Social Icons

Pages

Friday, June 03, 2011

KENYATAAN TERBARU HUSAM BERKENAAN DUIT RM350,000 !!!


AJK PAS Pusat,Datuk Husam Musa menafikan beliau memberikan duit sebanyak RM350,000 kepada seorang blogger,Kickdefella atau nama sebenarnya, Syed Azidi.

"Adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat," kata Husam dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Husam mengulas kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan Online yang mengaku menerima wang sebanyak itu dari wakil Husam di China.Kenyataan itu ekoran dakwaan para blogger Umno Husam memberikan duit sebanyak itu kepada Syed Azidi untuk membantu kempen beliau menjelang muktamar ini.Selain isu memberi wang kepada Syed Azidi, hampir semua blogger Umno menyerang Husam menjelang pemilihan kali ini.Husam bertanding naib presiden PAS dan baru pulang dari India dan China untuk urusan kerajaan negeri Kelantan.

Berikut Kenyataan Penuh Husam

"Saya merujuk kepada kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan online dan dijangka akan disiarkan edisi cetak Utusan besok.Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan kehairanan saya terhadap minat Utusan yang terlalu nyata untuk mencampuri pemilihan PAS sejak 2008 yang lalu.Mengenai dakwaan Syed Azidi,saya merasa hairan dakwaan ini dikeluarkan pada hari terakhir sebelum pemilihan PAS esok hari di mana saya ikut bertanding.

Adakah kerana beliau tahu bahawa dakwaan palsu beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang dan bagi mengelakkan tindakan seperti itu, ia dibangkitkan pada saat akhir seperti ini. Sampai hari ini saya tidak mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun saya dan adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat.Mengnenai kononnya saya ada berbual melalui talipon dengan beliau kebelakangan ini, juga adalah palsu. Rekod talipon saya dan beliau boleh disemak.

Namun saya akui beliau ada menghantar beberapa mesej seminggu dua yang lalu memaklumkan beliau menulis mengenai kenaikan harga minyak dan saya membalasnya sekali dengan berkata tahniah.Syed Azidi telah beberapa kali menimbulkan sensasi tetapi setiap kali sensasi itu berlalu, kredibiliti beliau semakin pudar."

BETUL KER TAK BAGI DUIT TU ???

Wayne - Find me on Bloggers.com

5 comments:

jo said...

P sumpah lahanat le senang cerita...

Anonymous said...

berani ke husam nak sumpah. meniaga kambing pun rogi..

Anonymous said...

apa pulak kata bapak husam,nick aziz esok bila anak emasnya dituduh mcm tu,pasti melenting dan yg paling elok husam buat laporang polis untuk menyiasat dan jgn duk menafikan jer seperti abg anda,anwar ibrahim,bila timbul isu nafikan bila tak jawab melenting mcm kera kena belacan dan tuduh kepada orang lain la yg buat fitnah tu

Anonymous said...

saman saja kick that fellow tu husam oii, dia dah menjatuhkan murtabak anda.

Anonymous said...

esok tok nik akan jawap...


itu hal peribabi dia...
ana tak masuk campur.

klu tak pon dia akan ckp...
hampa semua balik dulu ana nak sembahyang istiqoroh.esok hampa hai lain.


esoknya sebelah pagi beruk2 ni semua dtg..


apa jawap tok nik.???
allah dah maafkan husam....
hampa tengok la nnt

 
 
Blogger Templates