Sdn Bhd pula didakwa telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di lamanweb www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.Beliau menuntut gantirugi am RM100 juta dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya.

3 comments:

Anonymous said...

UMI HAFILDA NI TERUK SANGAT...

CERAMAH2 DIA DR MULA SAMPAI AKHIR CAKAP DIA TAK SATU PUN YG ELOK...MENCARUT, MEMFITNAH...

MALU BETUL DENGAR CERAMAH DIA...DIA PEREMPUAN SEBAIKNYA LBH SOPAN, INI TAK, MULUT DIA LBH BUSUK DR BAU LONGKANG...

MEMANG DIA KAKI MENCARUT...MALUNYA DENGAR TAMBAHAN JIKA ADA ANAK2...

EIII...MALU LA...

SEMUANYA DEMI SEDIKIT WANG SARA DIRI!!!

MOGA DIA DIBERI TAUFIK DAN INSAF..

DIA NAK MARAH ANWAR, MARAH LAH KAT NUAR SORANG2...BUAT APA NAK MENCARUT....DIA INGAT SUME ORG SUKA KER BASA KASAR, KESAT DAN MENCARUT DIA TUH?

GELINYA....

Anonymous said...

BAHASA APA LAGI KAH YANG PALING INDAH UNTUK DI HAMBURKAN PADA PUAK JUAK PAKATAN RAKYAT LEBIH LAGI SI ANWAR IBRAHIM WAHAI ANON 9:52pm...

ANTARA BAHASA KASAR DENGAN PELAKUAN PUMPING KASAR DEPAN BELAKANG, MANA LEBIH KASAR WAHAI ANON 9:52pm...tak geli ke?

alan said...

Ceramah PAS,PKR dan DAP lagi banyak mencarut, maki hamun dan fitnah..suka lak dengar..!!!!! Umi Hafilda hanya menyatakan perkara-perkara yang benar2 berlaku.Memang orang x suka dengar sesuatu yang benar......Lu pikirlah sendiri

 
 
Blogger Templates