Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa ulama yang menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai tidak berpijak dengan fiqah politik Islam dan tidak mampu menterjemah kefahaman Islam dengan ilmunya akibat dilahirkan daripada sistem pendidikan Islam yang lemah.Beliau berkata golongan berkenaan juga akhirnya gagal memahami ideologi dan teori moden yang bercanggah dengan Islam sehingga terperangkap di dalamnya, menjadikan mereka berilmu tetapi tidak fiqah (faham).
"Ada juga kalangan ulama di luar sana yang tidak memahami kewajipan berjamaah dan menyertai jamaah yang memenuhi ciri-ciri parti yang menegakkan ajaran Allah yang meneruskan pusaka para Rasul yang berdakwah dan berpolitik.Oleh yang demikian, anggota Dewan Ulama (PAS) mestilah berdepan dengan para ulama yang berdiam diri melihat kemungkaran di hadapan mata, pada hal sekurang-kurangnya mampu mencegah dengan lisan dan tulisan," katanya dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 di Taman Melewar.
BERNAMA melaporkan Beliau berkata untuk berdepan dengan cabaran itu, Dewan Ulama PAS perlu juga mengumpulkan seberapa banyak ahli supaya berjamaah bersama PAS.
"Langkah Dewan Ulama mewujudkan saf ulama muda adalah sangat penting bagi memelihara dan melangsungkan perjuangan Islam yang berterusan, dan mereka adalah pemimpin rakyat yang paling berpengaruh.Dewan Ulama yang berterusan bersama dengan masyarakat siang dan malam melalui kuliah pengajian ini, hendaklah memahami uslub pengajian yang menyedarkan rakyat dengan kefahaman politik Islam dan pendekatan yang menarik, bukan hanya mengajar menyampaikan ilmu tanpa kesedaran terhadap bahaya pemikiran yang mereka hadapi," katanya.
Abdul Hadi berkata peranan Dewan Ulama juga perlu diperluas,dengan melangkaui program kuliah yang menjadi kebiasaan kepada mendepani isu-isu yang memerlukan ulasan kalangan ulama terutamanya yang menyentuh suasana semasa yang semakin hari semakin kompleks.Beliau berkata Muslimat (golongan wanita) juga mestilah mampu turun padang membantu golongan kurang bernasib baik daripada keluarga bermasalah,wanita-wanita,remaja dan anak-anak terbiar.
"Muslimat mestilah memberikan kesedaran ini agar golongan kurang bernasib baik ini mendapat penjagaan dan perlindungan sewajarnya daripada seluruh ahli keluarga, penguasa, suami, penjaga dan masyarakat," katanya.
Presiden PAS itu juga berkata PAS berikrar akan mempertahankan negeri Kelantan,Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang telah ditadbir secara bersama dengan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.Beliau berkata parti itu perlu memperkukuhkan konsep dan objektif kebajikan secara menyeluruh dalam tadbir urus yang dibawa sebagai asas komitmen parti untuk mentadbir negara secara bersama dengan rakan-rakan pakatan pembangkang.
"Muktamar ini berlangsung di ambang pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa. Medan pilihan raya itu nanti akan menjadi medan juang yang sangat sengit kepada kita.Biarlah keringat kita membasahi bumi tempat berpijak,biarlah tenaga kita bergelora dengan semangat yang tinggi, kita akan mempertahankan kemenangan yang telah kita kecapi selama ini dengan izin Allah SWT," katanya.
Beliau juga mengarahkan seluruh jentera PAS untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum dengan membuka bilik gerakan dan seterusnya menyiapkan gerak kerja secara berstrategi yang akan diperincikan oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.
"Walaupun pilihan raya kecil dan Pilihan Raya Negeri Sarawak tidak sepenuhnya berpihak kepada kita, tetapi kita berjaya melebarkan pengaruh parti secara umum dan berjaya menubuhkan cawangan-cawangan PAS secara khususnya.Ketahuilah bahawa kejayaan kita bukan hanya menang pilihan raya, tetapi kejayaan juga berlaku dengan mendapat hanya seorang (pengundi), walaupun tidak menjadi ukuran kemenangan pilihan raya dan walaupun hilang wang deposit," katanya.
Abdul Hadi juga berharap penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS akan memainkan peranan yang lebih penting dalam penyampaian hasrat dan tujuan parti serta menyakinkan masyarakat bukan Islam bahawa PAS adalah parti yang sentiasa menyuarakan apa yang diharapkan oleh rakyat dan mampu menunaikannya.
"Penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS juga membuktikan bahawa perjuangan yang dibawa oleh PAS adalah jauh lebih relevan dalam masyarakat yang berbilang kaum ini, dibanding dengan BN," katanya.

2 comments:
Dia faham ke ape yg dia ckp kan tu?? Ckp semua org boleh cakap.. Islam sgt ke dia tu? Islam sgt ke org2 kuat dia tu? Islam sgt ke pengikut2 dia tu.. Bagi aku Hadi nie antara ketua yg paling bacol yg pernah aku tgk.. Pendirian tak pernah tetap.. Dan mintak maaf kpd pd pengikut dia yg baca artikel nie.. DIA TAKDE TOKOH JADI PERDANA MENTERI.. Aku ulang balik DIA TAKDE TOKOH JADI PERDANA MENTERI..
ulamak babi.
mcm dia sorang sj islam
dasar ulamak babi
berkhiblat ulamak Dapigs
haram jadah punya manusia
Post a Comment